Arab Saudi cadang wujud mekanisme baharu visa umrah
RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bercadang melaksanakan mekanisme baharu untuk pembelian pakej umrah serta mengeluarkan visa masuk bagi mereka yang datang dari luar negara. Saudi Gazette melaporkan, mekanisme itu membolehkan setiap calon jemaah asing mendapat visa umrah tunggal yang dikeluarkan secara dalam talian. Di bawah mekanisme pertama, visa umrah akan […]
MAINJ salur 7,345 bakul makanan kepada keluarga terjejas COVID-19
JOHOR BAHRU – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyalurkan 7,345 bakul makanan kepada keluarga memerlukan di seluruh negeri ini, sehingga 31 Ogos lalu. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi, berkata bakul makanan itu disalurkan dalam tempoh Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan peruntukan RM3 juta. “Bantuan bakul makanan […]
MIHAS 2021 hidupkan semula industri halal global
KUALA LUMPUR – Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2021 yang buat pertama kali dijalankan secara maya sepenuhnya akan menjadi pemangkin untuk menghidupkan semula ekonomi halal global, dalam menghadapi cabaran yang dibawa oleh pandemik COVID-19. Pengerusi Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Tan Sri Dr Halim Mohammad, berkata MIHAS turut disasarkan menjadi pameran perdagangan halal […]
Edaran bubur Asyura untuk penduduk Sungai Petani
SUNGAI PETANI – Sempena sambutan Bulan Kemenangan dan Maal Hijrah 1443H, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) di sini telah bekerjasama memasak dan mengedarkan bubur Asyura pada 5 September. Dua kawah bubur disediakan secara bergotong royong oleh 40 ahli SAY Sungai Petani, SAY Pendang dan SAY Padang Serai. Sebanyak 100 pek bubur kemudiannya diedarkan secara […]
JAIS tidak lantik pihak ketiga untuk janji temu urusan nikah
SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan janji temu bagi urusan berkaitan perkahwinan. JAIS menerusi hantaran ringkas dalam akaun Facebooknya memaklumkan bahawa bagi mendapatkan tarikh janji temu berkaitan urusan perkahwinan, ia hanya perlu dibuat melalui laman sesawang http://www.jais.gov.my sahaja. “Segera laporkan kepada JAIS jika ada […]
Kempen kibar Jalur Gemilang dan Musaadah 3.0 di Kupang, Kedah
BALING – Program Bulan Kemenangan sempena Maal Hijrah dan Kemerdekaan Negara anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di negeri ini diteruskan pada 5 September dengan kempen kibar Jalur Gemilang dan Musaadah 3.0 di sini. Seramai 110 guru prasekolah dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) telah disantuni YADIM Kedah dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan (NGO) […]
Sumbangan telur, sayuran untuk anak yatim dan ibu tunggal oleh SAY Kuala Langat
JENJAROM – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat tidak pernah sunyi dengan aktiviti mereka. Pada 5 September, seramai 17 keluarga anak yatim dan ibu tunggal di Jalan Sukepi di sini dan Kampung Medan, Telok Panglima Garang menerima agihan telur dan sayuran daripada SAY Kuala Langat. Ia disumbangkan SAY Kuala Langat sendiri bagi menyantuni […]
Pengikut ajaran sesat PMYT diarah serah diri
KOTA BHARU – Semua pengikut ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang kini sedang diburu polis diminta segera tampil menyerah diri. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihak polis kini sedang mencari pengikut ajaran itu selepas ketua ajaran yang digelar Sittah Annur ditahan, semalam. […]
Daftarkan pusat tahfiz, pondok elak tercicir bantuan
KOTA BHARU – Pemilik pusat tahfiz dan pondok swasta di seluruh negara yang masih tidak berdaftar, digesa segera berbuat demikian dengan majlis agama negeri masing-masing bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada mereka. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya sedia maklum institusi pendidikan agama berkenaan bergantung sepenuhnya […]
Us Daud positif Covid-19, dirawat di hospital
KUALA LUMPUR – Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Datuk Md. Daud Che Ngah yang disahkan positif Covid-19 kini mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di ibu negara. Beliau yang berusia 75 tahun dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pusat rawatan tersebut petang semalam selepas paras oksigennya menurun ke tahap 96 peratus. […]