Giliran Anuar Zain pula sertai tabligh
PETALING JAYA – Penyanyi terkenal Anuar Zain menjadi bualan selepas dilihat mengikut jejak langkah beberapa selebriti lelaki tanah air yang lain apabila dilihat mula mendalami ilmu agama dengan cara menyertai jemaah tabligh. Dalam sebuah video TikTok yang dimuat naik dan turut dikongsi dalam Facebook, difahamkan pelantun lagu Sedetik Lebih itu sedang menyertai jemaah tabligh bersama […]
Lagi serangan ke atas Gaza
BAITULMAQDIS – Isr@el melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza pada 12 September. Tentera rejim Zionis berkata, pihaknya menyerang sasaran milik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) yang memerintah Gaza. Tidak ada laporan mengenai korban jiwa dalam serangan berkenaan. Tentera Isr@el mendakwa, serangan pada Ahad sebagai tindak balas tembakan roket Palestin ke wilayahnya. Ketegangan antara Isr@el dan Palestin […]
PUM sokong semak balik had bilangan jemaah
PUTRAJAYA – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyambut baik usaha pihak kerajaan untuk menyemak kembali had bilangan kehadiran jemaah di masjid dan surau di seluruh negara. Yang Dipertuanya, Datuk al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, langkah diambil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu selaras perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN). “Semakan semula ini amatlah wajar kerana timbul […]
Bengkel Penyediaan Draf Garis Panduan Pemerkasaan Sukarelawan Dakwah Masyarakat
Bahagian Penyelidikan dan Perancangan YADIM akan mengadakan Bengkel Penyediaan Draf Garis Panduan Pemerkasaan Sukarelawan Dakwah Masyarakat pada 13 September 2021 secara maya. Bengkel ini adalah kesinambungan daripada bengkel fasa pertama yang telah diadakan sebelum ini. Objektif penyelidikan ini dijalankan adalah, yang pertama, untuk mengenal pasti isu dan cabaran dalam usaha pemerkasaan sukarelawan dakwah masyarakat, kedua, […]
Hentikan aktiviti khurafat di Gunung Jerai
YAN – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad mahu aktiviti pemujaan dan khurafat di Gunung Jerai di sini dihentikan segera kerana bertentangan dengan ajaran Islam. Beliau berkata, mereka yang terlibat dengan aktiviti itu perlu menghentikan amalan itu bagi memastikan tidak berlaku lagi ‘bala’ akibat perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam […]
200 kg ikan, ayam di pasar percuma untuk Ruat daripada YADIM
YAN – Berkonsepkan pasar percuma atau “free market”, sebanyak 200 kilogram (kg) ikan, 200 ekor ayam dan 60 kg sayuran diedarkan untuk golongan yang memerlukan di Ruat di sini pada 11 September. Turut diedarkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ialah 200 kotak makanan dan wang tunai serta 200 beg sekolah untuk pelajar sekolah agama […]
Program Musaadah YADIM Perlis bersama Kelab Bank Islam
CHUPING – Negeri ini menjadi lokasi terkini program kerjasama Kelab Bank Islam dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyantuni golongan yang terkesan dengan penularan Covid-19. Bertempat di Dewan Orang Kurang Upaya (OKU) Chuping di sini, seramai 20 golongan berkenaan disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian dan wang tunai dalam program Musaádah YADIM Bersama Bank Islam […]
3,581 jenazah Covid-19 diuruskan Jawi dan Jakim setakat 10 September
PUTRAJAYA – Sejumlah 3,581 jenazah Covid-19 telah diuruskan oleh Pasukan Pengurusan Jenazah Khas Covid-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), setakat 10 September yang membabitkan 1,979 jenazah lelaki dan 1,602 jenazah wanita. JAWI menerusi satu kenyataan berkata, jenazah berusia 41 hingga 60 tahun paling ramai diuruskan iaitu 1,537 jenazah […]
YADIM Terengganu santuni 139 asnaf Parlimen Kuala Nerus
BULUH GADING – Meskipun negara semakin menunjukkan perkembangan positif dalam menangani Covid-19, ia bukan bermakna usaha menyantuni rakyat yang terkesan boleh diperlahankan. Cakna dengan keperluan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu menerusi program Musaáah PKP 3.0 pada 10 September menyantuni 139 asnaf yang terkesan dengan pandemik ini dengan pemberian barangan keperluan harian. Secara keseluruhannya, […]
Seniman jalanan Sabah terima sumbangan Bank Islam – YADIM
KOTA KINABALU – Inisiatif menyantuni rakyat di negeri ini diteruskan lagi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah, kali ini dengan bekerjasama bersama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Menerusi kerjasama ini, BIMB dan YADIM Sabah pada 10 September menyampaikan sumbangan kepada 40 seniman jalanan bandaraya ini dan asnaf sekitar Penampang. Kesemuanya terjejas ekoran pandemik Covid-19 […]