Ceramah Awal Muharam dan Pertandingan Tilawah Al-Quran.

SEMPENA sambutan awal Muharam, Rakan Belia YADIM Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, Pahang telah menganjurkan program Ceramah Awal Muharam dan Pertandingan Tilawah Al-Quran. Seramai 190 pelajar hadir dalam program ceramah dan 11 orang pula menyertai acara tilawah pada 29 Julai. Ceramah telah disampaikan oleh Daie Muda YADIM, Ustaz Muhammad Fakhrul Hakimin Mokhtar. Beliau turut […]

Kempen Jom Ke Masjid di Pekan Sabtu

BOTA – Kempen Jom Ke Masjid terus dirancakkan oleh YADIM Perak di pasar pagi Bota Kanan di sini yang lebih dikenali dengan nama Pekan Sabtu oleh penduduk setempat. Edaran risalah Jom Ke Masjid diberikan kepada para pengunjung oleh Sukarelawan YADIM serta tazkirah lapangan ialah antara pengisian program kali ini. Semua pengunjung yang melalui lokasi sudut […]

Kiswah Kaabah diganti malam ini, pembuka tirai 1444 Hijrah

Kain hitam bersulam benang emas dikenali sebagai Kiswah yang menutupi Kaabah di Kota Suci Mekah, Arab Saudi dijadual diganti pada hari ini (Jumaat), selepas solat Isyak waktu tempatan sebagai simbolik kepada pembuka tirai Tahun Baru Islam 1444 Hijrah pada Sabtu. Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menerusi perkongsian di Twitter menyatakan […]

ANUGERAH KHAS MA‘AL HIJRAH KATEGORI PENDAKWAH MUALAF DIPERKENALKAN

KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya Anugerah Khas Ma‘al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan akan memperkenalkan kategori pendakwah mualaf. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam kenyataan semalam memaklumkan kategori baharu yang diperkenalkan pada tahun ini bagi memberikan penghargaan dan dorongan terhadap kegigihan saudara muslim mendalami ajaran Islam agar menjadi contoh dan pembimbing kepada saudara muslim […]

Bicara Eksekutif Jabatan Kastam Diraja Malaysia bersama YADIM

IPOH – YADIM Perak telah menerima jemputan memberikan pengisian ilmu serta mengadakan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sini dalam satu program Bicara Eksekutif yang dianjurkan jabatan berkenaan Hadir ke program pada 28 Julai ini ialah Penyelaras YADIM Perak, Ustaz Mohd Zahid Abu Bakar yang telah menyampaikan bicara bertajuk ‘Hidup Sejahtera, Bahagia Bersama’. Beliau memulakan […]

Jawi anjur sambutan Maal Hijrah 2 Ogos ini

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menganjurkan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1444H/2022M pada 2 Ogos ini. Jawi menerusi kenyataan akhbar berkata, majlis berkenaan akan berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana […]

20 syarikat tunai zakat perniagaan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 20 syarikat korporat menunaikan zakat perniagaan berjumlah keseluruhan RM11 juta kepada Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) pada Rabu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, setakat Januari hingga Jun 2022, PPZ-MAIWP menerima zakat perniagaan sebanyak RM56.6 juta daripada 2,453 pembayar. “Kementerian […]

Awas harga pakej haji, umrah tak logik

Kuala Lumpur: Tawar pakej haji RM16,000 dan umrah RM3,000. Itu antara promosi gila-gila agensi pelancongan yang ligat mencari jemaah untuk ke tanah suci sejak beberapa tahun lalu. Harga berkenaan disifatkan tidak logik dengan kadar semasa dan ia sepatutnya menjadi pananda aras kepada bakal jemaah mengenai risiko kemungkinan tidak dapat menunaikan ibadat di sana. Mendedahkan perkara […]

MAIDAM agih RM23 juta kepada 25,000 fakir miskin Ogos ini

KUALA BERANG – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan mengagihkan bantuan khas ‘sekali bayar’ sejumlah RM23 juta untuk membantu kira-kira 25,000 asnaf fakir dan miskin di negeri ini bermula bulan depan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata ia adalah bantuan kewangan tertinggi yang pernah disalurkan MAIDAM setakat ini, iaitu […]

Motivasi Kecemerlangan Pelajar Maahad Al Maarif Al Islamiah

CHANGKAT JERING – Seramai 130 orang pelajar  Maahad Al-Maarif Al-Islamiah di sini telah mengikuti program Motivasi Kecemerlangan Pelajar pada 27 Julai. Pengisian yang menekankan aspek peranan remaja dalam menyebarkan ajaran Islam kepada umat telah disampaikan oleh Penyelaras YADIM Perak, Ustaz Mohd Zahid Abu Bakar. Beliau juga turut berkongsi kaedah pembelajaran yang lebih fokus kepada kefahaman […]