SAMBUTAN Kemerdekaan Negara turut disemarakkan Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam pada 31 Ogos. Bukan sekadar mengibar bendera dan berarak, beberapa pengisian lain seperti pertandingan memanah, pertandingan busana merdeka, pertandingan mewarna kanak kanak, pertandingan menghias pulut kuning, deklamasi sajak serta sesi Kenali Ubat Anda diadakan. Sesuai dengan konsep kerjasama, program di Pusat Latihan Sukan Memanah Dan […]

Ziarah Kasih SMIDAH, Sandakan oleh YADIM

LENSA Ziarah Kasih Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Darul Hassanah (SMIDAH), Sandakan oleh YADIM pada 1 September. YADIM diketuai Yang Dipertuanya, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dalam kunjungan ini menyantuni lebih 60 pelajar yang terlibat. Beliau menyampaikan tazkirah dan motivasi kepada para pelajar SMIDAH dalam program ringkas tetapi bermakna ini. Antara yang disentuh ialah tentang betapa bertuahnya […]

Sarawak tidak menentang pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40

KUCHING: Pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi tidak menjadi masalah, sekiranya hanya melibatkan sekolah pelajar Islam di bawah Kementerian Pendidikan. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, Datuk Roland Sagah bagaimanapun berkata pelaksanaan tersebut perlu diperincikan dengan lebih lagi sebelum ia dilaksanakan. “Jadi, sekiranya pelajar bukan Islam mahu menambah ilmu dengan mengikuti pelajaran hadis tersebut, […]

“Jangan lafaz taklik sesuka hati” – Menteri Agama

KUALA LUMPUR: Perbuatan suami melafazkan taklik yang dikaitkan dengan penceraian talak tiga sesuka hati terhadap isteri adalah perbuatan tidak bertanggungjawab. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, dari sudut hukum, lafaz taklik yang telah dibuat tidak boleh ditarik balik. “Apabila taklik ini melibatkan penceraian dengan talak tiga dengan […]

PM tegur pihak yang fobia berkaitan Islam

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  menegur sikap segelintir masyarakat bukan Islam yang seolah-olah menjadi fobia setiap kali mendengar perkara mengenai Islam. Ini berikutan bantahan segelintir pihak mengenai pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang disasarkan kepada murid beragama Islam di sekolah agama dan sekolah bantuan kerajaan. Anwar berkata, tujuan beliau […]