Bowling Persahabatan SAY Negeri Kelantan

KOTA BHARU – Sukan kini bukan lagi sekadar aktiviti riadah, sebaliknya kini merupakan salah satu medium berkesan menyebarkan dakwah dan merapatkan ukhwah. Atas kesedaran itu, YADIM Negeri Kelantan telah mengadakan pertandingan bowling persahabatan antara pasukan-pasukan Sukarelawan YADIM (SAY) negeri ini pada 14 November. Seramai 50 ahli SAY dari jajahan Kota Bharu, Machang, Tumpat, Tanah Merah, […]

Peduli Remaja Rimba Café YADIM Kedah

LEGONG – Menarik minta orang ramai khususnya remaja untuk sama sama terlibat melestari gerakan dakwah bukan mudah. Apatah lagi golongan ini kini sentiasa terkehadapan dalam pelbagai bidang, khususnya teknologi maklumat, lantas memberikan cabara cukup besar untuk para pendakwah. Justeru, menarik minat mereka melalui apa yang digemari mereka adalah satu cara untuk melibatkan mereka. Aktiviti lasak […]

YADIM Interaktif: Majlis Temu Mata Ibubapa SMK Putera

KOTA BHARU – Jalan Dakwah YADIM Kelantan bukanlah semata mata berfokus kepada ceramah agama. Bidang pendidikan juga dititik beratkan sebagai salah satu usaha melestari gerakan dakwah di negeri tersebut. Bagi mencapai hasrat berkenaan, maka dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera di Wakaf Mek Zainab di sini, telah diadakan program […]

SAY Sabak Bernam sumbang susu Optimaxe Lite untuk pesakit kronik terlantar

SABAK BERNAM – Ahli keluarga yang terlantar sakit sudah tentu memerlukan penjagaan rapi yang berterusan. Lebih lebih lagi untuk warga emas yang perlu disokong dan bergantung penuh kepada ahli keluarga. Keadaan tentu lebih sukar jika ahli keluarga itu sendiri bukan tergolong dalam kalangan mereka yang mampu. Sentiasa prihatin dengan keperluan ini, Sukarelawan YADIM Sabak Bernam […]

SAY Sabak Bernam jalani kursus dakwah

SABAK BERNAM – Menyahut seruan melestari gerakan dakwah dan sebagai mendalami pelbagai bentuk ilmu dan kemahiran, Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam baru baru ini telah menyertai Program Inspirasi Dakwah Fasa 1 (Perkadaran Dakwah dan Mosque Tour). Program berbentuk kursus ini diadakan di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) di sini mempunyai objektif melahirkan kesedaran tentang kepelbagaian […]

Ziarah Kasih pesakit kronik bersama Sukarelawan YADIM Machang

MACHANG – Bukan kecil pengorbanan Mohd Khairul Azhar Ahmad. Dia meninggalkan keluarganya di Perlis untuk menjaga ibunya yang kini terlantar akibat diserang angin ahmar sejak tiga bulan lalu. Ibunya, Puan Ishah Daud, 72 kini bergantung kepada Mohd Khairul Azhar untuk menguruskan dirinya. Kini hanya mampu minum susu, anak lelakinya itulah yang menguruskan segala keperluannya. Isterinya […]

Pengikut Tarekat Naqsyabandiah Al-Kholidiah jalani pemulihan, kaunseling

BAGAN SERAI – Pengikut ajaran Tarekat Naqsyabandiah Al-Kholidiah yang dibawa pulang ke negara ini akan menjalani pemulihan dan kaunseling oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bagi memulihkan akidah mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata Kementerian Luar (KLN) kini sedang menguruskan baki 27 daripada 63 pengikut ajaran itu secara […]

Bual Bicara Lelaki Qawwam NUIM YADIM Surau Haji Taib

SUNGAI BUAYA – Cakna dengan pelbagai isu masyarakat yang kini berlaku, Nadwah Ulama dan Ilmuan YADIM (NUIM) pada 4 November telah mengadakan Program Bual Bicara Inisiatif Lelaki Qawwam dengan tajuk Peneraju Keluarga Sejahtera. Program yang diadakan di Surau Haji taib di sini itu dihadiri lebih 150 peserta terdiri daripada ahli kariah dan penduduk sekitar. Ia […]

Kem Ibadah SAY Kuala Langat

BANTING – Program Kem Ibadah anjuran Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat telah diadakan di Kem Baitun Nur, Sungai Buaya di sini pada 29 hingga 30 Oktober lalu. Program dua hari satu malam ini merupakan kerjasama dengan Rumah Anak Anak Yatim Sijangkang (RAYAS) selain turut disertai oleh SAY Rawang. Seramai 40 orang anak yatim mengikuti program […]

Munajat Sejahtera Malaysia Masjid Sidam Kiri

SUNGAI PETANI – Program Munajat Sejahtera Malaysia anjuran YADIM baru baru ini menyaksikan pelbagai pengisian diadakan di seluruh negara. Di Kedah umpamanya, YADIM, Sukarelawan YADIM (SAY) Sungai Petani bekerjasama dengan komuniti penduduk di sini mengadakan program YADIM Lestari – Gotong-Royong dan Doa Munajat Sejahtera Malaysia di Masjid Sidam Kiri pada 29 Oktober. Program bermula dengan […]