“Ini rezeki berganda kami”

SUNGAI BULOH -Si isteri memerhati sepenuh hati… Matanya berkaca melihat suaminya berjalan perlahan dengan ‘kaki’ baharunya. Kelihatan sukar, namun dengan keazaman tinggi kerana mahu kembali mencari rezeki untuk keluarga. Buat kali pertama selepas dua tahun, suaminya berjalan selepas sebelum itu tidak berdaya berbuat demikian. Kaki kirinya sebelum itu dijangkiti kuman dan menjalani rawatan. Pulih daripada […]

Ramah mesra YADIM bersama ketua ketua Jabatan Pembangunan Insaniah IPG seluruh Malaysia

KUALA TERENGGANU – Program bersama rakan strategik Institut Pendidikan Guru (IPG) di sini diteruskan badan dakwah ini pada 12 Mac dengan pertemuan bersama ketua ketua jabatan institusi berkenaan. Dalam pertemuan ramah mesra bersama 27 ketua ketua Jabatan Pembangunan Insaniah IPG itu, YADIM menerusi Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner telah mengambil […]

Garis Panduan Pemerkasaan Sukarelawan Dakwah Masyarakat pandu gerakan sukarelawan negara

PUTRAJAYA – Kewujudan pelbagai gerakan sukarelawan di negara ini perlu dilihat sebagai satu perkembangan positif yang menunjukkan masyarakat semakin cakna dengan pelbagai isu melanda mereka, dan tidak mahu bergantung kepada kerajaan dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Namun, dengan kewujudan terlalu banyak gerakan dan pertubuhan itu sendiri memerlukan satu garis panduan amalan sebagai rujukan mereka dalam melaksanakan […]

Futsal Belia Cinta Masjid YADIM Pahang

KUANTAN – Seramai 96 orang remaja sekitar Parlimen Indera Mahkota menyertai pertandingan Futsal Belia Cinta Masjid (BCM) YADIM Negeri Pahang pada 13 Mac. Program bertempat di Playground 6 Semambu Kuantan ini melibatkan sebanyak 12 pasukan masjid dan surau iaitu dari : 1. Masjid Balok Baru 2. Masjid Kampung Padang 3. Masjid Balok Makmur 4. Masjid […]

Resolusi Konvensyen Kebangsaan Rakan Siswa YADIM 2022

Resolusi Penyatuan/Kesepakatan Rakan Siswa YADIM bersama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Belia Harmoni Malaysia (Harmoni), Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS). 1. Penyatuan bersama dalam agenda dakwah. 2. Pengukuhan hubungan dan tindakan strategik semua badan bukan kerajaan secara berkala. 3. Penyelarasan kumpulan sasar dakwah dalam kepelbagaian. 4. Kesepaduan […]

RSY jangan abaikan potensi ilmu

SUNGAI PETANI – Potensi ilmu dan kedudukan diri sebagai seorang mahasiswa perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh para mahasiswa hari ini dalam melestari Gerakan dakwah, tegas Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan. Menurutnya, dua kelebihan ini seharusnya tidak diabaikan dan perlu dimanfaatkan oleh para mahasiswa. “Sebagai mahasiswa kalian dihormati dan disegani ramai, contohnya apabila pulang ke kampung, […]

Konvensyen Kebangsaan Rakan Siswa YADIM

SUNGAI PETANI – Rakan Siswa YADIM (RSY) tahun ini berkampung di sini bagi melaksanakan Konvensyen Kebangsaan Rakan Siswa YADIM yang menghimpunkan ahli ahlinya dari seluruh negara. Dengan pelbagai pengisian bagi pemerkasaan pertubuhan ini, konvensyen kali ini diadakan selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Mac bagi tujuan berkenaan yang melibatkan seramai 182 peserta. Konvensyen ini […]

Kursus pengurusan jenazah DUN Kemuning

MACHANG – Satu kursus pengurusan jenazah yang dianjurkan bersama oleh YADIM Kelantan dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Kemuning telah diadakan di sini pada 12 Mac. Kursus selama satu hari tersebut telah dilaksanakan di tiga lokasi secara serentak iaitu di Masjid Ar Rasyidin, Masjid Ehsan dan Masjid Mukim Bunut. Seramai 75 orang peserta terdiri daripada […]

Back to school SAY Kuala Selangor

TANJUNG KARANG – Sempena pembukaan sesi persekolah bagi 2022 yang bakal bermula tidak lama lagi, Sukarelawan YADIM (SAY ) Kuala Selangor turut tidak ketinggalan menyantuni mereka yang memerlukan. Pada 11 Mac menerusi program Back To School, pasukan ini telah menyampaikan sumbangan beg sekolah untuk seramai 25 anak- anak asnaf di sini. Turut menerima sumbangan ini […]

YADIM tandatangani kerjasama dakwah dan kepimpinan mahasiswa

KUALA TERENGGANU – Selaras dengan usaha melestari gerakan dakwah khususnya di kalangan anak muda, YADIM pada 11 Mac telah menandatangani kolaborasi strategik dalam bidang dakwah dan kepimpinan mahasiswa dengan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Perjanjian kerjasama ini akan membolehkan badan dakwah ini memperkasa aktiviti pendidikan, dakwah, kepimpinan, kerohanian dan kesukarelawanan kepada ahli Rakan Siswa YADIM […]