AHRAC Selangor C juara Pertandingan Memanah Tradisional YADIM

PUTRAJAYA – Kelab Menunggang Kuda dan Memanah Alternatif (AHRAC) Selangor C muncul juara keseluruhan Pertandingan Memanah Tradisional YADIM yang diadakan di Kelab Menembak Sasaran Shapadu di sini. Unggul mendahului saingan dengan  mengutip 423 mata, kelab tersebut membawa pulang Piala Menteri bagi pertandingan memanah yang diadakan sempena Bulan Dakwah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ini. Mereka […]

Musa’adah Covid-19 santuni penduduk Pendang

PENDANG – Covid-19 nampak belum ada pengakhirannya. Justeru masih terdapat golongan memerlukan yang perlu dibantu. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 4 Disember  dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang dan Pejabat Penghulu Mukim Rambai, Kubur Panjang, telah mengadakan  Program YADIM Peduli-Musa’adah Covid 19 sempena Bulan Dakwah 2.0. Program yang […]

Wacana Isu Global Menangani Isu Gejala Sosial YADIM Kelantan

BACHOK – Sempena Bulan Dakwah 2.0,  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 4 Disember telah mengadakan program YADIM Interaktif : Wacana Isu Global Menangani Isu Gejala Sosial – Dialog Gejala Sosial Era Covid-19 yang bertempat di Dewan Ad Banquet & Catering ,Kampung Seri Sentosa di sini. Ia dihadiri seramai 30 orang peserta terdiri daripada […]

30 keluarga terima sumbangan makanan SAY Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat tidak pernah sunyi dengan aktiviti kemasyarakatannya. Terbaru pada 3 Disember, agihan pek makanan siap dimasak diadakan di sekitar mukim ini. Antara lokasi agihan ialah Taman Pahlawan, Taman Desawira serta Jalan Sukepi. Program diketuai oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin bersama ahli jawatankuasanya, […]

Nelayan Seberang Perai disantuni

SEBERANG PERAI – Bertempat di Restoran Nelayan Batu Ujong di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang telah menyantuni kalangan nelayan dari kawasan ini. Menerusi program YADIM Peduli dan YADIM Interaktif bersama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Pinang, seramai 50 keluarga nelayan menerima sumbangan barangan keperluan  harian. Program dimulakan dengan ceramah yang disampaikan […]

KFC untuk pelajar Sekolah Seri Puteri, petugas barisan hadapan

BANGI – Sejak beberapa hari lalu, bilangan pelajar Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya yang didapati positif Covid-19 semakin bertambah. Ekoran keadaan yang semakin membimbangkan ini, para pelajar kontak rapat di sekolah berkenaan ditempatkan di beberapa institusi untuk dikuarantin seperti di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Institut Aminudin Baki (IAB) dan Institut Kemahiran Malaysia (IKM), Nilai. […]

YADIM Kuala Selangor santuni pesakit kronik, warga emas

SUNGAI BURUNG – Warga kerja Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Selangor meneruskan lagi gerak kerja mereka menyantuni golongan yang memerlukan. Pada 1 Disember lalu, mereka telah menyampaikan sumbangan kepada seorang pesakit kronik selain warga emas di sini. Abdul Rahim Haji Arshad menderita penyakit paru paru yang juga mengakibatkannya mengidap asma sejak remaja. Lelaki […]

YADIM Kedah santuni asnaf Kampung Bukit Belah

KUALA MUDA – Bersempena Bulan Dakwah 2.0, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menganjurkan program YADIM Peduli: Musaadah Covid- 19 dengan menyantuni asnaf di Kampung Bukit Belah, Sungai Petani pada 2 Disember. Sebanyak 15 kit makanan telah diedarkan kepada penerima kampung tersebut. Penyerahan kepada penerima sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd […]

Majlis Penutup Modul Tekno Daie ADMY 2021

CYBERJAYA – Seramai 24 peserta Akademi Daei Muda YADIM (ADMY) 2021 menamatkan Modul Tekno Daei di  Universiti Multimedia (MMU) di sini pada 02 Disember. Program yang berlangsung selama dua minggu bermula 22 November hingga 2 Disember itu sarat dengan pelbagai teknik dan pembelajaran berteraskan teknologi. Presiden MMU Prof. Dato’ Dr. Mazlizam Mohd Su’ud dalam ucapannya, […]

Slot Bicara Dakwah YADIM Johor

JOHOR BAHRU – Sempena lawatan kerja Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), ke negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah dijemput mengadakan pengisian bagi tujuan itu. Bertempat di Dewan Dato Oon, Jalan Datin Halimah di sini, YADIM Johor telah mengadakan slot bicara dakwah kepada 80 penerima sumbangan dalam program anjuran Yayasan […]