Program Peduli Remaja – Cintai Fardhu Ain

PULAU PINANG – Bertempat di Sekolah Menengah Islam Al Masriyah, Bukit Mertajam di sini, Program Peduli Remaja Cintai Fardhu Ain bersempena Ramadan telah dianjurkan oleh YADIM Pulau Pinang. Program pada 27 April ini bertujuan untuk membina jati diri pelajar agar berani menghadapi sebarang cabaran dalam kehidupan di samping berfikiran positif dan sentiasa bersemangat ini disertai […]

JAIS Minta Pemilik Akaun Facebook Pakej Taubat RM20 Tarik Balik Iklan

Shah Alam –  Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah meminta pemilik akaun Facebook yang memuat naik poster pakej taubat dengan bayaran RM20 supaya menarik balik poster berkenaan, kata Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad. Beliau berkata pihaknya telah menghubungi pemilik akaun media sosial itu dan individu terbabit mengakui kesilapannya itu. “JAIS telah menyiasat perkara ini dan mendapati […]

Agihan juadh sahur untuk frontliners

WALAUPUN Ramadan kini memasuki hari hari terakhirnya, YADIM Kedah tidak berhenti melaksanakan pelbagai program bersama masyarakat. Pada 27 dan 28 April, mereka menyampaikan juadah sahur kepada pelbagai anggota barisan hadapan di negeri ini seperti Polis Diraja Malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Askar Wataniah serta anggota Pertahanan Awam. Tidak ketinggalan disantuni ialah pegawai dan kakitangan Pejabat […]

Rakan Siswa YADIM Hidupkan Ramadan Negeri Pulau Pinang

NIBONG TEBAL – Aktiviti mengimarahkan Ramadan di negeri ini oleh YADIM terus rancak menjelang hari hari terakhir Ramadan. Pada 23 hingga 24 April lalu, telah diadakan program Rakan Siswa YADIM (RSY) Hidupkan Ramadan Negeri Pulau Pinang di Masjid Kariah Seri Ampangan di sini. Seramai 35 ahli RSY menyertai program ini selain pelajar pelajar dari institusi […]

Kongsi Rezeki SAY Kuala Selangor di SRA Parit 4

SEKINCHAN – Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Selangor kekal konsisten menyantuni mereka yang memerlukan di daerah itu. Menjelang Syawal yang akan tiba tidak lama lagi, mereka menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 32 pelajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Parit 4 di sini pada 28 April. Para pelajar yang disantuni sumbangan duit raya ,air kotak infaq kutipan daripada […]