Yadim sedia bantu individu keliru mengenai Islam

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bersedia membantu individu yang berhadapan kekeliruan serta mempunyai kemusykilan mengenai ajaran Islam. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, langkah itu juga sebahagian daripada kerja dakwah. “Individu yang berhadapan kekeliruan ini perlu dibantu dan diberikan penjelasan kerana mereka akan berhadapan kesusahan sekiranya menyalurkan perkara itu ke […]

20 keluarga Orang Asli terima sumbangan SAY Kuala Langat

PULAU CAREY – Meskipun sekadar barangan dapur ringkas, namun untuk penerimanya, ia satu sumbangan cukup bermakna. Ia menunjukkan tanda ingatan yang tidak pernah putus untuk mereka. Walaupun tidak dizahirkan dengan ucapan, namun riak wajah jelas mengungkapkan rasa terima kasih mereka. Pada 21 Julai, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat menyantuni 20 keluarga Orang Asli di sini […]

Lelaki didakwa tipu guna nama pusat tahfiz

Kuala Lumpur – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan menipu dalam urusan mendapatkan sumbangan pengajian daripada Jakel Trading Sdn Bhd, membabitkan nilai berjumlah RM270,000. Mohamed Noor Mohamed Amin, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun. Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, […]

Ijtimak Asatizah 2.0 Sasar Alumni Graduan Timur Tengah

PUTRAJAYA – Selepas kejayaan menganjurkan Ijtimak Asatizah Malaysia pada 18 Jun lalu, YADIM bakal melangkah lebih jauh dengan penganjuran Ijtimak Asatizah 2.0 yang memfokuskan kepada kalangan alumni graduan dari Timur Tengah pula. Langkah ke arah penganjuran itu telah pun bermula sebaik selepas 18 Jun lalu dan terbaharu, mesyuarat pelaksanaan telah berlangsung pada 19 Julai dan […]

Ditahan Jawi, Siti Nuramira dijangka didakwa di Mahkamah Syariah esok

Kuala Lumpur – Hanya beberapa minit selepas dibebaskan, wanita kontroversi yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di kelab komedi, Siti Nuramira Abdullah ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini. Siti Nuramira, 26,  ditahan penguatkuasa Jawi  selepas menandatangani Borang Jamin dengan ditemani peguamnya Ramesh Chandran di Kaunter Jaminan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur […]

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Malaysia Tiba Di Tanah Air

SEPANG – Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 298 orang tiba di tanah air semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini melalui penerbangan Saudia Airlines SV 5612. Ketibaan mereka pada pukul 9.05 pagi dari Jeddah, Arab Saudi disambut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary dan […]

Citra Ibadah RBY IKTBN Alor Gajah dan Kuala Langat

ALOR GAJAH – Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM pada 15 hingga 17 Julai lalu mengadakan program Citra Ibadah Rakan Belia YADIM (RBY) di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah di sini dan Kuala Langat. Memfokuskan kepada pengukuhan ilmu solat kepada peserta, program serentak ini melibatkan seramai 116 pelajar semester 1 dan 2 di […]

Bicara Dakwah Agensi IPK Kedah

ALOR SETAR – Program Bicara Dakwah Agensi anjuran bersama Bahagian Agama, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah telah diadakan di Kompleks Latihan Anak Bukit di sini pada 18 Julai. Seramai 100 peserta terdiri daripada anggota polis dan kakitangan awam IPK Kedah telah hadir ke program ini. Ucapan aluan dalam […]

Gandingan SAY Kuala Langat, Kuala Selangor santuni masyarakat

SUNGAI BURUNG – Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat dan SAY Kuala Selangor baru baru ini berganding bahu menyantuni 10 keluarga yang memerlukan di sini. Sumbangan barangan keperluan harian daripada SAY Kuala Langat itu adalah untuk kegunaan khidmat masyarakat di kawasan ini. Kedatangan SAY Kuala Langat diketuai Pengerusinya, Hasmawi Mahidin ke program mesra Aidiladha itu disambut […]

YADIM tubuh Skuad Duat Siber jawab kes hina Islam

PUTRAJAYA- Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) akan menubuhkan Skuad Duat Siber (SDS) bagi menjawab penghinaan dan persendaan Islam di media sosial. Yang Dipertua YADIM, Nasrudin Hassan berkata, pasukan skuad itu terdiri daripada ilmuan agama dan berkemahiran dalam berdakwah. “Karakter skuad ini mestilah seorang dai’e iaitu pendakwah yang boleh menyampaikan maklumat secara berstrategi,” katanya. Menurutnya, YADIM […]