Pemegang visa pelancong boleh tunai umrah tetapi bukan di musim haji

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah (MOHU) Arab Saudi sekali lagi menegaskan bahawa umat Islam yang memperoleh visa pelancong dibenar menunaikan ibadah umrah semasa berada di negara itu, tetapi tidak ketika musim haji. Perkara ini selari dengan pengumuman pindaan ke atas peraturan visa itu oleh Kementerian Pelancongan Arab Saudi minggu lalu yang antara lain menyatakan […]

i-DEEN bantu pulih penagih dadah

Seremban – Program i-DEEN yang memberi penekanan kepada elemen psikospiritual berkesan membantu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam usaha meningkatkan potensi diri klien menjalani proses pemulihan. Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon berkata, i-DEEN adalah pendekatan baharu diketengahkan agensi itu yang lebih holistik dan prihatin merangkumi aspek biologi, psikologi, sosial dan spiritual seseorang klien. “AADK […]

Penduduk Palestin tuntut Israel baiki kediaman rosak kesan kerja gali arkeologi

BAITULMAQDIS – Penduduk Palestin di Nashashibi, Baitulmaqdis mengadakan bantahan terhadap pihak berkuasa Israel yang enggan bertanggungjawab di atas kerosakan dialami kediaman mereka. Penduduk menuntut pihak perbandaran negara haram membaik pulih struktur kediaman mereka yang rosak, kesan kerja penggalian di tapak arkeologi. Bantahan turut diadakan selepas pihak perbandaran memfailkan saman terhadap penduduk dan mengarahkan mereka membaiki kerosakan […]

Citra Ibadah: Cintai Solat IKBN Bandar Penawar

KOTA TINGGI – YADIM dan Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar, Johor telah mengadakan Program Citra Ibadah : Cintai Solat Tahun 2022 pada 1 hingga 3 September 2022. Pelaksanaan program yang menggunapakai Modul Cintai Solat bertujuan untuk memperbaiki dan memantapkan lagi kesempurnaan solat melalui latihan dan teknik-teknik, bacaan dan perbuatan dalam solat. Seramai 100 orang […]

Dulu bengis kini hafaz al-Quran

SHAH ALAM – Menjalani hukuman penjara bukan sahaja mengubah seorang individu yang terkenal dengan sikap bengis sehingga mendapat hidayah, malah ia turut mula mendorongnya untuk menghafaz al-Quran. Itulah pengalaman dilalui seorang banduan dikenali dengan panggilan Amin (bukan nama sebenar) apabila mula menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah atas kesalahan merogol. Menceritakan perasaan dilaluinya semasa mula […]

JAKIM HANTAR PASUKAN AUDIT HALAL KE AUSTRALIA BULAN INI

TAIPING – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menghantar pasukan ke Australia bulan ini bagi melakukan pengesahan audit halal di loji sembelihan Thomas Foods Industries (TFI) yang membekalkan daging ke Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata ia susulan pengesahan oleh Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia […]

IMPIAN SOO WINCCI MASUK KE MASJID TERCAPAI, RASAKAN KETENANGAN

KUALA LUMPUR – Impian pelakon dan penyanyi, Dr Soo Wincci melangkahkan kakinya masuk ke dalam masjid tercapai. Wincci, 37, selama ini takut untuk hadir ke masjid disebabkan ‘stigma’ orang bukan Islam dilarang masuk ke tempat ibadah orang Islam. Menurutnya, dia merasakan ketenangan semasa berkumpul dengan ramai hadirin dalam majlis ceramah di Masjid Al Mursyid Gurung, […]

Kawal, adakan garis panduan aktiviti kebudayaan dan kesenian – Mufti

GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor meminta pihak berkuasa mengawal dan mengadakan garis panduan tertentu bagi aktiviti kebudayaan serta kesenian yang diadakan di negara ini. Beliau berkata ia perlu supaya aktiviti tersebut tidak menyimpang daripada ajaran agama, nilai murni dan budaya ketimuran. “Golongan yang tersilau dengan kegemerlapan tamadun […]

Kembara bermotosikal sambil menyantuni yang memerlukan

SIJANGKANG – Sambutan kemerdekaan oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada tahun ini menyaksikan mereka mengadakan acara kembara bermotosikal sambil menyantuni golongan yang memerlukan di sini. Diadakan dengan kerjasama Rumah Anak Anak Yatim Sijangkang (RAYAS) di sini, acara ambang merdeka dimulakan dengan bacaan selawat dan munajat yang diadakan di ruang legar rumah tersebut pada 30 […]

Cuci Cuci Pulau Songsong YADIM Kedah

YAN – Berapa ramaikah antara kita yang benar benar menitik beratkan faktor kebersihan alam sekitar? Alhamdulillah ramai yang mempunyai kesedaran itu, namun ada juga yang tidak mengendahkannya langsung. Buktinya masih ada yang membuang sampah sehingga mencacatkan pemandangan indah flora yang menghijau dan pulau yang menjadi tarikan di negara kita. Bukan sekali dua tular di media […]