Kem REPSOL di SK Lawang

JELI – Siri terbaharu Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) anjuran YADIM Kelantan telah diadakan di sini pada 2 Ogos. Diadakan dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan (SK) Lawang, siri ke 4 program ini bertujuan melahirkan anak-anak yang memahami akidah, ibadah dan akhlak. REPSOL juga berhasrat melahirkan anak-anak yang menghormati dan menyayangi ibu bapa dan guru. Program di […]

MANTAN KP JAKIM TOKOH UTAMA MAAL HIJRAH WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR – Mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, 69, diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Utama Maal Hijrah 1444 hijrah peringkat Wilayah Persekutuan hari ini. Penganugerahan tersebut disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan […]

Jemaah haji terkandas: Lima kertas siasatan lengkap, kerugian cecah RM5.67 juta

Kuala Lumpur – Polis telah melengkapkan lima kertas siasatan berhubung insiden 380 jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 8 Julai lalu. Ketua Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, sebanyak 132 laporan polis telah diterima di seluruh negara membabitkan penipuan pakej haji oleh dua agensi pelancongan dengan […]

Sultan Kedah seru umat Islam bina keluarga ikut lunas agama

Alor Setar – Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menyeru seluruh umat Islam supaya berusaha membina keluarga bahagia dan penyayang mengikut lunas ajaran serta panduan agama. Sultan Sallehuddin bertitah keluarga yang penyayang dan harmoni berkait rapat dengan keredaan serta keberkatan daripada Allah SWT yang tidak boleh diabaikan sama sekali, kerana keredaan itu […]

MATTA mohon tambahan kuota syarikat urus jemaah haji

GEORGETOWN: Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) masih berbincang bersama beberapa kementerian berhubung Akta Tabung Haji 1995 yang antara lain bagi membuka lebih kuota kepada agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam pengurusan jemaah haji. Setakat ini, Lembaga Tabung Haji (TH) hanya memberi kepercayaan kepada 22 syarikat pelancongan menjadi Pengelola Jemaah […]

“AINUL KRITIKAL. HANYA ALLAH SWT TEMPAT BERGANTUNG KETIKA INI,” – BAPA

Kuala Lumpur -“Ainul Kritikal. Hanya Allah SWT tempat bergantung ketika ini. Terus doakan Ainul.” Demikian kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak bapa kepada Ainul Mardhiah yang hari ini dilaporkan dalam keadaan agak kritikal. Ujarnya lagi, anaknya mendapat jangkitan kuman yang kemungkinan berserta virus. Menurut Safiuddin anaknya mula batuk pada Jumaat lalu dan muntah serta cirit pada […]

Ibu tunggal, Loh Siew Hong dibenar cabar penukaran agama anak kepada Islam

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan untuk izin melakukan semakan kehakiman dikemukakan ibu tunggal yang beragama Hindu, Loh Siew Hong, bagi mendapatkan deklarasi bahawa bekas suaminya tidak layak secara sah untuk mengislamkan anak mereka. Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, aduan Siew Hong mempunyai merit untuk didengar mahkamah, memetik laporan FMT. […]

Jadikan silat jambatan budaya Melayu Nusantara dengan dunia luar – PM

Ayer Keroh: Seni silat memainkan peranan yang besar dalam memastikan budaya Melayu itu terkenal dan diwarisi di peringkat sejagat. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seni silat juga dilihat terbukti mampu menjadi jambatan budaya Melayu Nusantara dan dunia luar dengan ratusan ribu ahlinya dari benua Eropah, Asia Tengah, Asia Timur dan Afrika. Sehubungan […]

Tahsin Ibadah (Pengurusan Jenazah) Masjid  Al Islah, Permatang Kerat Telunjuk

BANDAR BAHARU – Sempena awal Muharam, YADIM Kedah telah menganjurkan Program Tahsin Ibadah (Pengurusan Jenazah) dengan kerjasama Masjid  Al Islah, Permatang Kerat Telunjuk, di sini pada 31 Julai. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Haji Azmi Mohammad daripada YADIM Kedah. Peserta diajar bermula daripada adab menziarahi orang sakit, perkara penting apabila berlaku kematian, persiapan mandi, kafan, solat, […]

Forum Islam dan Masyarakat Malaysia

KUALA LUMPUR – Jalur dakwah YADIM tidak pernah disempitkan dengan bangsa mahupun latar belakang. Terbaharu, YADIM telah dijemput bersama dalam Forum Islam dan Masyarakat Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan pada 30 Julai. Program cukup menarik ini memghimpunkan peserta berbangsa Tionghua yang telah memeluk Islam dan yang bukan beragama Islam. Lebih menarik lagi, badan bukan kerajaan […]