Musaadah Nelayan Kampung Air Tawar

TOK BALI – Menjadi lumrah setiap kali tibanya musim tengkujuh seperti ketika ini, nelayan Pantai Timur dilanda kerisauan akibat cuaca buruk yang melanda mengakibatkan mereka tidak dapat turun ke laut mencari rezeki. Saat ini, tentunya bukan sedikit pendapatan yang terjejas. Ditambah pula kerisauan akibat Covid-19 yang masih ada. YADIM Kelantan yang cakna dengan situasi ini […]

Ritual tolak banjir bercanggah ajaran Islam

JELI – Ritual menolak banjir yang dilakukan Ibrahim Mat Zin atau gelarannya Raja Bomoh bersama seorang wanita di Teluk Intan baru-baru ini jelas terdapat unsur bercanggah dengan ajaran Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.  Beliau berkata sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berharap Jabatan Agama […]

“Andai kiranya pihak tuan dapat memberi sumbangan …”

PUTRAJAYA – Jam 9 malam tadi (5 Januari), seorang mangsa banjir di Bukit Changgang menghubungi YADIM menerusi Facebook kami. Dalam mesej ringkasnya, penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Yan itu memberitahu, keseluruhan kawasan kediaman mereka ditenggelami air. Puan Yan memohon agar YADIM dapat hadir menghulurkan bantuan kepada penduduk kawasan berkenaan, khususnya ibu mengandung dan […]

Solat jemaah rapat saf di Perlis berkuat kuasa 8 Januari ini

ARAU – Semua masjid di seluruh Perlis akan mula melaksanakan solat berjemaah dengan merapatkan saf berkuat kuasa pada solat Subuh Sabtu ini, sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.   Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, keputusan dilakukan selepas mendapat limpah perkenan Raja […]

Ziarah Mahabbah RSY Perlis

PADANG BESAR – Pada 5 Jan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis memulakan usaha dakwah pada tahun 2022  dengan menziarahi keluarga sahabat YADIM yang  memerlukan bantuan dan dihidapi sakit kronik.   Ziarah Mahabbah dilaksanakan dengan dihadiri Sukarelawan YADIM (SAY) dan Rakan  Siswa YADIM (SAY).  Sumbangan berbentuk makanan asas dan alatan kebersihan diri disampaikan oleh wakil YADIM […]

YADIM kekal ketidakpatuhan sifar 4 tahun berturut turut

PUTRAJAYA – Telus dan bersih dalam melestari gerakan dakwah. Hasil amalan pengurusan yang baik membolehkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengekalkan pencapaian Sifar Ketidakpatuhan (0 NCR) dalam Audit Pengawasan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015. Kejayaan untuk kali keempat berturut turut ini dicapai selepas badan dakwah ini selesai diaudit oleh Aja Eqs Certification (M) Sdn. […]

Misi pasca banjir SAY di Bukit Besi

DUNGUN – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) di Terengganu pada 5 Januari meneruskan usaha mereka melestari gerakan dakwah apabila turun padang membersihkan tiga lokasi di sini. Seramai 20 anggota SAY dari Marang, Kuala Nerus dan Dungun menyertai sukarelawan daripada 11 agensi yang sama sama terlibat antaranya Amal Malaysia, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera Dewan […]

Sumbangan Back To School untuk pelajar Sekolah Kebangsaan Beliong

SAMARAHAN – Semua kanak kanak berhak dan perlu diberikan peluang mendapatkan Pendidikan, tidak kira di mana mereka berada, baik di bandar mahupun luar bandar. Seringkali kita diberitakan tentang kisah kisah kejayaan para pelajar luar bandar, yang disebalik pelbagai kesukaran, tetap cemerlang dalam pelajaran mereka. Sebagai salah satu usaha menyantuni golongan ini, dan ada masa yang […]

Sejadah, telekung untuk mangsa banjir di Johor

SEGAMAT – Seperti diramalkan Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini, negeri ini akhirnya turut dilanda banjir. Di daerah ini, beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mula dibuka sejak beberapa hari yang lalu bagi menampung mangsa banjir yang mula berpindah. Cakna dengan keperluan untuk beribadah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) membantu melengkapkan keperluan di surau surau yang disediakan […]

Hari kedua misi ke Bentong: Santuni dan jadi pendengar kisah banjir penduduk

BENTONG – “Laju air masuk rumah malam tu, tak sempat nak angkat apa-apa, kami semua naik tingkat atas,”. “Tunggu petang barulah bot sampai, tak sangka air tinggi sampai tahap ini,”. “Air naik sampai lantai tingkat 2, kami hanya mampu dengar satu demi satu barang barang jatuh,”.  Itulah antara kisah benar yang dikongsikan kepada Pengarah YADIM […]