Umrah: Menteri Agama gesa siasat pendakwah bebas

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad menggesa pihak bertanggungjawab untuk menyiasat seorang pendakwah bebas yang mendakwa membawa jemaah tidak lengkap syarat vaksinasi untuk menunaikan umrah. Beliau yang kesal dengan perkara itu berkata kejadian tersebut sepatutnya tidak berlaku kerana antara syarat untuk menunaikan umrah mestilah lengkap divaksinasi dengan vaksin yang […]

Hamas beri amaran, serangan di Baitulmaqdis bakal cetuskan perang serantau

BAITULMAQDIS – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sekali lagi memberi amaran kepada rejim penjajah Isr4el dan peneroka haram supaya tidak membuat provokasi secara berterusan di Baitulmaqdis. Pemimpin Hamas, Khaled al- Batsh menegaskan, sebarang serangan ke atas kota lama al-Quds bakal mencetuskan perang serantau secara besar-besaran. Rakyat Palestin sebelum ini bertegas mahukan Baitulmaqdis dijadikan ibu kota […]

Mesej dakwah menerusi riadah

KUALA NERUS – Sukan merupakan antara medium paling berkesan menyatukan dan menyampaikan mesej kepada masyarakat. Ini termasuklah juga mesej mesej dakwah. Mengambil kesempatan daripada ini, YADIM Terengganu dengan kerjasama Kelab Penyokong Bola Sepak Negeri Terengganu serta rakan rakan badan bukan kerajaan di sini telah mengadakan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah pada 8 Januari lalu. Seramai […]

YADIM, CIMB kerjasama buka dua lagi Dapur Rakyat di Pahang.

PEKAN – Selepas di Rompin, satu lagi Dapur Rakyat Negeri Pahang dibuka di sini bagi menyantuni penduduk yang masih menjadi bencana banjir pada 11 Januari. Dapur Rakyat anjuran YADIM Pahang dengan dibiayai oleh CIMB Islamik Bank Berhad (CIMB) ini menyediakan 100 pek makanan untuk mangsa yang kini berlindung di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan […]

Sumbangan Musa’adah warga agensi terkesan banjir

PUTRAJAYA – Seramai 338 warga agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang terkesan dengan musibah banjir baru baru ini disantuni menerusi sumbangan pasca banjir. Gimik penyampaian sumbangan pada 11 Januari disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad di sini. Mereka […]

Wanita ‘berinteraksi dengan nabi’ akan dikaunseling

KUALA LUMPUR – Wanita yang mendakwa berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW di sebuah hotel di Makkah akan dipanggil menjalani sesi kaunseling di pejabat agama negeri yang terlibat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, perkara itu perlu bagi membetulkan pemahaman wanita berkenaan. “Jika kita tahu lokasi wanita berkenaan, kita minta […]

Orang Asli mangsa banjir terima sumbangan SAY Kuala Langat

PULAU CAREY – Komuniti Orang Asli di sini, juga ditimpa musibah banjir pada hujung tahun lalu yang turut menjejaskan kehidupan mereka. Sebagai sebuah badan yang cakna dengan situasi semasa, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 9 Januari menziarahi masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Judah di sini dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian, sedikit wang […]

Persaingan empat penjuru pentas akhir Hijrahkan Laguku malam ini

KUALA LUMPUR – Program realiti, ‘Hijrahkan Laguku’ peringkat akhir bakal menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan penyanyi lama dan baharu. Bakal berlangsung malam ini (8 Januari), Iwan Shahman dan Datuk Nashbakal berentap dengan Shahir Zawawi dan Mark Adam. YADIM merupakan rakan kerjasama dan penaja program yang bersiaran di TV Al Hijrah ini. Menerusi slot terakhir Hamparan […]

Raja Bomoh akan didakwa di Mahkamah Syariah hari ini

IPOH – Individu bergelar Raja Bomoh akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh di sini pada Jumaat. Tuduhan ke atas Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin dibuat mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam serta Seksyen 16 enakmen sama kerana mengingkari Fatwa Jabatan Mufti Perak. […]