Visa umrah akan dilanjut hingga 3 bulan

RIYADH – Visa umrah akan dilanjutkan dari satu hingga tiga bulan untuk jemaah umrah dari semua negara, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA). Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Al-Rabiah mengumumkan perkembangan terbaharu itu ketika lawatan rasmi dua harinya ke Tashkent, Uzbekistan dan disambut Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev. Menteri itu menyampaikan salam Penjaga Dua Masjid […]

Ibu tunggal punyai anak buta gembira terima bantuan Yadim

SERI KEMBANGAN: “Saya bersyukur menerima bantuan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban,” kata penghantar makanan, Azimah Abd Rahim. Azimah, 37, yang tular baru-baru ini apabila seorang pengguna TikTok berkongsi video memperlihatkan dia membawa bersama anak perempuannya yang buta berusia enam tahun ketika bekerja sebagai penghantar makanan. Dia […]

Muar- YADIM bakal adakan kerjasama pelbagai bentuk

PUTRAJAYA – Hari ini (Jumaat 30 September), YADIM menerima kunjungan daripada Pejabat Daerah Muar. Jarang sekali sebuah pihak berkuasa tempatan mengunjungi YADIM, justeru kami sangat teruja menerima kehadiran mereka. Pegawai Daerah Muar, Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal Haji Shamsudin yang mengetuai delegasi berkenaan menerangkan latar belakang daerah berkenaan dan kesungguhannya  untuk bekerjasama dengan YADIM […]

YADIM Terima Sijil Audit Bersih Kewangan Empat Tahun Berturut Turut

PUTRAJAYA – YADIM selaku agensi peneraju gerakan dakwah di negara ini komited untuk melestari gerakan dakwah dengan telus dan menjadi contoh dalam melaksanaan urus tadbir agensi agama. Alhamdulillah hasil gerak kerja sedemikian, badan dakwah ini telah dianugerahkan sijil bersih penyata kewangan bagi tahun 2021 pada 29 September. Ini merupakan kali keempat berturut turut YADIM menerima […]

Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di masjid, surau mulai 30 Sept – Jawi

KUALA LUMPUR: Pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak lagi diwajibkan. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, ketetapan itu berkuat kuasa mulai 30 September 2022 (Jumaat). Menurutnya, ketetapan tersebut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah […]

Motivasi bersama pelajar Pondok Sungai Durian

KUALA KRAI – Seramai 280 orang pelajar Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian di sini telah mengikuti program Motivasi Kecemerlangan Pelajar pada 28 September. Pengisian yang menekankan aspek peranan remaja dalam menyebarkan ajaran Islam kepada umat telah disampaikan oleh pakar motivasi dari Protazz Legacy Ustaz Muhammad Syakirin Bin Yuslan. Beliau juga turut berkongsi kaedah pembelajaran yang […]

Bicara Belia Sejahtera YADIM Terengganu di IKBN Kemasik.

KEMAMAN – Meskipun baharu pertama kali bekerjasama, program Bicara Belia Sejahtera anjuran YADIM Terengganu di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik di sini mendapat sambutan amat baik. Program pada 26 September itu disertai 200 pelajar, termasuk yang bukan Islam. Para pelajar memenuhi Dewan Sri Suria, lokasi program diadakan di IKBN tersebut sebelum jam 8.30 malam […]

Kunjung hormat COMBI ke pejabat YADIM

PUTRAJAYA – Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM telah menerima kunjungan daripada jawatankuasa MyChampion COMBI untuk tujuan kerjasama rakan strategik bersama YADIM. Antara hasrat daripada jalinan hubungan ini ialah mengadakan program dan aktiviti pendidikan ke arah kesejahteraan komuniti seperti program bersama masjid dan surau, gotong-royong, ceramah, tazkirah kesihatan, khutbah jumaat, dan lain lain. Ia juga […]

Sheikh Yusuf al-Qardawi meninggal dunia pada usia 96 tahun

KUALA LUMPUR – Tokoh Islam Antarabangsa Sheikh Yusuf al-Qardawi telah meninggal dunia pada usia 96 tahun, hari ini. Kenyataan tersebut disahkan menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya. “Imam Yusuf Al Qardhawi, semoga Allah merahmatinya, yang menghabiskan hidupnya demi menjelaskan syariat Islam dan membela ummatnya, meninggal siang tadi,” katanya hari ini. Bagaimanapun, tempat pengebumian Allahyarham akan […]

123 Orang Peserta Sertai Kursus Pengurusan Jenazah Sukarelawan Yadim Batu Kurau

BATU KURAU – Seramai 123 orang peserta dari kalangan masyarakat setempat, warga pondok dan penghuni rumah anak-anak yatim telah mengikuti Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Sukarelawan YADIM Batu Kurau, Perak pada 26 September. Pembentangan teori dan praktikal kursus tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah, Pejabat Pentadbiran Agama Islam Taiping, Ustaz Muhammad Azian Mat […]