Bulan Dakwah Terap Nilai Kerja Sebagai Ibadah

KUALA TERENGGANU –  Merancakkan lagi Bulan Dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu kali ini berkolaborasi bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu dalam menjayakan program Bicara Dakwah bertempat di Bilik Seminar FAMA di sini pada 1 Disember. Bicara Dakwah dengan tajuk ‘Jadikan Pekerjaan Sebagai Ibadah’ disampaikan oleh Ustaz Muhammad Najmuddin Ulwan Mohd Hamdan, Pegawai […]

SAY Kuala Langat terus membantu

BANTING – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat terus komited membantu golongan masyarakat yang memerlukan. Terbaharu pada 1 Disember mereka menghulurkan sumbangan kepada dua orang pesakit kanser masing masing di Kampung Endah dan Kampung Sungai Lang di sini. SAY Kuala Langat diwakili oleh ahli jawatankuasanya, Hanez Yusof dan Syuhadah Saharuddin turun menyantuni kedua-dua […]

Kembara Dakwah Belantara Siri 2 di Perkampungan Orang Asli Kuala Koh

GUA MUSANG – Komuniti Orang Asli di negeri ini tidak pernah dipinggirkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Kelantan dalam usahanya melestari gerakan dakwah. Justeru, bertempat di Perkampungan Orang Asli Kuala Koh di sini, YADIM Kelantan telah mengadakan program YADIM Peduli: Kembara Dakwah Belantara Siri 2. Ia mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Kelantan dan Kolej Poly Tech […]

Kursus Sukarelawan YADIM Kuala Langat

SIJANGKANG – Buat pertama kalinya, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat, telah menganjurkan satu kursus kesukarelawanan pada 28 November di sini. Program yang diadakan di ruang legar Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang, telah disertai oleh ahli SAY Kuala Langat sendiri selain daripada SAY  Kuala Selangor,Sabak Bernam,Kundang,Sungai Buloh dan Rawang. Hadir sama ialah para […]

‘Saya terbuka rai pandangan NGO Islam demi dakwah terus subur’ – Idris

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad memberi jaminan untuk bersikap terbuka menerima idea dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam tempatan. Malah, beliau menyeru mereka tidak malu menyuarakan pandangan walaupun tampak unik demi pembangunan agenda dakwah di negara ini terus diperkasakan dengan lebih sempurna. “Saya begitu terbuka untuk dengar dan raikan […]

Ride Santai ‘Ketaq Kaki’ Sempena Bulan Dakwah 2.0

SUNGAI PETANI- Sekatan rentas daerah dan negeri yang telah dikuatkuasakan hampir 2 tahun menyebabkan banyak aktiviti dakwah fizikal kepada anak muda tertangguh. Mengambil peluang kebenaran rentas daerah dan negeri yang diberikan dalam fasa 4 Pelan Pemulihan Negara, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bersama rakan strategik menganjurkan program Ride Santai Dakwah dari Sungai Petani, Kedah […]

150 NGO sertai pertemuan pemimpin MAIM , NGO Islam anjuran YADIM

PUTRAJAYA – Seramai 150 badan bukan kerajaan (NGO) menyertai program Pertemuan Pemimpin Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini. Program dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Haji Idris bin Haji Ahmad pada 28 November ini, mempunyai […]

YADIM Interaktif: Bicara Mawaddah di Dewan komuniti Taman Bukit Kaya

KANGAR – Kaum ibu merupakan antara golongan sasaran untuk usaha melestari gerakan dakwah di negeri ini dalam Bulan Dakwah 2.0 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis. Justeru bagi merealisasikan hasrat itu, antara inisiatif terbaharu yang dilaksanakan ialah pelaksanaan program YADIM Interaktif: Bicara Mawaddah di Dewan Komuniti Taman Bukit Kaya di sini pada 27 November. […]

Klinik Solat di Surau At Taawun Kampung Bok Bak

BALING – Pengisian Bulan Dakwah 2.0 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah diteruskan pada 27 November di Surau At Taawun Simpang 3 Kampung Bok Bak di sini. Menerusi program YADIM Interaktif -Tahsin Ibadah(Klinik solat), seramai 50 peserta menerima ceramah berkaitan solat bermula dari wuduk, rukun solat, peranan hati, peranan akal, peranan anggota dan kepentingan […]

18 keluarga mangsa kebakaran Kota Bharu disantuni Yadim Kelantan

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 27 November telah menziarahi 18 keluarga mangsa dua kejadian kebakaran yang berlaku di sini. Hadir menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian adalah Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary. Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pemenang Amanah YADIM, […]