SAY Kuala Langat, Kelab Bola Jaring Sijangkang rancang kerjasama santuni masyarakat

KEBUN BHARU – Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 19 Jun telah menerima kunjungan Kelab Bola Jaring Dewan Undangan Negeri Sijangkang yang diketuai oleh Cik Norazizah Fadli. Dalam pertemuan ini, kelab tersebut menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan SAY Kuala Langat dalam program program menyantuni masyarakat khususnya di daerah ini. Tertarik dengan usaha proaktif SAY Kuala […]

Remaja Soleh Solehah (RES 2) di SMK Kamil PASIR PUTEH – YADIM Kelantan telah menganjurkan Program Remaja Soleh Solehah (RES 2) di daerah ini pada 20 Jun. Diadakan dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil, program ini bertujuan memberikan motivasi kepada para pelajar untuk lebih cemerlang dalam pelajaran disamping menghormati dan menyayangi ibu bapa dan guru. […]

Raja Perlis gesa umat Islam bela sunnah Rasulullah SAW

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menggesa seluruh umat Islam berganding bahu membela sunnah Rasulullah SAW kerana ia wajar diambil berat oleh setiap Muslim. Baginda bertitah, Perlis menjadi benteng utama Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada segala amalan tahyul, khurafat dan tokok tambah ajaran agama tanpa asas benar yang dilihat semakin menjadi-jadi dalam […]

Resolusi Ijtimak Asatizah Malaysia 2022

RESOLUSI IJTIMAK ASATIZAH MALAYSIA 2022 PENYATUAN & HARMONI ALIRAN PEMIKIRAN DEWAN SERBAGUNA, MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 18 JUN 2022 (SABTU) LATAR BELAKANG MENGINSAFI bahawa perbezaan pendapat adalah satu perkara yang lumrah dan merupakan sebahagian daripada sunnatullah. MEMAHAMI bahawa khilaf dalam perkara ijtihad dan hukum yang berasaskan kepada dalil-dalil zanni adalah suatu perkara yang tabii. […]

Kelas Pemantapan Aqidah dan Pengajian Asas Al Quran di IBQ Learning Centre

BAGI memperkasakan agenda dakwah kepada mualaf di Pulau Pinang, diadakan Program Bersiri Kelas Pemantapan Aqidah dan Pengajian Asas Al Quran kepada golongan ini di IBQ Learning Centre di sini pada 18 Jun 2022. Kelas dihadiri mualaf pelbagai bangsa yang turut serta dalam pengajian. Guru Al Quran jemputan bagi program ini Ustaz Ibrahim Jusoh merupakan Guru […]

Ijtimak Asatizah Malaysia anjuran YADIM titik penyatuan umat

KUALA LUMPUR – Ijtimak Asatizah Malaysia 2022 anjuran YADIM yang diadakan pada 18 Jun diharap akan menjadi titik penyatuan khususnya buat umat Islam di negara ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary berkata, beliau mengharapkan agar ijtimak ini menjadi satu wadah perkongsian pendapat antara agamawan […]

20 Telok Panglima Garang disantuni SAY Kuala Langat

SETIAP Jumaat Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat tidak lupa menyantuni golongan ibu tunggal, anak-anak yatim,warga emas dan miskin di daerah berkenaan. Inisiatif terbaharu mereka pada 17 Jun menyaksikan seramai 20 buah keluarga di kawasan Kebun Bharu, Kampung Medan dan Taman Pahlawan di Telok Panglima Garang telah disantuni SAY Kuala Langat. Kali ini beberapa orang pelajar […]

EMPAT LELAKI ASING SOKONG HINA NABI MUHAMMAD DITAHAN POLIS

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat lelaki warga Nepal selepas disyaki terbabit dalam kes sebuah video tular di aplikasi TikTok mengenai pendirian menyokong perjuangan ahli politik dari India yang membuat penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata kesemua individu berusia 26 hingga 27 tahun ditahan di […]

Kenaikan harga lembu tidak halang umat Islam jalani ibadah korban

Kuala Lumpur – Harga lembu yang meningkat pada tahun ini tidak menghalang umat Islam untuk menunaikan ibadah korban sempena Aidiladha dengan ramai dikalangan mereka mendaftar nama di masjid dan surau berdekatan. Ia diakui Bendahari Masjid Salahuddin Al-Ayubbi, Taman Melati, Gombak, Amirul Syahmee Amir Hamzah yang berkata, kenaikan harga lembu tidak memberi kesan kepada umat Islam […]

Mufti Perlis mohon wujud polisi larang pekerja Muslim terbabit urusniaga arak

KANGAR – Jabatan Mufti Perlis memohon Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) agar dapat membuat polisi yang jelas melarang mana-mana syarikat perniagaan atau perkhidmatan membabitkan pekerja muslim dalam urusan penjualan atau perkhidmatan arak. Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, hal demikian kerana, segala pekerjaan yang menyumbang kepada memudahcarakan penjualan […]