Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) 2021

JOHOR BAHRU – Serentak di 13 lokasi pada 27 November, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah menganjurkan Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) 2021. Diadakan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM Negeri Johor, program ini bertujuan untuk melahirkan remaja yang memahami akidah, ibadah dan akhlak. REPSOL juga berhasrat melahirkan pendakwah muda dikalangan remaja. Program julung kali diadakan […]

Kembara Dakwah Selebriti di Kampung Tengah

KUALA PERLIS – Selepas Rumah Kanak Kanak Atau, program dakwah bersama selebriti anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis diteruskan ke Kampung Tengah di sini pada 26 November. Di perkampungan nelayan ini, seramai 20 asnaf yang memerlukan menerima sumbangan kit makanan daripada YADIM Perlis dalam program YADIM Peduli ini. Mereka turut menerima pek minuman air […]

Gotong royong di Asrama Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang

SIJANGKANG – Pelbagai pengisian program terus dilaksanakan oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Pada 26 November, mereka telah mengadakan gotong royong di Asrama Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang di sini. Ia sempena Kursus Kepimpinan Sukarelawan yang bakal diadakan di premis tersebut pada 28 November. Kursus dengan kerjasama YADIM itu juga bakal disertai […]

Rilex with YADIM bersama selebriti ARAU – Program melibatkan selebriti tidak dinafikan memberi kesan lebih baik kepada masyarakat ekoran pengaruh dimiliki mereka. Mengambil faedah atas kelebihan itu, seramai 60 penghuni Rumah Kanak Kanak Arau di sini menerima sesi motivasi melibatkan beberapa selebriti bagi membina keyakinan diri mereka pada 26 November. Program Kembara Dakwah Bersama Selebriti […]

Betul betul street dakwah!

POKOK SENA – Turun padang, edar risalah, temubual dan adakan penerangan tentang bahaya arak dan judi. Ada kemungkinan kena maki, orang ramai cabut lari, atau tiada sambutan dalam penerangan yang cuba diberi. Tapi inilah cabaran sebenar dalam dunia dakwah. Inilah juga yang dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dalm program street dakwah mereka pada […]

Ziarah mangsa kebakaran Kampung Pengkalan Nangka

TUMPAT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 25 November 2021 telah menziarahi mangsa sebuah kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Pengkalan Nangka di sini.     Diwakili oleh Pengarah YADIM Kelantan, Mahadi Awang, badan dakwah ini menyampaikan sumbangan wang tunai untuk mangsa kejadian malang ini yang juga merupakan ibubapa kepada ahli Sukarelawan YADIM […]

Mangsa kebakaran Mantin terima sumbangan YADIM Negeri Sembilan

MANTIN – Usaha menyantuni mereka yang memerlukan, khususnya golongan yanag ditimpa musibah oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia tidak pernah mengira latar belakang mangsa. Terbaharu pada 25 November, mangsa sebuah kejadian kebakaran di sini, menerima sumbangan wang tunai daripada badan dakwah ini bagi meringankan beban mereka. Sumbangan disampaikan oleh penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Ustaz Hassanal Haris […]

Kembara Mahabah: YADIM Sarawak tambah rakan kerjasama di Sibu

SIBU – Aktiviti hari kelima Konvoi Kembara Mahabbah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak  menyaksikan badan dakwah ini mengukuhkan hubungan dengan rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam di sini. Menerusi kembara ini, YADIM berjaya menambah sebanyak tiga rakan kerjasama baharu di Sibu iaitu Hikmah Bahagian Sibu, Hidayah Centre Foundation Sibu dan Pertubuhan IKRAM Sibu. […]

SAY Kuala Langat, YaPEIM santuni warga SRA Taman Sri Andalas

KLANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 24 November telah menyantuni warga Sekolah Rendah Agama (SRA) Taman Sri Andalas Klang. Program dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) ini menyumbang sebanyak *** daging segar dan barangan keperluan kepada warga sekolah berkenaan. Hadir ke program ini ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, […]

100 golongan rentan disantuni

KUANTAN – Berdakwah masa kini bukan saja perlu berfikir di luar kotak, tetapi juga dilaksanakan tanpa halangan dan tidak boleh mengira latar belakang. Golongan rentan umpamanya, perlu didekati bagi menyelami sendiri apakah yang sebenarnya boleh kita lakukan bagi menyantuni mereka. Justeru inilah yang dilakukan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 24 November apabila mendekati dan […]