Ihya’ Bulan Ramadhan Pusat Latihan KADA Melor
KOTA BHARU – Kerjasama YADIM Kelantan dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dalam program Ihya Bulan Ramadan kini memasuki siri ketiga. Program pada 12 April ini telah berlangsung di Pusat Latihan KADA, di sini yang disertai seramai 40 pegawai dan kakitangan KADA. Kali ini penceramah bebas, Ustaz Mohamad Ayob telah dijemput memberikan pengisian. Mewakili YADIM […]
Mangsa kebakaran Jalan Keretapi Dalam Rhu disantuni YADIM Kelantan
TUMPAT – Diuji dengan musibah kebakaran ketika Ramadan sememangnya menduga kesabaran. Bukan sahaja bulan mulia ini akan dilalui dengan penuh hiba, malah sambutan Syawal tahun ini juga pastinya muram. Namun demikianlah yang perlu dihadapi oleh lima keluarga di sini apabila kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran pada 9 April lalu. Cakna dengan keadaan ini, YADIM […]
JAKIM tambah 1,000 guru takmir
Kangar – Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menambah kuota guru takmir di seluruh negara seramai 1,000 orang menjadikan keseluruhan 5,000 pada tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata penambahan kuota itu dilaksanakan dalam konteks pembangunan dakwah. “Pertambahan kuota ini melibatkan kenaikan jumlah peruntukan sebanyak […]
Polis Tahan Lelaki Hina Nabi Muhammad SAW di Facebook
Kuala Lumpur – Seorang lelaki ditahan polis hari ini, bagi membantu siasatan berhubung hantaran berunsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di laman Facebook. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, suspek berusia 50 tahun itu ditahan di Taman Sri Muda, Shah Alam kira-kira 11.15 pagi dan polis turut merampas […]
Guru agama perlu fahami pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah – Raja Muda Perlis
Kangar – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar guru agama di negeri ini memahami dan berpegang teguh kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis. Baginda bertitah guru agama yang mengajar di Perlis juga perlu mendapat tauliah daripada Jabatan Mufti Perlis bagi menggelak daripada dikenakan tindakan […]