Program Pemantapan SAY SMK Manir

KUALA TERENGGANU – Seramai 40 orang Sukarelawan YADIM (SAY) Sekolah Menengah Kebangsaan Manir pada 10 Februari menganjurkan program solat hajat & bacaan Yaasin sebagai antara persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia tidak lama lagi. Diadakan di Masjid Kampung Buluh Gading di sini, program ini dianjurkan secara bersama dengan pejabat YADIM Negeri Terengganu yang dihadiri […]

Larangan pemain bola sepak Islam bertudung di Perancis dikecam

Paris – Menteri Hal Ehwal Kesaksamaan Jantina Perancis, Elisabeth Moreno, semalam menyatakan sokongan kepada pemain bola sepak wanita Islam yang berusaha membatalkan larangan pemakaian tudung ketika beraksi. Peraturan yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Perancis ketika ini menghalang pemain yang menyertai perlawanan daripada memakai simbol agama yang ‘ketara’ seperti tudung bagi orang Islam atau ‘kippa’ […]

YADIM – IPSI kongsi pengalaman gerak kerja dakwah

GEORGETOWN – Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) merupakan sebuah pertubuhan yang aktif melaksanalan gerak kerja dakwah kepada golongan Not Yet Muslim di negara ini. Bertitik tolak daripada hasrat melestari gerakan dakwah yang akan lebih digiatkan pada tahun ini, YADIM pada 10 Februari telah mengadakan lawatan kerja kepada pertubuhan berkenaan. Rombongan YADIM yang diketuai oleh Yang […]

Jemaah diminta patuh arahan ambil dos penggalak

Kuala Nerus – Semua jemaah diminta patuh arahan pengambilan dos penggalak bagi menunaikan ibadah umrah berkuat kuasa 14 Februari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) baharu itu adalah berdasarkan syarat yang ditetapkan pihak kerajaan Arab Saudi. “Kita nak pergi tempat mereka, jadi perlu […]

Jadikan Pahang sebagai penanda aras institusi tahfiz negara – Tengku Hassanal

Kuantan – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah mahu semua pusat institusi tahfiz di negeri ini melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek duniawi dan ukhrawi. Titah baginda, usaha itu penting dalam menyedia dan melahirkan bakal pemimpin negara pada masa hadapan. “Satu berita gembira, khususnya bagi mereka yang mengimpikan anak-anak menjadi […]

YADIM cadang enam bidang kerjasama dengan Dewan Dakwah Islamiah Indonesia

PUTRAJAYA – Selaras dengan hasrat untuk memperluaskan kerjasama dan inisiatif dakwah ke peringkat antarabangsa tahun ini, YADIM pada 9 Februari telah menawarkan sebanyak enam bidang kerjasama dengan Dewan Dakwah Islamiah Indonesia. Dewan Dakwah Islamiah Indonesia merupakan sebuah organisasi dakwah terkemuka di negara jiran itu yang mempunyai cawangan di 32 provinsi di sana. Enam bidang tersebut […]

Malaysia ikut kehendak Arab Saudi wajibkan dos penggalak ke atas jemaah umrah

Kuala Lumpur –  Prosedur operasi standard (SOP) baharu yang mewajibkan pengambilan dos penggalak ke atas  jemaah umrah Malaysia adalah berdasarkan kepada kehendak Kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad pada malam tadi.   “Dos penggalak adalah salah satu kehendak (kerajaan) Saudi ke atas jemaah umrah. Mereka ada […]

Majlis Apresiasi bersama mantan Ikon YADIM

PUTRAJAYA – Dalam satu acara ringkas di sini pada 8 Februari, YADIM mengadakan Majlis Apresiasi Jasamu Dikenang Ikon Dakwah YADIM 2020 – 2021 bagi meraikan seramai lima orang mantan ikon badan dakwah ini. Mereka ialah Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad, Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa,  Firdaus Wong Wai Hung, Ustaz Syed Abdul Kader Aljoofree dan […]

Kedah Virtual Fits Challenge.

JITRA – Kesihatan diri seseorang individu adalah penting terutama kepada seseorang pendakwah untuk memastikan gerakan dakwah berjalan dengan lancar. Memahami kesihatan amat penting dalam dunia dakwah, maka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Kedah telah bekerjasama dengan Pejabat Exco Kesihatan dan Department of Art, Culture and Sports (DACS) untuk menjayakan program Kedah Virtual Fits Challenge. […]

YADIM dalam Bengkel Pelan Strategik Pembangunan Insan Kedah.

ALOR SETAR – Dalam usaha melestarikan gerakan dakwah di negeri ini, YADIM Kedah telah mengadakan kerjasama strategik dengan kerajaan negeri untuk memastikan  pembangunan insan berjalan seiring pembangunan fizikal. Terbaharu pada 7 Februari, badan dakwah ini telah bersama-sama  menjayakan Bengkel Pelan Strategik Pembangunan Insan Negeri Kedah. Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria telah dilantik sebagai […]