Ziarah Mahabbah YADIM – PERKIM Bersama Banduan Penjara Sungai Buloh

SUNGAI BULOH – Majlis Ziarah Mahabbah Syawal YADIM-PERKIM Bersama Banduan Penjara Sungai Buloh di sini telah diadakan pada 18 Mei. Ia adalah anjuran bersama PERKIM cawangan Datuk Keramat, Daie Komuniti YADIM dan Penjara Sungai Buloh. Seramai 28 orang telah hadir ke program ini termasuk Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Komuniti YADIM, Encik Nuuh Muhamad Idris, Daie […]

PM ajak keluarga Malaysia kecam kekejaman Zionis

SEPANG – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak Keluarga Malaysia untuk bangkit mengecam kekejaman Zionis terhadap Palestin bagi mengembalikan hak dan maruah rakyatnya. Beliau berkata perkara itu menjadi tanggungjawab sesama manusia untuk bertindak atas dasar kemanusiaan apabila suatu kaum atau bangsa di sesebuah negara ditindas. “Malaysia satu-satunya negara yang membangkitkan isu ini secara […]

Qari Papar, Qariah Kota Kinabalu Muncul Juara Tilawah Al-Quran Sabah

Tawau – Guru sebuah sekolah rendah agama Hamdi Yusop dan Nur Faten Izzati Rablin seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) masing-masing muncul johan qari dan qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 1443H/2022M di sini malam tadi. Hamdi yang mewakili daerah Papar dan Nur Faten Izzati mewakili daerah Kota Kinabalu masing-masing […]

Presiden Senegal sokong pemain Islam PSG boikot LGBT

  Dakar – Presiden Senegal, Macky Sall menerusi Twitter menulis sokongannya kepada pemain Paris Saint-Germain (PSG), Idrissa Gana Gueye, yang menghadapi tuduhan homofobia di Perancis. “Saya menyokong Idrissa Gana Gueye. Pegangan agamanya mesti dihormati,” tulisnya di Twitter. Pemain tengah antarabangsa Senegal itu terlepas perlawanan Ligue 1 menentang Montpellier Sabtu di mana setiap pemain perlu memakai […]

YADIM, Sukarelawan Al Baasith bantu ringankan beban mangsa banjir

JOHOL – Sekelip mata semua peralatan rumah musnah. Itulah yang digambarkan penduduk di kawasan ini yang menjadi musibah banjir pada 16 Mei. Penduduk yang ditemui YADIM Negeri Sembilan nyata terkejut dengan musibah tersebut yang disifatkan mereka terburuk dalam tempoh 53 tahun. Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Ulu Inas, Kampung Dingkir, Kampung Senginyeh Kabong, Kampung […]

Malaysia Mohon 5,000 Tambahan Kuota Haji

Bukit Gantang – Malaysia memohon sebanyak 5,000 tambahan kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad pada 16 Mei. Bagaimanapun beliau berkata ia bergantung kepada kemampuan yang boleh diberikan oleh negara itu. “Kami mohon sahaja tetapi bidang kuasa terletak […]

Penyerahan Pelan Strategik YADIM 2022-2024

PUTRAJAYA – YADIM pada 17 Mei telah menerima Pelan Strategik 2022-2024 yang akan memandu gerak kerja badan ini melestari gerakan dakwah sepanjang tempoh tersebut. Pelan strategik ini adalah hasil program pemukiman pengurusan YADIM sebelum ini di Kuantan pada Februari lalu sebelum dimurnikan dan diserahkan semula kepada badan dakwah ini. Sebanyak 97 program utama dirancang untuk […]

Hasil positif pertemuan TYT Pulau Pinang, YADIM

GEORGRTOWN – Pelbagai pengisian melestari gerakan dakwah di negeri ini oleh YADIM, mendapat reaksi positif daripada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak. Tun Ahmad Fauzi pada 13 Mei menerima kunjungan YADIM, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh yang bertujuan memberi taklimat mengenai gerak kerja […]

Program rentas agama YADIM Pulau Pinang

GEORGETOWN – Menyantuni kelaarga Malaysia bukan sekadar perlu dilakukan kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf, golongan miskin dan sebagainya, malah amat digalakkan dianjurkan merentasi agama. Mengambil semangat ini, YADIM merancang untuk mengadakan beberapa program sedemikian di negeri ini sebagai permulaan. Antaranya termasuklah program gotong royong bersama membantu masyarakat yang memerlukan serta program sukan seperti berbasikal […]