Talk Pengurusan Organisasi Islam di APIUM

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh pada 15 Jun telah dijemput memberi pengisian dalam program anjuran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya di sini. Program Talk Pengurusan : Isu dan Cabaran Pengurusan Organisasi Islam itu merupakan julung kali diadakan oleh pelajar tahun dua Jabatan Syariah dan Pengurusan secara fizikal selepas […]

Malaysia masih menanti keputusan kuota tambahan jemaah haji – Idris

KUANTAN – Malaysia masih menantikan keputusan rayuan kuota haji dari Arab Saudi agar dapat menghantar lebih jemaah haji ke tanah suci pada tahun ini. Menteri (Hal Ehwal Agama) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad berkata, kerajaan mengharapkan perkhabaran yang baik berkenaan permohonan itu sebelum tarikh pernerbangan akhir nanti. “Sehingga kini memang belum ada sebarang […]

Konsep diyat akan dibincang lebih mendalam – Idris

KUANTAN – Pertimbangan menggunakan konsep diyat (pampasan kepada keluarga mangsa yang terkesan dengan tindakan penjenayah) sebagai hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori akan dibincangkan secara lebih mendalam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata perkara itu termasuk jika ada keperluan untuk menubuhkan jawatankuasa khas, akan diuruskan oleh Menteri di Jabatan […]

Sarawak jadi tuan rumah Forum Perniagaan Muslim Global pada Oktober depan

Kuching – Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi Forum Perniagaan Muslim Global 2022 yang diadakan pada Oktober depan. Forum yang bertemakan “The Rise of the Global Islamic Economy: Refocusing, Resetting and Recovering in the Post-Pandemic Era” akan berlangsung selama dua hari bermula 10 Oktober di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching (BCCK). Persidangan itu bertujuan untuk menggalakkan […]

Arab Saudi tutup permohonan jemaah haji domestik

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menutup pendaftaran jemaah haji domestik bagi musim tahun ini. Malah, jelas kementerian, nama yang terpilih akan diumumkan selepas cabutan dibuat tidak lama lagi. Memetik laporan Arab News, Penolong Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Hesham Saeed berkata, jumlah pemohon haji oleh penduduk yang tinggal di negara itu sudah […]

Projek Rintis Belia Imarahkan Masjid, Surau Solat Jumaat

Kuala Lumpur – Terdapat keperluan dalam mengadakan projek rintis membabitkan golongan anak muda dalam usaha untuk mengimarahkan masjid dan surau solat Jumaat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad. Beliau berkata dalam usaha itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan jabatan agama berkaitan perlu mempelopori program dengan mewujudkan seksyen […]

Johor Benarkan Ibadah Korban di Masjid, Surau Terpilih

Johor Bharu – Kerajaan negeri Johor membenarkan aktiviti ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini dilaksanakan di masjid dan surau terpilih. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata sebanyak 64 masjid dan 68 surau seluruh Johor telah mendapat permit dan digezetkan sebagai pusat aktiviti penyembelihan yang lengkap pada sambutan […]

Palestin puji keputusan Norway label produk buatan Israel

RAMALLAH– Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat memuji langkah Norway yang melabelkan produk negara haram Israel yang dibawa dari penempatan negara itu dengan tempat pengeluar produk berkenaan. Kementerian dalam kenyataan memaklumkan, keputusan Norway itu selaras dengan keputusan Suruhanjaya Eropah 2015 dan selari dengan komitmen Kesatuan Eropah (EU) dan Norway terhadap undang-undang antarabangsa serta resolusi legitimasi antarabangsa, […]

MAIM bersama 140 NGO hantar memorandum bantah penghinaan kepada Islam

KUALA LUMPUR – Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) YADIM  pada 10 Jun menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan India di Jalan Pahang di sini berhubung isu penghinaan kepada Islam dan Nabi Muhammad baru baru ini. MAIM mewakili 140 badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang bersamanya hadir secara aman kira kira jam 10.30 pagi bagi menyerahkan memorandum […]

Hina nabi: MAIM desak India mohon maaf kepada umat Islam

KUALA LUMPUR: Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) mendesak Kerajaan India khasnya Parti BJP mengenakan tindakan tegas terhadap kedua-dua pemimpinnya yang menghina Rasulullah SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah menerusi debat minggu lalu. Pengerusi MAIM, Muhammad Najhan Shahir Halim berkata, penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW adalah perbuatan yang bercanggah dengan nilai-nilai hak asasi beragama. “Mengamal ajaran […]