Pujian Arab Saudi penghargaan sangat besar buat Malaysia – Idris

MEKAH – Pujian Arab Saudi tentang kecekapan Malaysia dalam mengendalikan operasi haji adalah sesuatu yang amat bermakna, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad. Menurutnya, rekod kecemerlangan agensi itu tidak hadir begitu sahaja tetapi ia adalah usaha berterusan dengan kerjasama erat antara petugas serta jemaah haji Malaysia. “Sangat membanggakan apabila […]

Arab Saudi Pilih Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Penyampai Khutbah Arafah

MEKAH – Kerajaan Arab Saudi bersetuju melantik Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (MWL), untuk memimpin doa dan menyampaikan khutbah di Masjid Namirah pada Hari Arafah, Jumaat 8 Julai ini. Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Arab Saudi menerusi portalnya memaklumkan bahawa Kerajaan Arab Saudi […]

Alhamdulillah, selesai agihan 40 set sumbangan Bahagian Khidmat Bakti YADIM di Baling pada 6 Julai.

Tetapi YADIM akan meneruskan program di kawasan ini hingga sebelum Aidiladha kelak bagi menyantuni dan memberi sedikit keceriaan kepada mangsa. Akan ada program Cuci Cuci umpamanya, membersihkan kediaman dan kemudahan awam seperti surau dan sebagainya. Sukarelawan YADIM Kedah dan Rakan Siswa YADIM Kedah juga sedia membantu. Program hari ini bermula dengan sesi taklimat daripada Pegawai […]

Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL)  di SK Kubang Golok

BACHOK – Selepas Jajahan Kuala Krai dan Jeli, YADIM Kelantan telah menganjurkan Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) Siri 3 di sini pada 6 Julai. Diadakan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Golok, program ini bertujuan melahirkan anak-anak yang memahami akidah, ibadah dan akhlak. REPSOL juga berhasrat melahirkan anak-anak yang […]

51 NGO desak kerajaan China hentikan penindasan terhadap etnik Uyghur

Kuala Lumpur – Sebanyak 51 Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak agar kerajaan China menghormati, melindungi hak kebebasan beragama serta memberi perlindungan sama rata kepada etnik Uyghur yang didakwa berdepan penindasan dan kekejaman di wilayah Xinjiang. Desakan tersebut disuarakan menerusi Memorandum Bantahan Keras yang diserahkan kepada Kedutaan Besar China di ibu negara hari ini. Menurut […]

Dunia Islam pandang Malaysia, TH model pengurusan terbaik Haji

Kuala Lumpur – Dunia Islam sentiasa memandang tinggi keupayaan Malaysia dan Tabung Haji (TH) sebagai model pengurusan terbaik haji. “Ya, benar, di mana-mana acara, dunia sentiasa menyebut contoh Tabung Haji Malaysia,” ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad. Sehubungan itu, beliau amat berbesar hati menerima undangan daripada Kerajaan Arab […]

JAKIM Diarah Segera Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Baling

Kuala Lumpur – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah untuk segera menyelaras bantuan Musa’adah JAKIM bersama-sama pihak berkuasa negeri Kedah bagi membantu para penduduk Baling yang terkesan dan terjejas banjir. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata beliau amat dukacita dan bersimpati dengan para penduduk yang terlibat dengan […]

YADIM perkukuh kefahaman akidah golongan muda

BACHOK – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan akan memperluaskan pendedahan bagi memperkukuhkan kefahaman akidah serta memupuk kekuatan jati diri golongan muda. Pengarahnya Mahadi Awang berkata, program berkenaan membabitkan pelajar seawal usia sembilan tahun. Katanya inisiatif tersebut melibatkan Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL), Program Remaja Soleh Solehah (RES2) dan Transformasi Orang Muda (TOM). “Yadim menawarkan […]

YADIM Kader Dakwah : Transformasi Orang Muda

BACHOK- Program ikonik pembangunan jati diri remaja, Transformasi Orang Muda (TOM) kembali dilaksanakan YADIM Kelantan. Kali ini pada 2 hingga 4 Julai dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor 2 di Sri Pantai Beach Resort, Melawi di sini. Seramai 80 peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 4 menyertai TOM kali ini. Antara objektif TOM […]

Jemaah Malaysia Dapat Kelebihan, Tapak Penempatan Baharu Di Arafah, Muzdalifah Dan Mina

Makkah – Jemaah Malaysia yang mengerjakan ibadah haji tahun ini bertuah apabila Kerajaan Arab Saudi bukan sahaja memberi penempatan baharu tetapi juga kawasan khemah yang berdekatan dengan masjid, ketika berada di Mina. Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata kelebihan itu boleh dimanfaatkan jemaah haji kerana bukan sahaja boleh solat […]