Idris serah watikah pelantikan enam ahli RCI Tabung Haji

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad menyerahkan watikah lantikan kepada enam ahli jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH). Idris berkata, pelantikan ahli jawatankuasa itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. “Penubuhan RCI Tabung Haji merupakan hasrat ramai pihak […]

Beg sekolah untuk anak anak yatim dari BKB YADIM

Beg sekolah untuk anak anak yatim dari BKB YADIM SIJANGKANG – Melihat wajah anak anak yatim ini yang jelas ceria saat menerima sumbangan, memberikan satu kepuasan yang sukar digambarkan. Meskipun sekadar beg sekolah, namun ia amat berharga untuk mereka. Pada 20 Januari, seramai 30 pelajar di Asrama Pertubuhan Rumah Anak – Anak Yatim Sijangkang di […]

Guna van jenazah agih bantuan

Ipoh – Van jenazah digunakan jawatankuasa Masjid Al-Ijtimaa’iah Taman Sri Kurau, Bercham, di sini, bagi menyalurkan bantuan sarapan pagi kepada penduduk Taman Desa Impian, Bercham yang terjejas akibat banjir kilat malam tadi. Sarapan berupa nasi lemak itu diagihkan pagi ini iaitu selepas paras air surut sepenuhnya. Timbalan Pengerusi masjid, Abdul Halim Mat Sohor berkata inisiatif […]

Agong perkenan tubuh RCI siasat isu Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu pengurusan dan pengoperasian Lembaga Tabung Haji (TH) dari 2014 hingga 2020. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata penubuhan RCI itu dilakukan […]

Agensi kerajaan Turki puji rakyat Malaysia bantu pelarian Syria

AZAZ – Agensi pengurusan bencana Turki meluahkan rasa kagum dengan usaha rakyat Malaysia yang banyak menghulurkan bantuan kepada pelarian Syria melalui pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO). Menurut Koordinator Presidensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) di Azaz, Hakan Kose, beliau gembira melihat anak-anak muda Malaysia melakukan usaha tersebut walaupun perlu berdepan dengan pelbagai cabaran dan risiko. […]

YADIM tumpukan dakwah pada 2022

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan memfokuskan tumpuan pada pengembangan dakwah dan mengurangkan tumpuan pada tugas kebajikan pada tahun ini. Menurut Yang DiPertua YADIM, Nasrudin Hassan, selaras dengan matlamat penubuhannya, YADIM harus bertindak sebagai titik utama gerakan dakwah, dan bukannya aktiviti lain. “Saya harap ini tidak disalah ertikan oleh masyarakat. Bukan bermakna kita […]

YADIM mahu bertemu SKMM isu iklan lucah di media sosial, internet

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi berbincang mengenai isu iklan lucah di media sosial dan internet.     Yang Dipertuanya, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya akui kanak-kanak dan remaja kini terdedah dengan iklan-iklan lucah di laman sosial terutama ketika sedang mengikuti pembelajaran secara dalam […]

Majlis perjumpaan bersama Sukarelawan YADIM Jajahan Kota Bharu

KOTA BHARU – Siri perjumpaan bersama Sukarelawan YADIM (SAY) Kelantan diteruskan dengan perjumpaan bersama ahli  SAY Jajahan Kota Bharu. Seramai 25 orang ahli SAY Jajahan Kota Bharu hadir dalam perjumpaan bersama Pengurusan YADIM Kelantan dalam satu majlis di sini pada 19 Januari. Majlis Perjumpaan  ini bertujuan menghimpunkan sukarelawan dari jajahan ini untuk mengeratkan silaturrahim selain […]

Sebahagian Arab Saudi catat suhu di bawah sifar

RIYADH – Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi meramalkan bahagian utara negara itu akan berdepan gelombang sejuk sehingga mencatatkan suhu di bawah sifar. Sistem amaran awal NCM meramalkan penurunan suhu di bawah paras beku akan berterusan di kebanyakan bandar di wilayah utara sehingga hujung minggu ini, manakala suhu dicatatkan di ibu negara Riyadh, pula adalah […]

Musaadah Pasca Banjir di Kuala Krai

KUALA KRAI –  Bagi meringankan bebanan mangsa banjir dari jajahan ini, YADIM Kelantan tampil menghulurkan sumbangan kepada mereka pada 18 Januari. Seramai 50 mangsa banjir menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM dan wang tunai daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary. Hadir mewakili YADIM Kelantan  […]