Tahsin Ibadah Pengurusan Jenazah di Masjid Al Munira, Pokok Tai

PENDANG – YADIM Kedah meneruskan inisiatif dakwah mereka di daerah ini pada 18 Januari menerusi program Tahsin Ibadah Pengurusan Jenazah. Meskipun menyasar kehadiran sekitar 50 peserta, program yang diadakan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Al Munira, Pokok Tai di sini mendapat sambutan sangat baik apabila seramai 78 peserta hadir. Pengisian disampaikan oleh Ust Haji Azmi […]

Sumbangan SAY untuk anak yatim, warga memerlukan di Sijangkang dan Kebun Bharu

SIJANGKANG – Menyantuni mereka yang memerlukan amat dianjurkan Islam, lebih lebih lagi kepada anak anak yatim. Meskipun sekadar barangan dapur, telur dan air mineral, ia tetap membawa keceriaan kepada penerimanya. Sumbangan kepada Pertubuhan Rumah Anak – Anak yatim Sijangkang yang diusahakan sendiri oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat ini disampaikan pada 17 Januari dan diterima […]

Ziarah Asnaf di Kampung Alor Pasir

TANAH MERAH – Meskipun tidak jelas terucap, namun dari tutur bahasa dan riak wajah, jelas mereka amat terharu dengan sumbangan yang diterima. Dengan kedudukan kediaman yang terpencil dan jauh dari jalan utama kampung, mereka tidak menyangka ada yang mahu datang menziarahi, apatah lagi menyampaikan sumbangan. Namun pada 17 Januari, dua agensi agama Islam persekutuan, Yayasan […]

Majlis perjumpaan bersama Sukarelawan YADIM Jajahan Jeli

JELI – Seramai 28 orang ahli Sukarelawan YADIM (SAY) Jajahan Jeli hadir dalam perjumpaan antara Pengurusan YADIM Kelantan dan ahli SAY Jajahan Jeli dalam satu majlis di sini pada 17 Januari. Majlis ini bertujuan menghimpunkan sukarelawan dari kawasan ini untuk mengeratkan silaturrahim selain merancang gerak kerja badan dakwah ini sepanjang tahun 2022. Turut diselitkan dalam […]

Kunjungan hormat YADIM Kelantan kepada Pegawai Agama Jajahan Jeli

JELI – Sempena kehadiran tahun 2022 YADIM Kelantan telah mengambil kesempatan bertemu dengan pelbagai agensi agama di negeri ini bagi memperkukuh hubungan dan merangka kerjasama baharu. Dalam lawatan kepada Pegawai Agama Jajahan Jeli pada 17 Januari,  YADIM Kelantan yang diketuai oleh pengarahnya, Ustaz Haji Mahadi Awang mengadakan perbincangan sambil menerangkan gerak kerja badan dakwah ini […]

Larang pakai songkok: Menteri Agama arah TH selesaikan segera

CYBERJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad mengarahkan supaya pihak atasan Tabung Haji (TH) menyelesaikan segera larangan memakai songkok atau kopiah terhadap kakitangannya ketika bertugas. Idris berkata, beliau telah merujuk isu tersebut kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin untuk penjelasan. “Lepas balik daripada solat Isyak dapat […]

Kaderisasi RRY bersama SMKA Putrajaya

HULU LANGAT- Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM telah berjaya mengadakan Kem Kepimpinan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya selama tiga hari dua malam bertempat di Institut Latihan Dakwah YADIM di sini.  Kem Kepimpinan untuk Rakan Remaja YADIM (RRY) kali ini memfokuskan kepada pengurusan organisasi, pembuatan keputusan dan kepimpinan berasakan modul dan acuan Islam. “Modul yang kami […]

Bowling Persahabatan SAY Selangor

KUALA SELANGOR – Sukan kini bukan lagi sekadar aktiviti riadah, sebaliknya kini merupakan salah satu medium berkesan menyebarkan dakwah. Atas kesedaran itu, buat julung kalinya Sukarelawan YADIM (SAY) Selangor mengadakan pertandingan bowling persahabatan antara pasukan-pasukan SAY negeri ini. Sukan bowling persahabatan ini merupakan anjuran SAY Kuala Selangor dengan kerjasama SAY Kuala Langat di Plaza U-Bowl […]

“Tiada Yang Kita Punya”

KOTA KINABALU – Demikian tajukForum Anjung At-taqwa @ Sabah FM yang bersiaran secara langsung melalui radio SabahFM dan FB SabahFM pada 13 Januari lalu. Ia menampilkan panel Ustaz Mohd Ridzuan Kaplin, Pegawai Tadbir Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Sipitang dan Pencetus Ummah Ustaz Azihal Bangsawan. Penolong Pengarah YADIM Sabah,Ustaz Ramlee […]

Pek makanan untuk warga memerlukan di Sijangkang

TELOK PANGLIMA GARANG – Setiap Jumaat, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat akan mengagihkan pek makanan kepada warga yang memerlukan di daerah ini. Terbaharu pada 14 Januari, inisiatif menyantuni rakyat ini dilaksanakan kepada penduduk di Kampung Medan dan Kebun Bharu di sini. Sebanyak lapan keluarga di Kampung Medan disantuni dalam inisiatif ini manakala sebanyak 15 lagi […]