Arab Saudi Benar Kemasukan Jemaah Haji Dari Semua Negara Tanpa Pengecualian Tahun Ini

Jeddah – Kerajaan Arab Saudi membenarkan kemasukan jemaah haji antarabangsa dari semua negara tanpa sebarang pengecualian tahun ini walaupun jumlah jemaah dihadkan kepada 1 juta orang bagi musim haji tahun ini 1443 Hijrah / 2022. Menurut Jurucakap Kementerian Haji dan Umrah Saudi (MoHU) Hisham Saed, langkah itu diambil bagi memberi peluang kepada jemaah haji dari […]

Ihya’ Bulan Ramadhan Pusat Latihan KADA Melor

KOTA BHARU – Kerjasama YADIM Kelantan dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dalam program Ihya Bulan Ramadan kini memasuki siri ketiga. Program pada 12 April ini telah berlangsung di Pusat Latihan KADA, di sini yang disertai seramai 40 pegawai dan kakitangan KADA. Kali ini penceramah bebas, Ustaz Mohamad Ayob telah dijemput memberikan pengisian. Mewakili YADIM […]

Mangsa kebakaran Jalan Keretapi Dalam Rhu disantuni YADIM Kelantan

TUMPAT – Diuji dengan musibah kebakaran ketika Ramadan sememangnya menduga kesabaran. Bukan sahaja bulan mulia ini akan dilalui dengan penuh hiba, malah sambutan Syawal tahun ini juga pastinya muram. Namun demikianlah yang perlu dihadapi oleh lima keluarga di sini apabila kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran pada 9 April lalu. Cakna dengan keadaan ini, YADIM […]

JAKIM tambah 1,000 guru takmir

Kangar – Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menambah kuota guru takmir di seluruh negara seramai 1,000 orang menjadikan keseluruhan 5,000 pada tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata penambahan kuota itu dilaksanakan dalam konteks pembangunan dakwah. “Pertambahan kuota ini melibatkan kenaikan jumlah peruntukan sebanyak […]

Polis Tahan Lelaki Hina Nabi Muhammad SAW di Facebook

Kuala Lumpur – Seorang lelaki ditahan polis hari ini, bagi membantu siasatan berhubung hantaran berunsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di laman Facebook. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, suspek berusia 50 tahun itu ditahan di Taman Sri Muda, Shah Alam kira-kira 11.15 pagi dan polis turut merampas […]

Guru agama perlu fahami pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah – Raja Muda Perlis

Kangar – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar guru agama di negeri ini memahami dan berpegang teguh kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis. Baginda bertitah guru agama yang mengajar di Perlis juga perlu mendapat tauliah daripada Jabatan Mufti Perlis bagi menggelak daripada dikenakan tindakan […]

Kitab al-Quran diagihkan kepada hotel di Kelantan

Kota Bharu – Bagi menggalakkan pengunjung hotel membaca al-Quran, kerajaan negeri menyerahkan sebanyak 1,800 naskah kitab berkenaan kepada lebih 10 hotel di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata, al-Quran berkenaan masing-masing disumbangkan oleh kerajaan Arab Saudi sebanyak 1,500 naskah dan 300 daripada […]

Sumbangan untuk warga SK Kolam

BACHOK – YADIM Kelantan bekerjasama dengan pelbagai pihak sebagai antara inisiatif menyantuni mereka yang memerlukan di negeri ini. Terbaharu pada 11 April, mereka bekerjasama dengan rakan badan bukan kerajaan, Dhomir.com menyantuni pelajar Sekolah Kebangsaan Kolam di sini. Seramai 60 pelajar menerima sumbangan zakat (beras dan wang tunai RM50) yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif badan […]

Jubah Rasulullah tarikan utama Masjid Hirka-i Sharif sepanjang Ramadan

SABAN tahun menjelang Ramadan, lebih sejuta manusia akan mengunjungi sebuah masjid yang berusia lebih 160 tahun di Istanbul, Turki. Ramai yang mungkin bertanya, mengapa masjid tersebut yang dikenali dengan nama Masjid Hirka-i Sharif menjadi perhatian umat Islam setiap kali menjelang Ramadan sedangkan Turki terkenal dengan begitu banyak masjid yang mempunyai seni bina yang memukau. Mereka […]

SAY Kuala Langat terus prihatin

KEBUN BHARU – Memasuki hari ke 8 Ramadan, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala langat terus bergerak aktif menyantuni masyarakat setempat dengan menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan dapur,buah kurma dan sedikit wang tunai kepada anak-anak yatim,ibu tunggal dan warga emas. Tidak ketinggalan disantuni ialah sebuah keluarga lima beradik Orang Kelainan Upaya(OKU) di sini. Program pada 10 April […]