YADIM cadang jumpa wanita hina Islam

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bercadang untuk menemui Siti Amira Natasha Abdullah yang didakwa menghina Islam dalam program dianjurkan sebuah kelab komedi bagi memberi penjelasan mengenai Islam sebenar. Yang Dipertua, Nasrudin Hassan, berkata wanita itu sepatutnya tahu tindakan yang dilakukan itu adalah satu kesalahan yang amat besar dalam Islam dan berharap dengan pertemuan […]

Media ‘lebuh raya’ maklumat

PUTRAJAYA – Media disifatkan sebagai ‘lebuh raya’ maklumat, sebagai sebuah medium yang menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Menurut Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM), Ustaz Nasrudin Hassan, media sebagai satu wadah dalam memberi gambaran kepada masyarakat. Namun beliau mengingatkan kepada semua media agar semua maklumat yang disampaikan itu boleh memberi kesan samada negatif mahupun positif. […]

Program Sinar Zulhijah Masyarakat Orang Asli Melaka 2022M / 1443H

ALOR GAJAH – Pada hari terakhir ibadah korban 1443H telah dilaksanakan program untuk meraikan masyarakat Orang Asli di negeri ini oleh YADIM Melaka. Program dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) ini turut melibatkan rakan badan bukan kerajaan seperti Hidayah Centre Foundation, PERKIM dan Gabungan Dakwah Malaysia. Ia dirasmikan oleh […]

Qurban 1443H UTeM, YADIM dan Kempen “I Love Muhammad S.A.W”

AYER KEROH – Program Ibadah Korban kerjasama antara YADIM Melaka dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tahun ini menyaksikan sebanyak sembilan ekor lembu dan enam ekor kambing dikorbankan. Pada tahun ini juga, YADIM Melaka telah menaja pembelian parang sembelihan berkualiti tinggi tempaan pakar dari Kelantan. Seramai 500 orang warga UTeM telah sama-sama hadir untuk membantu […]

SAY Kuala Langat, RAYAS adakan majlis korban bersama

SIJANGKANG – Sinergi bersama Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang (RAYAS) dan Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat yang memanfaatkan orang ramai ketika sambutan Aidiladha tahun ini menyaksikan mereka melaksanakan ibadah berkenaan pada 11 Julai. Tahun ini menyaksikan sebanyak enam ekor lembu dikorbarkan mereka dengan kerjasama penduduk setempat. Program bermula seawal jam 8 pagi dan daging korban telah […]

Umat Islam wajib pelihara maruah, kesucian agama

SHAH ALAM – Seluruh umat Islam diingatkan agar berhati-hati dalam tindakan dan ucapan supaya tidak terjebak dalam situasi yang boleh disifatkan sebagai menghina dan mempersenda agama suci ini. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan berkata, ini kerana individu yang terlibat bukan sahaja berdepan dengan kemarahan umat Islam, malah mendapat kemurkaan ALLAH SWT […]

Kerjasama Kempen Adab dan Akhlak YADIM, ILMU- ONE

PUTRAJAYA – YADIM dan Pertubuhan Ilmuwan Sunni Malaysia (ILMU-ONE) pada 7 Julai menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) berhubung kerjasama Kempen Adab dan Akhlak melibatkan kedua institusi berkenaan. Kempen ini bertujuan memupuk kesedaran, penghayatan dan pengamalan akhlak serta adab mulia dalam kalangan masyarakat yang kini semakin terhakis. Program bersama dinamakan Program Malaysia Negara Berakhlak itu, akan dilaksanakan […]

Cuci Cuci di Kampung Nering

BALING – Sukarelawan YADIM Baling, Sungai Petani dan Pendang pada 7 Julai turun padang ke Kampung Nering, Baling bagi membantu mencuci kediaman penduduk yang dilanda banjir dalam bencana yang melanda daerah berkenaan baru baru ini. Ia turut  disertai oleh Rakan Siswa YADIM Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Secara keseluruhan, seramai 40 ejen […]

Muslim Food Industries sasar jualan RM24 juta tahun ini

Kuala Nerus – Muslim Food Industries (MFI), syarikat pengeluar dan pengedar makanan berasaskan tepung milik Bumiputera di Kuala Terengganu, menyasarkan jualan sebanyak RM24 juta pada tahun ini, meningkat hampir 80 peratus berbanding RM13 juta pada tahun lepas. Pengarah Urusan Ahmad Sayyaf Jamaludin berkata syarikat yakin dapat mencapai sasaran itu berikutan jualan setakat suku kedua tahun […]

Himpunan Asatizah 2.0 bakal diadakan

PUTRAJAYA – Ikatan Lepasan Mahasiswa Al Azhar Mesir (ILMAM) yang diketuai oleh Ustaz Dr Zuhaili Saiman selaku Presiden ILMAM Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat dan ziarah ke atas Yang Dipertua YADIM Ustaz Nasrudin Hassan baru baru ini. Kunjungan ini merupakan satu uasha amat signifikan kepada usaha dakwah dan ilmu khasnya bagi membina rangkaian kerjasama dan […]