IBADAH UMRAH DIBENARKAN MULAI 8 FEBRUARI

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia dibenarkan kembali mengerjakan ibadah umrah mulai 8 Februari ini. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri, berkata keputusan kabinet itu dibuat selepas kerajaan memutuskan untuk tidak melanjutkan penangguhan sementara ibadah umrah yang dibuat 8 Januari lalu berikutan penularan jangkitan Omicron. Kata Nancy garis panduan prosedur […]

Penyerahan limau untuk komuniti Tiong Hua Bachok.

BACHOK – Usaha menyantuni komuniti Cina di negeri ini dilaksanakan dengan konsisten oleh YADIM Kelantan. Terbaharu menjelang Tahun Baru Cina tidak lama lagi, YADIM Kelantan telah menyantuni 20 keluarga Tiong Hua di sini. Majlis ini turut dihadiri oleh Jawatankuasa Induk Sukarelawan YADIM (SAY) Kelantan,  Monaliza Ramli, Ketua Daerah SAY Pasir Puteh, Cikgu Rodin Jaya, Ketua […]

Ustaz bangunkan inovasi robotik

ALOR STAR – Tugas sebagai guru agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kedah tidak menghalang Ismail Salleh untuk giat dalam bidang robotik. Bermula dengan niat untuk mendorong pelajar meminati bidang berkenaan dan membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan mereka, Ismail akhirnya muncul sebagai penerima Anugerah Khas Guru Inovasi Pendidikan Kebangsaan bersempena dengan […]

PPZ-MAIWP sasar RM852 juta kutipan zakat

PUTRAJAYA – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasarkan kutipan kira-kira RM852 juta zakat keseluruhan untuk tahun ini daripada kira-kira 410,000 pembayar zakat. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata, angka sasaran itu merupakan peningkatan sehingga sembilan peratus berdasarkan kesedaran pembayar zakat untuk menunaikan tanggungjawab tersebut. Menurutnya, bagaimanapun […]

48 tahun YADIM di dunia dakwah

BANGI – Agensi dakwah negara, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), menyambut ulang tahun ke 48 dalam suasana serba sederhana hari ini (25 Januari), namun dengan penuh ingatan bahawa perjuangan dakwahnya masih jauh. Dalam Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat bersama mantan mantan Yang Dipertua, kakitangan dan pengurusan tertingginya, YADIM mengenang kembali sejarah penubuhan dan pada masa […]

Sumbangan limau di Kota Bharu dan Machang sempena Tahun Baru Cina

MACHANG –  Inisiatif menyantuni komuniti Cina sempena Tahun Baru Cina diteruskan oleh YADIM Kelantan di jajahan Kota Bharu dan Machang pada 24 Januari. Program bermula dengan menyantuni seramai 20 keluarga Cina di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu. Seterusnya rombongan bergerak ke Jajahan Machang untuk menyantuni 20 keluarga Cina di Kampung Mata Air dan Kampung […]

Bicara Dakwah dan penyampaian sumbangan di DUN Bayu

BALING – Program YADIM Kedah hari ini (24 Januari) berakhir jam 3 petang dengan Bicara Dakwah dan penyampaian sumbangan di kawasan Dewan Undangan Negeri Bayu. Majlis ilmu dan penyampaian musa’adah ini diadakan di perkarangan kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri Bayu, Yang Berhormat Cikgu Nasir Idris di Kampung Bechah Sawa, di sini. Pengarah YADIM Kedah Ustaz […]

Musa’adah mangsa banjir di Kuala Ketil dan Kupang

KUALA KETIL – Seramai 33 orang mangsa banjir yang berlaku baru baru ini di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil  menerima sumbangan toto dan Kit Musaadah daripada YADIM Kedah. Majlis penyerahan dimulakan  dengan tazkirah yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria. Hadir sama ke majlis ringkas ini ialah Pengarah Pusat Khidmat […]

Sumbangan lampin pakai buang, kit pesakit dari Majlis Amal Islami Malaysia YADIM untuk HKL

KUALA LUMPUR – Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) YADIM pada 24 Januari telah menyerahkan sumbangan 50 set lampin pakai buang dewasa dan Kit Pesakit untuk Wad Hospital Kuala Lumpur (HKL). MAIM diwakili Pengerusinya, Ustaz Muhammad Najhan Shahir Halim merangkap Pengarah Kanan Pejabat Yang Dipertua YADIM. Turut mengiringi ialah rakan badan bukan kerajaan, Syabab Care yang […]

Bengkel Induksi Daie Komuniti YADIM 2022

PUTRAJAYA – Bahagian Dakwah Komuniti YADIM telah menganjurkan Bengkel Induksi kepada Daie Komuniti badan dakwah ini sebagai pendedahan tentang gerak kerja dan pengurusan selain tugas-tugas hakiki sebagai seorang Daie pada 24 Januari. Antara yang  ditumpukan dalam bengkel satu hari ini ialah taklimat operasi oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya, […]