Singgah Sahur bersama warga kerja dan banduan Penjara Penor

KUANTAN – YADIM Pahang dijemput menyertai program singgah sahur bersama sebahagian banduan penjara Penor di sini yang terlibat dengan program tahfiz Baitul Hikmah dan kelas tafaqquh fiddin pada 26 April lalu. Program Singgah Sahur Komisioner Jeneral Penjara Malaysia bersama Penghuni Tahfiz Jabatan Penjara Malaysia 2022 yang julung kali diadakan ini, turut melibatkan penjara-penjara terpilih dari […]

Edaran Bubur Lambuk di Pasar Besar Tanah Merah

PROGRAM edaran Bubur Lambuk oleh YADIM Kelantan Ramadan ini memasuki kali ketujuh dengan yang terbaharu diadakan di hadapan Pasar Besar Tanah Merah pada 27 April. Sebanyak 300 pek Bubur Lambuk diedarkan oleh YADIM Kelantan yang turut dibantu oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Jajahan Tanah Merah. Turut diedarkan kepada orang ramai pelekat ‘Jom Ke Masjid’ sebagai kempen […]

Mangsa kebakaran di Felda Chiku 2 disantuni YADIM Kelantan

GUA MUSANG – Diuji dengan musibah kebakaran ketika Ramadan sememangnya menduga kesabaran. Bukan sahaja bulan mulia ini akan dilalui dengan penuh hiba, malah sambutan Syawal tahun ini juga pastinya muram. Namun demikianlah yang perlu dihadapi oleh keluarga Setiausaha Sukarelawan YADIM (SAY) Gua Musang, Ustaz Mahadi Mustapa di sini apabila kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran […]

Dakwah berkebajikan untuk 500 warga Taman Dato’ Senu menerusi Souq@YADIM

SENTUL – Kira kira 500 orang penduduk Taman Dato’ Senu di sini menerima manfaat menerusi program Souq@YADIM yang diadakan pada 27 April. Mereka yang hadir ke Madrasah Raudhatul Muttaqin di sini menerima set keperluan Aidilfitri berupa barangan dapur seperti ayam segar, telur, bawang dan sayur-sayuran. Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dalam […]

50 kotak barangan keperluan untuk Pertubuhan Bakti Massa

PUTRAJAYA – Pertubuhan Bakti Massa, sebuah rakan badan bukan kerajaan (NGO) YADIM pada 27 April menerima sumbangan barangan keperluan dan wang tunai daripada badan dakwah ini bagi membantunya melaksanakan gerak kerjanya. Sumbangan 50 pek barangan tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan dalam satu majlis di ibu pejabat YADIM di sini, yang diselaraskan […]

Iftar Mahabbah YADIM Pulau Pinang santuni 200 asnaf, anak yatim

TASEK GELUGOR – “Muliakan anak yatim dan golongan memerlukan amat dituntut dalam Islam. Agama ini menganjurkan kita mengasihi golongan ini. “Apatah lagi dengan menjamu orang untuk berbuka, fadilatnya sangat besar. Saya merakamkan setinggi tahniah kepada YADIM atas penganjuran program Iftar Mahabbah yang menghimpunkan anak anak yatim, golongan Orang Kelainan Upaya Penglihatan dan saudara baharu,”. Itulah […]

Muslim Ireland beri sumbangan untuk mualaf

PUTRAJAYA – Komuniti Muslim di Ireland telah menyumbang sejumlah RM5,000 untuk seramai 50 mualaf di negara ini menerusi YADIM. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad dalam program Ceramah Perdana Nuzul Al Quran dan Quran Hour YADIM di Surau An […]

Ceramah motivasi SMA Al Khairiah

PADANG TERAP – Semangat dan motivasi untuk terus berjaya perlu sentiasa ada dalam diri pelajar walaupun berada dalam bulan Ramadan yang penuh dengan ujian lapar dan dahaga. Sehubungan dengan itu, YADIM Negeri Kedah telah mengadakan Ceramah Motivasi berjaya YADIM Kedah di Sekolah Menengah Agama Al Khairiah, Pedu, di sini pada 25 April 2022. Ceramah motivasi […]

YADIM Kedah bersama gabungan NGO negeri Kedah raikan mualaf sempena IRSYAD 360′

KUBANG PASU – Seramai 32 mualaf dari Changloon, Jitra dan Alor Setar diraikan dalam majlis berbuka puasa di sini hari ini. Program anjuran bersama gabungan sahabat baan bukan kerajaan negeri Kedah antaranya Pusat Kecemerlangan Dakwah Islam (PEACE), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kubang Pasu, Dhuafa’ Sejahtera, Malaysian Indian Reverted Muslims Association (MIRA) negeri Kedah, Majlis […]

Saya ingat tiada baju raya untuk tahun ini…

MELAKA – Aidilfitri tahun ini pasti berbeza buat Umi Nur Faizah Fauzan Ali Halimi dari Malim di sini. Tahun ini wajah anak – anaknya tersenyum lebar dan ceria. Tahun ini dia dan keluarganya menyambutnya dengan pakaian baharu, tidak seperti tahun tahun sebelumnya. Kisah keluarganya yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan […]