Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kembali

Johor Bahru – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan merasmikan pembukaan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar di sini, 12 Jun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, selepas dua tahun tidak dianjurkan, Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang […]

Bakal jemaah berdepan suhu panas 50 Celsius ketika musim haji

Jakarta – Menteri Agama Indonesia, Yaqut Kholil Qoumas menjangkakan musim panas di Arab Saudi ketika musim haji pada Julai ini boleh menyebabkan suhu mencecah 50 darjah Celsius. Katanya, suhu di negara itu ketika ini antara 40 hingga 44 Celsius dan beliau dimaklumkan, suhu tersebut belum tiba kemuncaknya. “Saya dimaklumkan, ketika musim haji berlangsung, suhu panas […]

Jemaah haji pertama berangkat ke tanah suci 4 Jun

Muar – Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dijangka berlepas ke tanah suci menunaikan Rukum Islam kelima itu pada 4 Jun ini berbanding perancangan awal pada 31 Mei. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, penundaan itu ekoran pengurangan jumlah jemaah yang akan menunaikan ibadah itu berbanding kebiasaannya. Malah, beliau memaklumkan, anjakan tarikh berkenaan juga […]

Bukti baharu China dera etnik Uighur di Xinjiang

Beijing – Dakwaan China menganiaya minoriti Islam kembali menjadi agenda global selepas sejumlah besar dokumen yang mengisahkan penderaan muncul semasa lawatan kontroversi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke wilayah itu. Tindakan keras didakwa dilakukan Beijing terhadap penduduk Uighur di negara itu kini mendapat perhatian masyarakat antarabangsa dan gesaan supaya tindakan diambil semakin lantang. Pejuang hak asasi […]

Projek ensiklopedia Palestin tangkis persepsi jahat Barat

SEPANG – Sidang Kemuncak Islam Islam Sedunia 2022 bakal melancarkan projek khas ensiklopedia Palestin dalam usaha menangkis persepsi jahat disebar oleh pihak Barat selama ini. Inisiatif tersebut antara 24 resolusi yang dibentangkan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan pada hari terakhir persidangan tersebut di sini. “Projek ini bertujuan sebagai platform antarabangsa […]

Ziarah Kasih Aidilfitri SAY Kuala Selangor

PARIT 4 – Dalam suasana Aidilfitri, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Selangor kembali giat menyantuni golongan yang memerlukan di daerah tersebut. Pada 22 Mei, satu kunjungan dan ziarah ringkas diadakan bagi menyantuni sebuah keluarga di sini. Pengerusi SAY Kuala Selangor, Puan Asmah Husin bersama dua ahli jawatankuasanya telah menyantuni Encik Nayan Haji Saruni yang menjaga ayahnya, […]

Pencerobohan Zionis di Palestin isu kemanusiaan sejagat, bukan agama semata-mata

SEPANG – Isu pencerobohan rejim Zionis di Palestin bukan hanya isu agama tetapi merupakan isu kemanusiaan sejagat tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, sudah bertahun lamanya rakyat Palestin dinafikan hak untuk duduk di tanah air sendiri dan usaha membebaskan mereka perlu diteruskan dari […]

Majlis Ramah Mesra Ejen Dakwah YADIM Sabah bersama Ketua Pegawai Eksekutif

KOTA KINABALU – Wisma Majlis Ugama Islam Sabah menjadi lokasi Majlis Ramah Mesra Ejen Dakwah YADIM Negeri Sabah bersama Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh pada 21 Mei. Menghimpunkan agen agen dakwah YADIM dari seluruh Sabah, terutamanya dari kalangan generasi muda, ia menjadi platform membincangkan pelbagai aspek dakwah termasuklah inisiatif memperkasakannya untuk […]

Majlis Penyerahan sijil penubuhan RBY bersempena Citra Ibadah IKBN Kinarut

PAPAR – Penyerahan sijil penubuhan Rakan Belia YADIM (RBY) untuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut diadakan pada 20 Mei dengan kehadiran kira kira 250 peserta. Ia diadakan sempena program Citra Ibadah yang kini berlangsung di IKBN tersebut. Ia merupakan lanjutan kerjasama Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM menerusi program Ihya Ramadan sebelum ini dan pemantapan […]

Zikir Berkah D’Kinabalu seru sentiasa berkasih sayang

ZIKIR Berkah di Kinabalu pada 20 Mei yang merupakan salah satu pengisian program Jelajah Keluarga Malaysia Sabah berjalan lancar dan menerima sambutan sangat baik daripada warga Kota Kinabalu. Forum bertajuk ‘Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera’ yang membawakan pendakwah terkenal Ustaz Zul Ramli M Razali dan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, sebagai menyeru […]