Program Sambutan Aidilfitri Madani di Surau Tarbiah, Perumahan Awam Sri Sabah
LENSA Sekitar Program Sambutan Aidilfitri Madani di Surau Tarbiah, Perumahan Awam Sri Sabah, Kuala Lumpur pada 17 Mei. Disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail, program ini menyaksikan perkarangan surau dipenuhi tetamu yang datang daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanudin […]
Cadangan kerjasama Madani YADIM, SUARA
MELESTARI Gerakan dakwah dilaksanakan secara bersama dengan rakan rakan strategik seluruh negara. YADIM sentiasa mengalu alukan hasrat pihak yang ingin bekerjasama dengan kami. Pada 17 Mei, YADIM dikunjungi Pertubuhan Suara Kebajikan Rakyat Aman (SUARA) yang berhasrat untuk bersama badan dakwah ini untuk memberi penerangan dan mengukuhkan kefahaman masyarakat mengenai Aspirasi Malaysia Madani. Kedatangan SUARA ke […]
Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pemerkasaan Sukarelawan Dakwah Masyarakat
PUTRAJAYA: Bengkel Permunian Garis Panduan Pemerkasaan Sukarelawan Dakwah Masyarakat telah diadakan di Bilik Latihan YADIM pada 18 Mei 2023 bersama para penyelidik yang terdiri daripada pelbagai Institusi Awam/Swasta. Bengkel ini diketuai oleh Prof Madya Dr. Mariam Binti Ab.Majid dari Universiti Islam Selangor (UIS). Tujuan bengkel diadakan adalah untuk membuat penambahbaikan Garis Panduan Pemerkasaan Sukarelawan Dakwah […]
Isu kalimah Allah: Persembah cadangan kepada Majlis Raja-Raja bukti kerajaan lindungi kesucian Islam
KUALA LUMPUR: Keputusan untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah ‘Allah’ kepada Majlis Raja-Raja membuktikan komitmen Kerajaan Perpaduan melindungi kesucian Islam di samping memperkuatkan perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, berkata ia juga memberi peluang untuk memperkemaskan lagi dasar […]