Bank Islam – YADIM santuni seniman jalanan Melaka
AYER KEROH – Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka pada 10 September telah menyampaikan sumbangan kepada seniman jalanan di negeri ini yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Seramai 11 orang menerima sumbangan yang disampaikan dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan harian yang bernilai RM2,750. Program ringkas ini dihadiri […]
Agihan daging sumbangan YaPEIM oleh SAY di Tanjung Karang
KUALA SELANGOR – Selepas Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat, kini giliran SAY Kuala Selangor pula melaksanakan agihan daging kepada golongan yang memerlukan pada 9 September. Seperti sebelum ini, ia merupakan sumbangan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Sebanyak 150 kilogram daging segar diagihkan kepada 150 keluarga di sekitar Parit 4 Sekinchan […]
MAIS salur dana RM56,500 bantu 565 keluarga terputus pendapatan
SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyalurkan peruntukan berjumlah RM56,500 kepada 565 keluarga terputus pendapatan di lima daerah di Selangor. MAIS dalam kenyataannya memaklumkan, bantuan itu disalurkan bagi membantu keluarga terjejas meneruskan kehidupan dalam tempoh pandemik Covid-19. Menurut kenyataan itu, daripada 565 keluarga itu, seramai 192 penerima dari daerah Petaling, Hulu […]
Jauhi ajaran meragukan – Jabatan Mufti Negeri Perak
IPOH – Jabatan Mufti Negeri Perak menyeru seluruh umat Islam supaya menjauhi ajaran-ajaran meragukan dan menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, jabatan itu menegaskan wanita iaitu ketua ajaran kumpulan dikenali Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) sudah ditahan polis dan siasatan sedang dilakukan terhadapnya. “Secara umumnya ajaran ini disebarkan melalui pelbagai […]
Pemulihan industri halal agenda penting PPN – Perdana Menteri
KUALA LUMPUR – Malaysia komited memulihkan semula industri halal negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19, dengan turut menjadikannya agenda penting dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana industri halal adalah pemangkin kepada ketahanan ekonomi pasca COVID-19, bukan saja kepada Malaysia tetapi juga negara Muslim secara keseluruhan. Malah, […]
Arab Saudi sedia terima 70,000 jemaah umrah sehari
KUALA LUMPUR – Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan kesediaan pihaknya menyambut kedatangan 70,000 jemaah umrah sehari. Penolong Ketua Pengarah Hal Ehwal Masjidil Haram, Dr Saad Muhammad Al-Muhaimidi menerusi perkongsiannya di Twitter pada 8 September berkata, pihaknya sedia menerima kedatangan lebih ramai jemaah daripada dalam dan luar Arab Saudi serta […]
YADIM sanitasi Pondok Tunjong
KOTA BHARU – Masjid, pejabat dan bilik pengajian di Pondok Tunjong di sini telah disanitasi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 8 September. Inisiatif ini sebagai sebahagian daripada usaha memastikan pondok pengajian berkenaan terpelihara kebersihannya untuk kegunaan pelajar kelak. Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kota Bharu. Program […]
JAIS cadang wajib kursus pasca perkahwinan
SHAH ALAM – Kursus pasca perkahwinan akan diwajibkan kepada pasangan suami isteri beragama Islam di negeri ini dalam usaha mengukuhkan institusi kekeluargaan. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Nik Suhaila Nik Hussin berkata, cadangan berkaitan sedang diperhalusi sebelum dibawa ke peringkat lebih tinggi selain selaras seruan Jabatan Kemajuan Islam […]
Kediaman yang uzur kini serba baharu
KUALA KRAU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Pertubuhan KRS Shazmin serta Pejabat ADUN Jengka telah menjayakan usaha membaik pulih rumah penduduk, Md Husairi Nazri di Jengka 11, di sini. Sebagai simbolik memasuki kediaman tersebut, majlis menyerahkan kunci telah disempurnakan Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan dan ADUN Jengka, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim, […]
Salur aduan kepada SKMM
Kuala Lumpur: Orang ramai digesa menjadikan budaya membuat aduan menggunakan saluran aduan yang disediakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membanteras sebarang salah laku termasuk ajaran sesat. Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata, perkara itu perlu memandangkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, normal kehidupan sudah berubah dengan kebergantungan kepada media sosial yang […]