Melaka buka pusat kuarantin untuk jemaah umrah

  Jasin: Kerajaan negeri Melaka akan membuka satu pusat kuarantin khas untuk jemaah umrah baru pulang ke tanah air, minggu depan. Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pusat kuarantin kedua selepas Kuala Lumpur itu akan dibuka di sebuah resort di Alor Gajah, dalam usaha kerajaan membendung penularan varian Omicron. Beliau berkata, […]

UK tetapkan Hamas kumpulan pengganas, CSO Islam serah surat bantahan

KUALA LUMPUR – Kira-kira 20 Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) Islam dari Malaysia dan beberapa negara lain hari ini menghantar nota bantahan kepada Setiausaha Dalam Negeri United Kingdom (UK), Priti Patel berhubung keputusan kerajaan Britain menganggap Hamas sebagai “pertubuhan pengganas”. Surat itu diserahkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) melalui Suruhanjaya Tinggi Britain di Kuala […]

Johor kekal SOP solat jarak setengah meter

JOHOR BAHRU – Johor akan terus mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dengan jarak satu setengah meter meskipun terdapat penularan COVID-19 di sebuah masjid, di sini baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi berkata kes yang melibatkan kalangan jemaah masjid dan penduduk […]

YADIM terima kunjungan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu.

PUTRAJAYA – Pada 12 Januari, Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan menerima kunjungan mesra Yang Berhormat Datuk Abdullah Ya’kub dan Yang Berhormat Datuk Yahaya Ali masing-masing merupakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu. Turut hadir Yang Berhormat Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok Terengganu.  Kehadiran rombongan bagi […]

Kunjungan Dato’ Dr Hasaan Ali ke Yang Dipertua YADIM

PUTRAJAYA – Penceramah dan motivator terkemuka tanah air, Dato’ Dr Hasan Ali telah berkunjung ke YADIM bagi mengadakan pertemuan dengan  Yang Dipertua badan dakwah ini, Ustaz Nasrudin Hassan. Kehadiran Dato’ Dr Hasan Ali berbetulan ketika beliau sedang mengikuti rombongan Jamaah Tabligh yang sedang berada di sekitar Putrajaya sejak beberapa minggu lalu. Antara yang dibincangkan dalam […]

Lawatan Yang Dipertua YADIM dan MAIM ke PERKID Hulu Langat.

HULU LANGAT – Yang Dipertua  YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan telah mengadakan lawatan ke Kem Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia atau PERKID di Hulu Langat, Selangor pada 12 Januari. Lawatan berkenaan merupakan di antara siri lawatan beliau kepada rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) yang dirangka pada tahun 2022.  Turut hadir […]

Mufti minta siasat segera video tular tasawuf ekstrem

GEORGETOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meminta pihak berkuasa agama menyiasat sebuah video tular di media sosial mengenai seorang lelaki mengajar tasawuf ekstrem yang dikhuatiri menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Beliau berkata, tindakan segera perlu diambil bagi mencegah ajaran tasawuf yang menyesatkan daripada disebarkan di negara ini supaya […]

Batrisya bercatur dengan ‘otai’ di Prague

SHAH ALAM – Beraksi di peringkat antarabangsa dan bertarung dengan ‘otai’ serta golongan yang lebih berusia dalam pertandingan catur, langsung tidak menggentarkan Nur Batrisya Wafa Mohsen, 17, yang kini membawa nama Malaysia di Prague, Republik Czech. Aksinya yang bersahaja bermain catur di samping ‘mat saleh’ viral di media sosial sehingga mengundang rasa kagum dalam kalangan […]

Dapur Rakyat di Muadzam Shah santuni mangsa banjir di dua kampung

MUADZAM SHAH – Satu lagi Dapur Rakyat Negeri Pahang anjuran YADIM yang dibiayai oleh CIMB Islamik Bank Berhad beroperasi di sini pada 12 Januari yang mengagihkan sebanyak 200 pek makanan. Dapur Rakyat di Maahad Tahfiz Al Haq, Kampung Alai di sini mengagihkan makanan berkenaan ke penduduk di Kampung Hijrah dan Kampong Rekoh, keduanya di Rompin […]

‘Unboxing isteri’ runtuhkan institusi keluarga – Marzuk Shaary

KUALA LUMPUR – Trend ‘unboxing isteri’ yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini  tidak sepatutnya menjadi ikutan masyarakat, tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary. Ini kerana, trend tersebut boleh membawa kepada keruntuhan institusi keluarga, apabila bakal ibu bapa sebagai tonggak institusi ini daripada awal lagi sudah tidak […]