Kanak-kanak 11 tahun antara 48 terkorban di Gaza

KHAN YOUNIS – Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun antara mangsa yang terkorban di Gaza susulan konflik yang disifatkan sebagai keganasan rentas sempadan terburuk dalam tempoh setahun lepas.   Jumlah korban rakyat Palestin akibat pertempuran hujung minggu lalu antara tentera Israel dan Gaza meningkat kepada 48 mangsa pada Khamis.   Ia selepas pertambahan korban seorang kanak-kanak berusia […]

Pemegang visa pelancongan boleh tunai umrah di Makkah

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan pada Khamis bahawa umat Islam yang memperoleh visa pelancong dan visa komersial kini akan dibenarkan menunaikan ibadah umrah di Makkah semasa berada di negara tersebut. Peraturan baharu itu membolehkan pemegang visa Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan negara-negara di Kesatuan Eropah (EU) yang beragama Islam […]

Gadai nyawa untuk bantu pelarian Yaman

Kuala Lumpur – Tempuh perjalanan getir sejauh 600 kilometer (km) selain terpaksa melepasi 52 pos kawalan pemeriksaan semata-mata bagi menyalurkan bantuan kepada pelarian perang. Itu antara misi sukar dilalui sukarelawan Muslim Care Malaysia (MCM) untuk sampai ke kem pelarian di Kem Madudah dan kem pelarian Maarib, Yaman baru-baru ini. Perjalanan tambah mencabar apabila mereka perlu […]

SULH BERJAYA SELESAIKAN 15,294 KES PERTIKAIAN SECARA BAIK

KUALA LUMPUR – Statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menunjukkan 72 peratus atau bersamaan 15,294 kes pertikaian sepanjang 2019-2022 berjaya mencapai persetujuan secara baik selepas melalui prosiding sulh. Antara kes yang dikehendaki menjalani prosiding Sulh termasuklah nafkah isteri, nafkah anak, idah, mut’ah, harta sepencarian, hadhanah, ganti rugi pertunangan, ganti rugi perkahwinan dan tuntutan kembali taat. […]

Sambutan luar jangka Seminar Wanita dan Lelaki Qawwam

PULAU PINANG – Sebuah program seminar berbentuk akademik kerap dianggap membosankan dan sukar menarik peserta kerana format penganjurannya. Namun jika diatur dengan sebaiknya, diberi pengisian menarik dan membariskan ahli panel berkaliber, sudah pasti ia mampu menarik kehadiran ramai hadirin. Ia dibuktikan YADIM Pulau Pinang yang menganjurkan Seminar Wanita Dan Lelaki Qawwam di Masjid Al Muhajirin […]

Sedikit sumbangan tanda kami prihatin

SETIU – Sejak tiga tahun lalu, Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Setiu mengalami masalah bekalan air yang kerap berlaku. Jika berlaku di sesebuah kediaman peribadi, ia pasti amat menjengkelkan, apatah lagi jika terjadi di sebuah sekolah yang mempunyai beratus ratus murid! SK Kuala Setiu telah cuba mengatasi masalah ini dengan pelbagai ikhtiar, antaranya memohon bantuan dan […]

Anak penoreh dari Malaysia pegang jawatan nombor 3 di PBB

KUALA LUMPUR – Pemilihannya sekali lagi sebagai Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pengarah Eksekutif UN-Habitat, pada Januari lalu amat membanggakan negara, namun bagi Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, ia adalah mandat besar yang perlu digalas dan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Tidak dinafikan, banyak cabaran yang perlu ditempuhi sejak kali pertama menjawat jawatan […]

Anugerah Diraja Kewangan Islam 2022 berlangsung 4 Oktober ini

KUALA LUMPUR – Anugerah Diraja Kewangan Islam 2022 anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan berlangsung pada 4 Oktober 2022 di sini. Anugerah Diraja merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan kepada individu berwawasan dalam bidang kewangan Islam yang telah memberikan sumbangan yang besar dari segi pencapaian dan inovasi terhadap perkembangan […]

Zulfaqar cekal, mahu jadi penceramah motivasi

Kuala Berang – Zulfaqar Aslam Zulkefli bukan penceramah motivasi terkenal namun setiap video perkongsiannya di TikTok miliknya @ak_aslamm meraih ribuan tontonan. Biarpun berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal, Zulfaqar Aslam, 22, berani ke hadapan malah tidak kekok berinteraksi dengan pengikut secara maya. Jadi, tidak hairanlah jika pemuda kelahiran Muar, Johor itu dapat mengumpul lebih 90,000 […]

Melaka tamatkan kebenaran solat Jumaat di 228 surau

MELAKA – Kerajaan negeri bersetuju menamatkan kebenaran mendirikan solat Jumaat secara sementara di 228 buah surau berkuat kuasa Jumaat depan. Mufti negeri, Datuk Halim Tawil berkata, perkara itu diputuskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali minggu lepas. Menurutnya, berikutan itu Jumaat ini merupakan hari terakhir bagi […]