Pelatih ADMY bantu bersih kediaman mangsa banjir di Kampung Jawa

HULU LANGAT – Sebagai antara kawasan paling teruk terjejas akibat bencana banjir, daerah ini memerlukan banyak pertolongan untuk membantu penduduknya kembali bangkit. Untuk tujuan itu,pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) telah bergandingan dengan Rakan Siswa YADIM serta rakan kerjasama, badan bukan kerajaan Serantau Muslim membantu membersihkan sebanyak empat kediaman penduduk Kampung Jawa di sini pada […]

Gotong royong memasak dan mengagihkan makanan untuk mangsa banjir Paya Besar

PAYA BESAR – Di kawasan ini, ada mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), ada pula yang berpindah ke rumah ahli keluarga dan ada juga yang bertahan di rumah atau kawasan tinggi sekitar rumah masing-masing.  Berusaha menyantuni mereka yang terlibat, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang dengan kerjasama Masjid Al-Bukhari Nurul Aman, Taman […]

YADIM Pahang santuni frontliners bantu mangsa banjir Felda Bukit Sagu

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang telah  dihubungi oleh warga Felda Bukit Sagu, yang memaklumkan operasi memindahkan warga penduduk dan pekerja Felda Bukit Sagu 7 yang terputus disebabkan air yang melimpah laluan ke kawasan perumahan kediaman mereka masih berjalan.  Warga Felda tersebut diangkut menggunakan bot dan kemudian dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara terdekat […]

Bantuan banjir SAY Kuala Langat di Sijangkang

SIJANGKANG – Konsisten bergerak menyantuni masyarakat, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 20 Disember meneruskan misi menyantuni mangsa banjir di sini. Meskipun banjir semakin surut, masih terdapat penduduk yang kediaman mereka masih dinaiki air. Mereka inilah yang disantuni SAY Kuala Langat. Seramai 15 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian. Selain di Sijangkang, […]

Misi bantuan banjir SAY Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat terus cakna dengan keperluan dan situasi memerlukan masyarakat. Prihatin dengan bencana banjir yang melanda kawasan ini, SAY Kuala Langat pada 18 Disember menyampaikan bantuan kepada 20 penduduk di Kebun Bharu, Sijangkang dan Kampung Medan yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara. Mereka yang […]

Seminar Penghayatan Islam Bahasa Mandarin diperluas ke seluruh negara

JOHOR BAHRU – Inisiatif melestari gerakan dakwah di negara ini terus diperkasa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Program ikonik YADIM Johor, Seminar Penghayatan Islam Bahasa Mandarin bakal diperluaskan ke seluruh negara pada tahun hadapan. Seminar berkenaan adalah untuk membimbing saudara kita  memahami, mendalami serta mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya di samping membantu mereka menyebarkan serta […]

Ramah Mesra dan Musa’adah YADIM Bersama Persatuan Muallaf India Malaysia

JOHOR BAHRU – Alhamdulillah, kami kini menambah rakan kerjasama untuk program dakwah kami. Pada 19 Disember telah diadakan pertemuan pertama antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Malaysia India Reverted Association (MIRA) di sini. Beberapa perbincangan diadakan untuk program pada masa akan datang. Antara yang telah diatur ialah Kelas Pemantapan Akidah dalam Bahasa Tamil. YADIM […]

YADIM Peduli: 200 kanak kanak Desa KEDA Hujung Ketun selamat ‘diremajakan’

PENDANG – Cuti sekolah hujung tahun sudah bermula dan bagi kanak kanak, ini juga merupakan musim untuk mereka dikhatankan. Seringkali disambut dengan gembira kerana ia merupakan peralihan ke zaman remaja, ia lebih meriah jika dilaksanakan secara beramai ramai. Tidak ketinggalan mengambil peluang ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 16 Disember menyantuni seramai 200 […]

Bicara Dakwah IPD Kuala Muda

KUALA MUDA – Bulan Dakwah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus diisi dengan pelbagai pengisian menarik dan bermanfaat. Pada 16 Disember dengan kerjasama Bahagian Agama dan Kaunseling Polis Diraja Malaysia (BAKA), telah berlangsung program Bicara Dakwah di Surau As Sakinah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini. Seramai 50 peserta dari […]

Bengkel Pengkaderan Dai’e di Sekolah Menengah Integrasi At Taqwa

GURUN –  Dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah, telah berlangsung program Bengkel Pengkaderan Dai’e di Sekolah Menengah Integrasi At Taqwa, di sini pada 16 Disember. Bengkel ini berlangsung selama tujuh hari bermula 12 hingga 18 Disember. Seramai 50 orang peserta telah dipilih mewakili 6 buah sekolah menengah di Kedah. Terdapat 16 slot ceramah […]