Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 12 penuntut IPT

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 12 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT), di Istana Negara di sini, hari ini. Lapan penerima biasiswa ialah bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) manakala empat di peringkat sarjana. Dua penerima akan melanjutkan pengajian di luar […]

Haji: Malaysia Negara Pertama Dapat Pilih Waktu Melontar, Tetapkan Waktu Malam

MAKKAH – Malaysia sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi negara pertama dijemput kerajaan Arab Saudi untuk memilih waktu melaksanakan ibadah melontar jamrah. Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata kelebihan yang diberikan membolehkan Malaysia memilih antara pukul 8 hingga 10 malam untuk ibadah itu dan ia memberi keselesaan berbanding cuaca pada waktu […]

UMK TAWAR PROGRAM ASASI KEPADA LEPASAN PENGAJIAN TAHFIZ

KOTA BHARU – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan menawarkan program Asasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahfiz (FICT) kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengambil pengajian Tahfiz al-Quran di peringkat sekolah. Pengerusi Lembaga Pengarah UMK Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkata pengambilan pertama program tersebut dijangka bermula pada semester Jun 2023/2024 selepas mendapat […]

Nurbalqis diiktiraf kerajaan Turkiye penterjemah profesional bahasa Melayu-Turki

KUALA LUMPUR – Minat mendalam untuk menguasai bidang bahasa antara pendorong utama Nurbalqis Abdul Rashid, pelajar tahun dua jurusan Tafsiran dan Terjemahan Turki-Arab di Universiti Seljuk, Turkiye, mengecapi kejayaan pada hari ini. Nurbalqis, 23, baru-baru ini mencatat sejarah negara apabila menjadi penterjemah profesional Bahasa Melayu-Turki pertama yang diiktiraf kerajaan Turkiye. Menurut anak jati Rawang, Selangor […]

PUSAT RAWATAN TH SYISYAH LENGKAP PELBAGAI KEMUDAHAN UNTUK JEMAAH HAJI MALAYSIA

MAKKAH – Jika dlihat dari luar, bangunan yang menempatkan Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) Syisyah kelihatan seperti biasa sahaja tetapi apabila berada di dalamnya, pengunjung pasti teruja melihat segala kelengkapan perubatan yang disediakan. Bukan sahaja mempunyai wad sendiri, tetapi TH juga melengkapkan perkhidmatan mereka dengan menempatkan tenaga pakar dalam pelbagai bidang, 18 ambulans dan […]

Asli Fun Ride 2022 YADIM Melaka, Negeri Sembilan

ALOR GAJAH – Seramai 50 penunggang motosikal dan tiga buah kereta telah menyertai program Asli Fun Ride 2022 yang merupakan kerjasama YADIM Melaka dan YADIM Negeri Sembilan pada 27 Jun. Program yang juga mendapat kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ini memulakan perjalanan dari Pusat […]

YADIM-ILP Marang kerjasama bina jati diri anak muda

MARANG – Kerjasama dalam membangunkan jati diri anak muda di negeri ini antara YADIM dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang diteruskan lagi menerusi program terbaharu anjuran bersama pada 26 Jun iaitu Bicara Dakwah. Program selama tiga jam di dewan ILP Marang itu diisi dengan slot ceramah oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Najmuddin Ulwan Mohd Hamdan, […]

Kem Remaja YADIM Pahang 1.0 terima penyertaan luar biasa

KUANTAN- Pada 25 dan 26 Jun YADIM Pahang telah mengadakan Kem Remaja YADIM Pahang 1.0 bertempat di Lagoona Villa Resort, Cherating. Ia menerima sambutan penyertaan yang amat baik daripada seluruh daerah negeri ini terutamanya daerah Kuantan, Pekan, Temerloh dan Rompin. Program selama dua hari satu malam ini telah menerima pendaftaran awal atas talian lebih daripada […]

YADIM, FGV bincang teroka bidang perniagaan, dakwah bersam

KUALA LUMPUR – Ruang lingkup dakwah tidak seharusnya berlegar di masjid, surau, bilik kuliah atau dewan semata mata. Justeru, dengan hasrat meneroka peluang dan ruang melestari gerakan dakwah, YADIM pada 27 Jun telah mengadakan perbincangan jalinan kerjasama strategik dengan FGV Holdings Berhad (FGV) di ibu pejabat syarikat berkenaan di sini. Perbincangan selama hampir dua jam […]

LAPOR KEPADA PEJABAT AGAMA JIKA WUJUD ISU TALAK MERAGUKAN

ALOR SETAR – Netizen ataupun orang awam diminta membuat laporan terus kepada pejabat agama negeri ataupun daerah, sekiranya ada isu talak yang meragukan tular di media sosial sekali gus menimbulkan kemaslahatan umat Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata tindakan sedemikian dapat membantu pihak berkuasa agama negeri ataupun daerah […]