‘Cuti Sekolah Yang Bermakna’

JASIN – Seramai 74 orang pelajar berumur 8 hingga 15 tahun mendaftar ke Kem Smart Huffaz 3.0. anjuran YADIM dan Madrasah Tahfiz Al Quran Ibnu Talib di sini. Ia turut mendapat kerjasama Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Melaka serta Sukarelawan YADIM Merlimau. Kem Smart Huffaz ini mempunyai objektif untuk antara lain melatih para peserta supaya […]

BARANGAN Habis terjual, pembeli puas hati.

Sebaik dibuka untuk jualan pada jam 10 pagi, orang ramai tidak henti henti mendapatkan pelbagai barangan keperluan mereka dalam Jualan Rakyat Penjawat Awam anjuran YADIM pada 9 Disember. Ramai yang mengambil kesempatan memborong barangan seperti beras, telur, kicap, tepung, minyak dan pelbagai lagi. Terpaksa berbaris panjang untuk membuat bayaran nampaknya tidak menjadi masalah untuk orang […]

Jual buku tajwid karya sendiri bagi tanggung kos pengajian

TANJUNG MALIM – Banyak kos yang perlu ditanggung semasa di universiti memberi inspirasi kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam Dengan Kepujian, Izran Mohamad Saaban, 27, untuk menghasilkan buku ‘Ringkasan Ilmu Tajwid Al-Quran’. Izran, anak sulung daripada enam beradik yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.89 menerima Pingat […]

Muazin Masjid Negeri Selangor juara tilawah al-Quran Braille

KUALA LUMPUR – Muazin Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Mohamad Syafiizwan Mohd Suhaini muncul juara qari Majlis Tilawah Al-Quran Braille (MTQB) 2022 yang disertai 32 peserta orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan. Pemuda berusia 22 tahun yang berasal dari Kapar, Selangor itu berkata, kecacatan penglihatan semenjak kecil bukan halangan membaca al-Quran. Menurutnya, hampir setahun […]

Tahsin Ibadah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Dungun

KUALA DUNGUN – Dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Dungun, YADIM Terengganu menganjurkan program Tahsin Ibadah (Solat) pada 5 Disember. Seramai 51 orang peserta  hadir mengikuti program ini yang diadakan di pusat aktiviti tersebut. Mereka begitu teruja dan bersemangat dalam mengikuti program yang dianjurkan. Program ini diisi dengan slot bicara dakwah dengan tajuk […]

PM kurangkan cabutan khas nombor ramalan judi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau membatalkan keputusan sebelum ini yang meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan daripada lapan kepada 22 kali setahun. Susulan itu, beliau yang juga Menteri Kewangan, berkata bermula 1 Januari depan, cabutan khas berkenaan akan kembali kepada lapan kali. “Mulai 1 Januari 2023, cabutan khas perjudian […]

Jemaah Malaysia wajib guna imbasan biometrik untuk E-Visa umrah

KUALA LUMPUR  – Jemaah Malaysia kini antara yang diwajib menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan visa umrah elektronik (E-Visa). Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang dipetik Agensi Berita Saudi (SPA) pada Ahad mengumumkan jemaah umrah dari lima negara – UK, Tunisia, Kuwait, Bangladesh dan Malaysia – wajib menyediakan data biometrik masing-masing, antaranya cap jari. “Jemaah […]

Perkasa perpaduan ummah, fokus utama Menteri Agama

PUTRAJAYA – Usaha memperkasakan perpaduan ummah akan menjadi fokus utama dalam bersama-sama ke arah pembangunan negara kata Menteri Agama, Senator Datuk Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar. Beliau berkata ini berikutan situasi kini yang dilihat berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat sekali gus menjadi antara isu besar yang wajar diberi tumpuan dan penyelesaian. “Insya-Allah dengan berkat doa […]

Pendekatan luar kotak Street Dakwah bersih pantai Teluk Ketapang

KUALA TERENGGANU – Program Street Dakwah anjuran YADIM Terengganu sentiasa mendapat sambutan baik masyarakat. Terbaharu mereka mengadakan street dakwah membersihkan Pantai Teluk Ketapang di sini pada 3 Disember. Turut disertai seramai 31 Sukarelawan YADIM Jerantut, Pahang kesemua peserta program bergandingan membersihkan pantai tumpuan orang ramai itu bermula kira kira jam 4.30 petang. Para pengunjung pantai […]

Ketua Hakim Syarie dilantik Menteri Agama

PETALING JAYA – Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dilantik sebagai Menteri Agama. Pelantikan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar di Putrajaya, hari ini. Mohd. Na’im, 55, yang juga merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia antara muka baharu yang dilantik di dalam […]