TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN LEBIH RM8 JUTA KEPADA MAINPP

GEORGE TOWN – Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2020 dan 2021 bernilai RM8,040,457.49 kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Sri Mutiara di sini semalam.   Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH Mohamed Ameen Abdul Wahab menyampaikan zakat itu kepada Yang Dipertua MAINPP Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, yang […]

Hampir 10,000 sertai solat hajat, zikir bersama PM di Masjid Putra

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob malam ini (21 Ogos) menyertai hampir 10 ribu jemaah di Masjid Putra di sini untuk solat hajat dan berzikir pada program Munajat Keluarga Malaysia. Beliau tiba di Masjid Putra kira-kira 8.24 malam, yang kemudiannya diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Datuk […]

Anak buruh dapat 4.00 dalam STPM, untuk balas pengorbanan ayah, ibu

Chukai: “Setiap hari, bapa mengambil masa lebih setengah jam meredah panas dan hujan untuk menghantar saya ke sekolah dengan motosikal. “Ia mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),” kata Halimatus Sa’diyah Abdul Faal, 20, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail di sini. Menurut Halimatus Sa’diyah, pengorbanan bapanya, […]

Agong terima darjah tertinggi Turkiye daripada Erdogan

ANKARA (Turkiye) – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima darjah tertinggi kerajaan Turkiye, Turkish Order of the State sempena Lawatan Negara ke Turkiye. Anugerah tertinggi yang disampaikan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan di Istana Presiden itu menjadikan Baginda Ketua Negara ASEAN pertama menerima anugerah berprestij tersebut. Seri Paduka antara lima […]

Letupan di masjid Kabul, imam antara puluhan dikhuatiri terkorban

KABUL – Sekurang-kurangnya 20 maut dalam kejadian letupan di sebuah masjid di Kabul, Afghanistan pada Rabu malam. Menurut pegawai kerajaan yang tidak ingin dikenali, puluhan lagi cedera dalam insiden terbabit yang berlaku ketika jemaah sedang solat berjemaah, memetik laporan Al-Jazeera. Setakat ini, angka korban sebenar belum didedahkan pihak berkuasa namun, laporan Reuters menyebut pegawai Taliban mengesahkan […]

Konvoi Teguh Bersama Semarak Hari Merdeka

KOTA BHARU – Sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi, YADIM Kelantan telah mengadakan Program Konvoi Teguh Bersama ‘Semarak Hari Merdeka’. Program dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Kelantan, Pihak Hotel H Elite Design Tunjong, pejabat YB EXCO Belia, Sukan & NGO […]

Siri Ke-5 Kembara Aspirasi Remaja Darul Iman 2022

KUALA TERENGGANU – Kembara Aspirasi Remaja Darul Iman kini memasuki siri kelima penganjurannya. Kali ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, Kuala Terengganu di sini pada 17 Ogos dengan seramai 141 orang pelajar menyertainya. Program diisi dengan pengisian ilmu berkaitan pergaulan antara lelaki dan wanita (ikhtilat) serta perkara-perkara berkaitan jatidiri dan akhlak remaja Islam. […]

Asnaf mohon batal penerima zakat, jangka pendapatan stabil bulan hadapan

PETALING JAYA – Sekeping surat yang ditulis seorang asnaf memohon supaya namanya dibatalkan dalam senarai penerima zakat telah mengundang pujian orang ramai. Keratan surat tersebut dikongsikan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Facebook semalam. “Saya seperti nama di atas ingin membuat permohonan membatalkan nama saya dalam senarai nama bantuan zakat Selangor. “Ini adalah kerana pendapatan saya […]

JAKIM TUBUH PUSAT PENYELIDIKAN HADIS, PUSAT MAKLUMAT PENYELIDIKAN ISLAM

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad melancarkan Pusat Maklumat Penyelidikan Islam di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hari ini. Ia merupakan pusat sehenti secara maya bagi berkongsi hasil-hasil kajian JAKIM kepada masyarakat yang boleh dilayari menerusi laman sesawang https://ciri.islam.gov.my/ “Selain itu, untuk memperkasa kajian dan penyelidikan […]

Kem REPSOL di SK Manek Urai Baru

KUALA KRAI – Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) kini memasuki siri ke 8 apabila ia diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Manek Urai di sini pada 16 Ogos. Ia menerima penyertaan 133 peserta daripada pelajar tahun lima dan enam sekolah berkenaan. Perasmian program disempurnakan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang. Turut hadir Guru Besar […]