Perbincangan gerak kerja dan penyampaian sumbangan SAY Kuala Selangor

TANJUNG KARANG – Sukarelawan YADIM Kuala Selangor pada 7 Februari telah mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Bahagian Khidmat Bakti YADIM di sini. Selain bertujuan membincangkan hala tuju dan gerak kerja pasukan tersebut sepanjang tahun ini, ia turut diselitkan dengan penyampaian sumbangan beg sekolah untuk 30 anak yatim yang dikenalpasti memerlukan serta 20 lagi untuk anak anak […]

Sekolah tahfiz disaran tawar TVET

Johor Bahru – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dicadangkan untuk dijadikan antara subjek pembelajaran di sekolah-sekolah tahfiz di negeri ini. Ia antara lain bertujuan bagi melengkapkan pelajar institusi itu dengan ilmu serta kemahiran tambahan. Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, selain ilmu agama, program TVET membolehkan pelajar menimba ilmu dan kemahiran tambahan. […]

Majlis Perjumpaan Bersama Sukarelawan YADIM Jajahan Bachok

BACHOK – Siri perjumpaan antara pengurusan YADIM Kelantan dan Sukarelawan YADIM (SAY) negeri ini diteruskan dengan perjumpaan bersama ahli SAY Bachok pada 6 Februari. Majlis perjumpaan  ini bertujuan menghimpunkan sukarelawan dari jajahan ini untuk mengeratkan silaturrahim selain merancang gerak kerja badan dakwah ini sepanjang tahun 2022. Turut dibincangkan ialah usaha usaha bagi menambah ahli baru […]

Dividen TH diunjur sekitar 3 peratus

Kuala Lumpur – Selepas pengumuman dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2021 pada akhir tahun lalu, tumpuan kini terarah kepada agihan keuntungan Lembaga Tabung Haji (TH) yang dijangka diumumkan pada suku pertama tahun ini. Persoalan yang berlegar dalam kalangan penyimpan ialah sama ada kadar agihan keuntungan selepas zakat kali ini […]

Ziarah SAY Kuala Langat di Permatang Pasir dan Kelanang

PERMATANG PASIR – Konsisten menyantuni masyarakat yang memerlukan, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 6 Februari telah menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga di sini dan Kelanang. Bermula dengan aktiviti riadah di Bukit Jugra, SAY Kuala Langat kemudiannya ke Permatang Pasir menyampaikan sumbangan kepadaseorang ibu tunggal dan warga emas di Warung D’jeti pangkalan nelayan di kawasan […]

Sambutan Tahun Baru Cina PPR Desa Rejang bersama Daie Komuniti YADIM

KUALA LUMPUR – Usaha dakwah  tanpa mengira latar belakang sentiasa menjadi keutamaan YADIM. Sesuai dengan semangat tersebut,Daie Komuniti YADIM pada 6 Februari telah menganjurkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina bagi bertujuan  mengeratkan hubungan sesama kaum dan mendekatkan masyarakat bukan Islam kepada agama Islam. Seramai 60 orang penduduk pelbagai bangsa termasuk Cina, India dan Melayu hadir […]

Komuniti Sijangkang terus terima sumbangan SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Komuniti memerlukan di Dewan Undangan Sijangkang terus menerima sumbangan daripada Sukarelawan YADIM (SAY)  Kuala Langat. Kali ini pada 4 Februari, 25 keluarga di Kampung Medan,Kampung Sijangkang,Kampung Kebun Bharu serta kawasan taman perumahan seperti Taman Pahlawan serta Taman Jaya Utama menerima sumbangan makanan bermasak dan wang tunai daripada SAY Kuala Langat. Para penerima terdiri […]

Tiada cadangan SOP khusus solat tarawih

Putrajaya – Kerajaan tidak bercadang mewujudkan satu prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi pelaksanaan solat terawih di masjid serta surau sempena Ramadan tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad. Beliau berkata SOP sedia ada berkaitan pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau adalah terpakai bagi pelaksanaan solat terawih. “Sekarang […]

‘Wali Tujuh’ dibimbangi ancam keselamatan

Kota Kinabalu – Ajaran kumpulan ‘Wali Tujuh’ yang didakwa menuntut ilmu kebal dan batin dibimbangi boleh mendatangkan ancaman keselamatan terhadap negeri ini. Bagaimanapun, Menteri Tugas-tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihaknya bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan pejabat mufti masih mendapatkan maklumat terperinci berhubung perkara itu. “Itu tidak […]

Perjelas SOP, tarikh sebenar umrah

Petaling Jaya – Kementerian Kesihatan serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya digesa memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) dan tarikh sebenar bagi perjalanan umrah yang sepatutnya pada 8 Februari ini. Malah Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd. Sham berkata, apa yang membimbangkan, kebenaran menunaikan umrah pada tarikh berkenaan mencetuskan tanda […]