SAY Kuala Selangor santuni keluarga mangsa kemalangan.

KUALA SELANGOR – Tidak tergambar kesedihan hati seorang ibu tunggal,  Puan Rohani Othman apabila mengetahui anak kesayangannya terlibat dalam kemalangan pada 14 Februari lalu. Akibat insiden malang itu, Mohamad Noor Shariman Abdul Salim yang menjadi mangsa akibat kecuaian orang lain, telah kehilangan sebahagian kaki kanannya. Cakna dengan kejadian tersebut, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Selangor pada […]

Solat Subuh berjemaah dapat hadiah basikal

Melaka – Dalam usaha memupuk generasi muda mengimarahkan masjid, Masjid Nur As-Sa’adah, Kampung Pengkalan Batu, dekat sini menghadiahkan basikal sebagai ganjaran untuk kanak-kanak dan remaja yang hadir solat Subuh berjemaah selama 40 hari menerusi program Subuh Istiqamah 40 Hari. Imam II Masjid Nur As-Sa’adah, Mohd Noor Omar, 58, berkata sebanyak 40 basikal berharga RM20,000 disediakan […]

Umrah: PCR 48 jam langkah terbaik

Georgetown – Mutawif dan bakal jemaah umrah di negeri ini memberi reaksi berbeza mengenai peraturan baharu Kerajaan Arab Saudi berhubung ujian tindak balas rantai polimerase transkripsi balikan (PCR) yang wajib dilaksanakan dalam masa 48 jam sebelum berlepas ke negara terbabit. Masing-masing meluahkan kelegaan mengenai penetapan arahan baharu itu di samping ada yang masih dibelenggu kebimbangan […]

Pemukiman bentuk hala tuju menjelang jubli emas YADIM

KUANTAN – Dua tahun lagi menjelang sambutan 50 tahun penubuhannya, YADIM mensasarkan untuk kekal sebagai peneraju gerakan dakwah di negara ini. Tidak mahu selesa dengan pencapaiannya ketika ini, YADIM mengadakan pemukiman di sini bagi merancang hala tuju gerakan dakwahnya sehingga tahun 2024. Disertai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, pengurusan tertinggi serta para pengarah bahagian dan […]

Kunjung hormat kepada Kementerian Agama Kabupaten Pelalawan

PUTRAJAYA – Selepas Dewan Dakwah Islamiah Indonesia, YADIM meneruskan inisiatif kerjasama dengan pihak berkuasa agama Indonesia bersama Kementerian Agama Kabupaten Pelalawan, Riau pada 16 Februari. Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, beliau berharap kerjasama  ini bukan saja mengeratkan silaturrahim, malah jalinan gerak kerja dakwah di rantau ini. “Gerakan dakwah tidak seharusnya terhalang dan terkurung […]

Kenyataan Media Isu Anak Anak Puan Loh Siew Hong

YADIM ingin merakamkan kekesalan di atas tindakan dan kenyataan provokatif berterusan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Dr. P. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan beberapa pemimpin dari parti politik yang sama dengan beliau di atas isu yang melibatkan anak-anak kepada Puan Loh Siew Hong. Kes yang pada asalnya berkaitan dengan hak penjagaan anak-anak Puan […]

Diculik Serta Diseksa, Fawaz Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Damsyik – Kanak-kanak lelaki warga Syria, Fawaz Al-Qutayfan, 6, yang dilaporkan diculik serta diseksa sejak tiga bulan lalu, telah dibebaskan. Pihak berkuasa Deraa memaklumkan penculikan Fawaz yang mencetuskan kemarahan antarabangsa itu dilepaskan sebaik sahaja keluarganya membayar wang tebusan, bernilai AS$200,000 (RM838,300). Difahamkan penculik membebaskan kanak-kanak lelaki itu selepas ibu bapanya hadir dengan membawa wang tebusan […]

Peguam Negara: Kebebasan hak asas peraturan Arab Saudi

Riyadh – Peguam Negara Arab Saudi, Sheikh Saud Al-Muajab menegaskan bahawa kebebasan adalah asas dan rujukan kepada semua peraturan dan regulasi di Arab Saudi.Dalam temu bual dengan Okaz/Saudi Gazette, beliau berkata bahawa menyekat kebebasan hak individu adalah suatu perkara di luar kebiasaan di negara itu.  “Tidak dibenarkan mengenakan sekatan ke atas tindakan sesiapa atau menangkap atau […]

YADIM taja persediaan Inteam ke Syiria

PUTRAJAYA – Sebagai tanda sokongan dan membantu misi ke kawasan bergolak Syria, YADIM pada 14 Februari menaja kumpulan nasyid terkemuka negara, Inteam dengan pemberian pek daging sedia  dimakan. Sumbangan 20 pek daging daging kari, daging masak hitam dan daging rendang itu disampaikan oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya kepada […]

Bantuan kewangan haji diumum selepas kerajaan Arab Saudi umum kos kerjakan haji – Idris

Kuala Lumpur- Bantuan kewangan haji daripada Lembaga Tabung Haji (TH) untuk jemaah yang akan mengerjakan ibadah itu pada tahun ini akan diumumkan selepas kerajaan Arab Saudi mengumumkan kos keseluruhan yang dikehendaki. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata perkara itu akan diumumkan selepas prosedur operasi standard (SOP)negara itu dimuktamadkan. […]