Semarak Keluarga Malaysia RSY himpun peserta majmuk pelbagai kaum

KAJANG – Program Semarak Keluarga Malaysia anjuran Rakan Siswa YADIM di sini pada 26 Jun telah berjaya menghimpunkan lebih 350 peserta daripada pelbagai latar belakang. Selain pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang menjadi lokasi program, ia turut disertai oleh peserta luar termasuk yang bukan Muslim. Program ini juga diselaraskan oleh Pengarahnya yang bukan […]

YADIM, PERSIAP santuni asnaf bersama di Penjara Seremban

SEREMBAN – Komuniti penjara di negeri ini terus disantuni menerusi pelbagai bentuk pengisian oleh YADIM Negeri Sembilan. Pada 26 Jun, dengan kerjasama Persatuan Isteri, Anak-anak dan Anggota Wanita Penjara Seremban (PERSIAP), Persatuan Amal Dan Kebajikan Al Baasith Negeri Sembilan dan MyFundAction, telah diadakan program Bicara Dakwah di Dewan Wawasan Penjara Seremban di sini. Ia disertai […]

Kerajaan sedia bantu pembangunan institusi pemulihan sosial Islam

KAJANG – Kerajaan sedia membantu memudahkan penubuhan atau pembinaan institusi rawatan dan pemulihan sosial berteraskan Islam yang dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, langkah itu antara sokongan kerajaan terhadap usaha pihak berkenaan untuk menangani isu sosial dalam kalangan anak muda di negara ini. “Setiap […]

DMY bakal peroleh manfaat kerjasama Yayasan Hayrat Malaysia

PUTRAJAYA – Para pelatih Daie Muda YADIM (DMY) selepas ini ialah antara yang bakal menerima manfaat besar hasil kerjasama YADIM dengan Yayasan Hayrat Malaysia kelak, yang menawarkan pengisian daripada segi latihan di lapangan dan pengisian kerohanian. Menerusi tawaran berkenaan, pelatih DMY bakal menerima pengisian dalam bidang pendidikan dan kerohanian yang dimiliki oleh yayasan berkenaan, khususnya […]

MALAYSIA NEGARA PERTAMA TERIMA PERMIT OPERASI HOSPITAL MUSIM HAJI 2022

MAKKAH – Malaysia berjaya memperoleh pengiktirafan dan menjadi negara pertama yang mendapat permit untuk hospital beroperasi bagi musim haji 1443 Hijrah, kata Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman. Menurutnya berbanding negara lain, kecekapan Malaysia sentiasa diperakui Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan mereka sedia maklum bahawa petugas Lembaga Tabung Haji (TH) akan […]

Jangan promosi produk depan Kaabah ketika ibadah haji

PUTRAJAYA – Jemaah haji Malaysia dinasihatkan agar tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan atau mempromosikan produk ketika berada di hadapan Kaabah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata jemaah haji perlu memberi tumpuan kepada ibadah berkenaan ketika berada di Makkah dan bukan melakukan aktiviti lain yang tidak sepatutnya. Beliau berkata, tempat […]

Jakim sedia mohon tambah atase halal di luar negara

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia memohon pertambahan atase halal di luar negara bagi pemantauan rumah penyembelihan secara lebih berkesan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, perkara itu memang dalam pertimbangan jangka panjang dan akan diperinci dalam masa terdekat. “Insya-Allah, kita memang sudah ada perancangan itu,” katanya dalam sidang akhbar […]

YADIM, KEMENAG RI fokus dakwah generasi muda

PUTRAJAYA – Pembangunan kandungan dakwah digital dan program dakwah untuk generasi muda ialah antara fokus cadangan kerjasama antara YADIM dan Kementerian Agama Jakarta Republik Indonesia (KEMENAG RI). Menerusi perbincangan berkenaan kedua pihak bersetuju, fokus program perlu diberikan kepada generasi muda menggunakan kaedah dan jalan yang dekat dengan golongan berkenaan. Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan […]

MAIM bersama komuniti India Klang

KLANG – Pertubuhan Kebudayaan, Pendidikan dan Kebajikan Sarjana Pelangi Malaysia telah menjemput YADIM bagi merasmikan majlis penutup program sosial pertubuhan berkenaan. Majlis berkenaan berbentuk pengisian program kebajikan, sosial dan pendidikan bagi kaum India di Dewan Serbaguna Klang. YADIM menerusi wakilnya, Pengarah Kanan Di Pejabat Yang Dipertua YADIM, Ustaz Muhammad Najhan Shahir Halim menyatakan kesediaan pihaknya […]

Kem Kepimpinan Naqibat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan (SMKAP) Alawiyah

LENSA sekitar program Kem Kepimpinan Naqibat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan (SMKAP) Alawiyah Kangar pada 18 Jun. Program yang diadakan di Homestay Kampung Paya Guring, Pauh itu disertai oleh seramai 65 pelajar sekolah berkenaan. Diadakan dengan kerjasama Badan Dakwah dan Rohani serta Persatuan Ibubapa dan Guru SMKAP Alawiyah ini, diisi dengan pelbagai pengisian bermanfaat seperti […]