Kenyataan Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Berkenaan Pelantikan Pengerusi Dan Timbalan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Kuala Lumpur – Bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan dilantik sebagai pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkuat kuasa hari ini.   Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata Mohd Kamal adalah seorang tokoh pemikir Islam yang telah memberikan sumbangan […]

Tabung Haji Agih Keuntungan 3.1 Peratus Kepada Pendeposit

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.1 peratus yang akan memberi manfaat kepada lebih 8.4 juta pendepositnya melibatkan jumlah agihan RM2.46 bilion. Dalam kenyataan TH hari ini, jumlah keuntungan yang diagih bagi tahun 2021 adalah RM219 juta lebih tinggi berbanding RM2.24 bilion yang telah diagih bagi tahun kewangan 2020. Jelasnya, agihan […]

Pertemuan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama bersama influencer media baharu

PUTRAJAYA – Majlis Pertemuan Timbalan Menteri Agama bersama Influencer Media Baharu anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berlangsung pada 23 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Acara ringkas ini antaranya bertujuan menjalin kerjasama dan mendekati influencer yang telah menempa nama terutama dalam platform media sosial yang mana didominasi oleh golongan anak muda. Antara yang dibangkitkan […]

Kunjungan Hormat dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara YADIM dan IAIN Batu Sangkar Sumatera Barat

PUTRAJAYA – Selepas Dewan Dakwah Islamiah Indonesia dan Kementerian Agama Kabupaten Pelalawan Riau, YADIM meneruskan inisiatif kerjasama dengan pihak Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Batu Sangkar Sumatera Barat, Indonesia pada 23 Februari. Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya mewakili Yang Dipertua YADIM berkata, beliau berharap kerjasama  ini bukan saja mengeratkan […]

Solat Subuh, Isyak berjemaah dapat hadiah motosikal

MELAKA – Masjid Assa’adah Pengkalan Batu di sini menawarkan hadiah tiga buah motosikal kepada jemaah yang hadir menunaikan solat Subuh dan Isyak berjemaah di masjid itu selama 40 hari. Pengerusinya, Datuk Amzah Osman berkata, hadiah motosikal jenis Modenas Kriss berharga RM3,500 itu akan diberikan kepada mereka yang berusia 16 tahun ke atas sempena program istiqamah […]

Ziarah lokasi pengajian Daie YADIM di Hulu Nyalau

BINTULU – Hari ketiga lawatan kerja kepimpinan YADIM ke Sarawak diisi dengan aktiviti ziarah ke Kampung Hulu Nyalau di sini. Ia merupakan lokasi badan dakwah ini mengadakan kelas pengajian agama yang disampaikan oleh Daienya Mohd Iskandar Abdullah. Tujuh tahun menjadi Daie badan dakwah ini, Mohd Iskandar mengadakan kelas pengajian agama YADIM untuk warga kawasan ini […]

Sesi pertemuan Daie YADIM Sarawak dan kepimpinan YADIM

KUCHING – Taklimat Skop Tugasan Daie dan Mesyuarat Bulanan Bersama Daie YADIM Sarawak yang berlangsung sejak 20 April ditutup dengan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Acara ringkas pada 22 Feb ini antaranya diisi dengan amanat tentang gerak kerja YADIM untuk tahun 2022, sesi soal jawab dan percambahan idea bersama […]

Taklimat Skop Tugasan dan Mesyuarat Bulanan Daie YADIM Sarawak

KUCHING – YADIM meletakkan tugasan dakwah di lapangan sebagai sesuatu yang amat dititik beratkan bagi memastikan kelancaran usaha melestari gerakan dakwah. Justeru, pada 20 dan 21 Februari, Bahagian Dakwah Komuniti dengan kerjasama YADIM Sarawak telah mengadakan taklimat skop tugasan Daie dan mesyuarat bulanan bersama Daie YADIM  Sarawak. Turut diadakan ialah taklimat manual pelaksanaan program Daie […]

Pelantikan MPN RSY Sarawak, Induksi Kepimpinan Rakan Negeri Sarawak

KUCHING – Majlis Pimpinan Negeri (MPN)  Rakan Siswa YADIM (RSY) bagi tahun 2022 – 2023 telah menerima watikah pelantikan mereka pada 21 Februari di sini. Simbolik penyerahan watikah disampaikan kepada Pengerusi MPN RSY Sarawak, Muhammad Bahrin Al-Bahri oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh di sini. Terdahulu, telah berlangsung induksi MPN Sarawak […]

YADIM Sarawak diberikan pengiktirafan CDERT APM

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak komited melahirkan ahlinya yang berilmu melalui pelbagai aspek tidak terhad kepada berdakwah sahaja, malah membantu dalam misi bencana alam. Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Kamarul Arief Tuan Soh berkata, pengiktirafan Skuad Pasukan Bertindak Pertahanan Awam (CDERT) APM – YADIM penting dalam usaha yayasan itu meringankan bebanan orang […]