Santuni komuniti Cina di Tanah Merah dan Jeli sempena Tahun Baru Cina

JELI –  Inisiatif menyantuni komuniti Cina sempena Tahun Baru Cina diteruskan oleh YADIM Kelantan di jajahan Tanah Merah dan Jeli pada 26 Januari. Program bermula dengan sumbangan kepada 20 peniaga Cina di Pasar Besar Tanah Merah. Seterusnya rombongan bergerak ke Jajahan Jeli untuk menyantuni 14 keluarga Cina di Kampung Batu Gajah, Kampung Bendang  Kuala dan […]

Pemilik syarikat didenda, guna sijil halal tidak diiktiraf Jakim

SEREMBAN – Tindakan seorang pengarah syarikat menggunakan logo halal luar negara yang tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di dua buah restoran di Nilai memakan diri apabila dia didenda RM30,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Hakim, Mohd. Sabri Ismail membuat keputusan itu selepas A. Nadaraja, 59, yang juga Pengarah Syarikat Seribu Rasa […]

IBADAH UMRAH DIBENARKAN MULAI 8 FEBRUARI

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia dibenarkan kembali mengerjakan ibadah umrah mulai 8 Februari ini. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri, berkata keputusan kabinet itu dibuat selepas kerajaan memutuskan untuk tidak melanjutkan penangguhan sementara ibadah umrah yang dibuat 8 Januari lalu berikutan penularan jangkitan Omicron. Kata Nancy garis panduan prosedur […]

Penyerahan limau untuk komuniti Tiong Hua Bachok.

BACHOK – Usaha menyantuni komuniti Cina di negeri ini dilaksanakan dengan konsisten oleh YADIM Kelantan. Terbaharu menjelang Tahun Baru Cina tidak lama lagi, YADIM Kelantan telah menyantuni 20 keluarga Tiong Hua di sini. Majlis ini turut dihadiri oleh Jawatankuasa Induk Sukarelawan YADIM (SAY) Kelantan,  Monaliza Ramli, Ketua Daerah SAY Pasir Puteh, Cikgu Rodin Jaya, Ketua […]

Ustaz bangunkan inovasi robotik

ALOR STAR – Tugas sebagai guru agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kedah tidak menghalang Ismail Salleh untuk giat dalam bidang robotik. Bermula dengan niat untuk mendorong pelajar meminati bidang berkenaan dan membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan mereka, Ismail akhirnya muncul sebagai penerima Anugerah Khas Guru Inovasi Pendidikan Kebangsaan bersempena dengan […]

PPZ-MAIWP sasar RM852 juta kutipan zakat

PUTRAJAYA – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasarkan kutipan kira-kira RM852 juta zakat keseluruhan untuk tahun ini daripada kira-kira 410,000 pembayar zakat. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata, angka sasaran itu merupakan peningkatan sehingga sembilan peratus berdasarkan kesedaran pembayar zakat untuk menunaikan tanggungjawab tersebut. Menurutnya, bagaimanapun […]