28 pelatih ADMY 2022 terima watikah

PUTRAJAYA – Seramai 28 pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) menerima watikah masing masing yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad di sini pada 16 Ogos. Para pelatih siri keempat ADMY itu kini secara rasminya bakal memulakan latihan selama empat bulan di Institut […]

Lelaki khianat cabut batu nisan ditahan

SIBU – Polis menahan seorang gelandangan lelaki pada Isnin yang disyaki terlibat dalam kes khianat mencabut beberapa batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Al-Qadim di sini yang telah menggemparkan masyarakat Muslim di bandar ini. Perbuatan mencabut batu nisan itu tular di dalam media sosial sejak Ahad apabila terdapat waris-waris yang mendakwa batu nisan di kubur […]

PIALA DUNIA 2022: ISRAEL TIDAK DIIKTIRAF, PERLU PILIH PALESTIN UNTUK BELI TIKET

KUALA LUMPUR – Israel tidak diiktiraf Qatar sehingga rakyat negara haram itu perlu memilih Palestin sebagai lokasi asal mereka untuk membeli tiket Piala Dunia 2022 Qatar. Laman sesawang rasmi bagi jualan tiket dan pakej hospitaliti Piala Dunia 2022 Qatar sebelum ini meletakkan nama ‘Wilayah Palestin yang dijajah’ namun telah ditukar kepada ‘Palestin’. Tindakan berani Doha […]

Pengkid tular pakai ihram ke Mekah tidak melalui agensi

IPOH – Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah (Puhaz) Perak tidak terlibat mengendalikan jemaah umrah wanita yang berperwatakan lelaki atau pengkid ke Tanah Suci dan berpakaian ihram seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini. Presiden Puhaz, Mohd. Ali Sabri berkata, maklumat awal yang diperoleh, individu tersebut melakukan perbuatan itu tanpa melalui mana-mana syarikat agensi pelancongan. […]

Perluas Program Jom Celik al-Quran seluruh negara

KUALA LUMPUR – Program Jom Celik al-Quran yang ketika ini dilaksanakan di Wilayah Persekutuan diharap dapat diperluaskan ke seluruh negara bagi membolehkan lebih ramai mendapat bimbingan serta memperbaiki bacaan ayat suci. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata isi kandungan dan tafsiran al-Quran sentiasa relevan untuk dijadikan panduan dan amalan […]

Nooh Gadut Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI baharu

SHAH ALAM – Bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang baharu pada 15 Ogos. Menerusi hantaran di Facebook, Selangor Royal Office memaklumkan pelantikan tersebut mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan berkuat kuasa bermula 30 Jun 2022 sehingga […]

Kembara Daki Jelajah Merdeka Himpun 3 Pasukan SAY

BUKIT JUGRA – Buat pertama kalinya, bagi menyambut bulan kemerdekaan, tiga pasukan Sukarelawan YADIM (SAY) bergabung menjayakan sebuah program yang diadakan di sini pada 14 Ogos. SAY Kuala Langat, SAY Rawang dan SAY Kuala Selangor dengan kerjasama Rumah Anak Anak Yatim Sijangkang (RAYAS) telah berganding bagu mengadakan program Kembara Daki Jelajah Merdeka yang bertujuan menanam […]

Mangsa ribut Tanjung Bidara terima sumbangan YADIM Melaka

TANJUNG BIDARA – “Barang dalam rumah semua tak boleh pakai dah, almari, barang elektrik, semualah,”. “Bumbung tercabut semuanya, keseluruhan lah. Air hujan masuk, tak tahulah berapa anggaran jumlah kerosakan, tapi semua sudah tak boleh digunakan,”ujar salah seorang mangsa ribut yang kami temui. Sejujurnya, sukar untuk membayangkan kedudukan mangsa mangsa, kerana kesemuanya nampak begitu tenang menghadapi […]

Pertandingan Sukan Sekolah Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah

YADIM Kedah dengan kerjasama Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah telah menjayakan Temasya Sukan Sekolah Agama Rakyat Kedah pada 12 Ogos 2022 di Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia. Lebih dari 80 institusi pendidikan Agama di Kedah telah menyertai pertandingan sukan ini yang bermula dengan peringkat saringan pada 1 Ogos yang lalu. Antara acara yang dipertandingkan […]

Forum Bicara Dakwah Sempena Jelajah Kedah Sejahtera

SIK – Sempena program Jelajah Kedah Sejahtera peringkat Daerah Sik, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia YADIM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah telah menganjurkan Forum Bicara Dakwah di Masjid Al Hidayah, Merbau Kudung Sik pada 11 Ogos. Forum yang bertajuk “Islam Memimpin: Cabaran  semasa kerajaan Memartabat Islam” telah menampilkan Syeikh Mohd Rasydan  Abd Rahman, Timbalan Pegawai Agama […]