Dapur Rakyat YADIM mula edar makanan untuk mangsa banjir

Alhamdulillah, Dapur Rakyat YADIM, inisiatif badan dakwah ini bagi menyalurkan bantuan makanan untuk mangsa banjir telah beroperasi di Dewan Mina Taman Cikgu Yusuf 2, Banggol Donas di sini. Seramai 10 orang sukarelawan bergotong royong memasak makanan untuk edaran sekitar Kuala Berang bagi membantu mangsa mangsa banjir di kawasan berkenaan. Sebanyak 200 pek telah diedarkan oleh […]

Sumbangan pembasmi kuman di Warung Anim’s

KEBUN BHARU – Menyantuni masyarakat tidak semestinya memerlukan acara besar dan gilang gemilang. Yang lebih utama ialah impak inisiatif yang dijalankan dan masyarakat menerima manfaat hasil program yang diadakan.   Pada 27 Februari, Sukarelawan YADIM telah mengadakan acara ringkas penyampaian botol pembasmi kuman kepada pengunjung sebuah warung popular di sini.   Diwakili Pengerusi SAY Kuala […]

Skuad Musa’adah Agensi Agama digerak bantu mangsa banjir

Taiping – Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menggerakkan Skuad Musa’adah Agensi Agama ke pantai timur dalam masa terdekat bagi membantu mangsa bencana banjir yang sedang melanda negeri Kelantan dan Terengganu. Menterinya, Datuk Idris Ahmad berkata, beberapa agensi seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) […]

Ceramah langsung dari Baitulmaqdis antara pengisian Minggu Al-Quds Yadim

PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini berpeluang menyaksikan ceramah yang dibawakan istimewa secara langsung dari Baitulmaqdis sempena penganjuran Minggu Al-Quds 2022. Program khas julung kali berkenaan antara pengisian diatur oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sebagai penganjur bersama-sama Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM). Menurut agensi tersebut, pelancaran minggu itu telah disempurnakan oleh Penasihat Nadwah Ilmuwan Muslim Malaysia, […]

Pertemuan NGO Islam Terengganu 2022

KUALA TERENGGANU – Pertemuan YADIM Terengganu bersama sebanyak 40 badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang hadir dari seluruh negeri ini telah diadakan di Duyong Marina Resort pada 25 Februari. Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah. Antara yang disentuh dalam ucapannya termasuklah harapan kerajaan […]

Kursus Profesional Daie Muda anjuran YADIM Kedah

PENDANG – Usaha dakwah terhadap generasi muda sebaiknya dilaksanakan dan disampaikan sendiri oleh golongan berkenaan kerana mereka lebih dekat dan memahami apakah pendekatan dan keperluan generasi ini. Justeru dengan hasrat melahirkan pendakwah generasi terkini, selain menjadi pelapis pendakwah akan datang, YADIM Kedah telah menganjurkan Kursus Profesional Daie Muda bertempat di Pendang Lake Resort di sini. […]

Street Dakwah YADIM Kelantan di Pasar Siti Khadijah

KOTA BHARU – Kehadiran ramai pengunjung pada cuti persekolahan telah dimanfaatkan oleh YADIM Kelantan untuk menjalankan program Street Dakwah sempena Ihya Bulan Barakah 2022 pada 26 Februari. Program bermula jam 10 pagi dan berakhir pada 12 tengahari ini, dianjurkan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan […]

SAY Kuala Langat terus prihatin

SIJANGKANG – Aktiviti terbaharu Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat menyaksikan pasukan ini menyampaikan sumbangan makanan bermasak kepada 25 keluarga di sekitar mukim ini pada 25 Februari. Para penerima di sekitar Kampung Sijangkang, Kampung Medan dan Kampung Kebun Bharu terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan warga emas. Program ini adalah rutin pasukan ini yang mana […]

Isu Pertukaran Agama Akan Dibincangkan Bersama Mufti Dan Pakar – Idris Ahmad

Taiping – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mengadakan rundingan meja bulat bersama para mufti dan pakar undang-undang bagi membincangkan isu syarat pertukaran agama yang hangat diperkatakan ketika ini. Menterinya, Senator Datuk Idris Ahmad berkata, perbincangan yang akan diadakan minggu depan itu juga akan melibatkan pakar akademik. “Insyallah minggu depan saya akan buat perbincangan. […]

Barokah Subuh di Surau PPR Kota Bharu

KOTA BHARU – Sebagai usaha mengimarahkan masjid dan menarik jemaah menunaikan solat subuh berjemaah, YADIM Kelantan bersama Ahli Jawatankuasa Surau Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu dan Sukarelawan YADIM (SAY) Kota Bharu  pada 25 Februari telah mengadakan program Barokah Subuh. Antara pengisian program ini adalah  kuliah subuh khas selepas menunaikan solat fardu berkenaan secara berjemaah. […]