YADIM manfaat sukarelawan bagi dakwah di Terengganu
HULU TERENGGANU – Bagi memantapkan agenda dakwah di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) memanfaatkan sumbangan tenaga sukarelawan yang bergiat aktif di segenap lapangan. Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, walaupun dengan bilangankakitangan yang sederhana, program-program YADIM di Terengganu ini masih dapat sampai ke semua daerah di negeri ini dengan bantuan dan kesungguhan […]
Sittah Annur bertaubat secara terbuka esok
KUALA LUMPUR – Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Sittah Annur, 39, akan mengumumkan pengisytiharan taubat (Istitabah) secara terbuka esok. Sittah atau nama sebenarnya Masitah Ab Jalar akan membuat pengisytiharan itu menerusi Facebook (FB) rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada jam 10 pagi. Sumber berkata, majlis akan dihadiri Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor […]
YADIM Kedah, rakan NGO santuni Pondok Islahiah Sungai Karangan
KULIM – Warga institusi pondok sentiasa dekat dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Prihatin dengan kebajikan mereka, YADIM Kedah bersama rakan strategik, badan bukan kerajaan An Nasr Care, Sahabat Amal Care dan Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) telah tampil mengadakan program Musaadah di Pondok Islahiah Sungai Karangan, di sini pada 25 September. Sebanyak 25 kotak […]
Adam Corrie diugut akibat aktif berdakwah
KUALA LUMPUR – Biarpun diugut diugut gara-gara aktif berdakwah dalam komuniti bukan Islam, pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah tidak pernah terdetik mahu mengibar bendera putih tanda menyerah kalah. Adam yang memeluk Islam sejak 2007 mendedahkan, selain ugutan, dia pernah diancam pihak yang didakwa cuba memesongkan akidah. Namun, Adam tidak melayan mesej langsung (DM) yang […]
Sesi Diskusi Pengukuhan Fardhu Ain RBY
PUTRAJAYA – Bermula 18 September lalu, telah diadakan Slot Diskusi Pengukuhan Fardhu Ain bersempena Program Citra Ibadah anjuran Unit Belia Bahagian Kepimpinan Muda bersama Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS). Program ini akan berterusan hingga 31 Oktober 2021 dalam Bulan Dakwah 2.0 YADIM. Ia mendapat sambutan amat menggalakkan apabila lebih 200 belia sudah menyertai […]
Teliti kenakan larangan ‘transgender’ memasuki masjid di Wilayah Persekutuan
KEMAMAN – Kerajaan sedang meneliti untuk mengenakan larangan daripada memasuki masjid terhadap golongan ‘mukhannath’ atau ‘transgender’ di Wilayah Persekutuan, sebagaimana yang dilaksanakan di Perlis. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, tindakan pihak berkuasa agama di Perlis yang mengenakan larangan itu adalah wajar bagi menjaga kesucian masjid […]
Kelantan benar akad nikah di premis persendirian, masjid
KOTA BHARU – Majlis akad nikah di Kelantan dibenarkan berlangsung di premis persendirian atau masjid secara bersemuka tanpa sentuhan yang berkuat kuasa serta merta. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh, berkata majlis yang diadakan itu tidak melebihi 30 minit dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Katanya, […]
Sanitasi masjid dan maahad tahfiz bersama SAY Kota Bharu
KOTA BHARU – Ruang solat, asrama pelajar dan bilik pengajian di Maahad Tahfiz Miftahul Huda di sini disanitasi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 22 September. Inisiatif ini sebagai sebahagian daripada usaha memastikan pusat pengajian berkenaan terpelihara kebersihannya untuk kegunaan pelajar kelak. Seterusnya kerja-kerja sanitasi di teruskan di Masjid Nilam Baru, Mulong Kota […]
Seniman jalanan, pesakit kronik terima sumbangan Bank Islam-YADIM Johor
JOHOR BAHRU – Kerjasama menyantuni golongan yang memerlukan antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Kelab Bank Islam diteruskan lagi. Terbaharu inisiatif ini menyantuni seramai 12 seniman jalanan dan 20 pesakit kronik di sekitar bandaraya ini. Kesemuanya menerima tunai RM150 dan barangan keperluan harian bernilai RM100. Majlis ringkas serahan dihadiri oleh Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar […]
Tetapan baharu had jemaah solat Jumaat, fardu di Selangor
SHAH ALAM – Selangor membenarkan sehingga 1,000 jemaah bersolat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), manakala 500 jemaah bagi masjid lain dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2. Ketetapan baharu itu yang berkuat kuasa hari ini, dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sehingga suatu tempoh yang akan ditentukan kelak. Dalam […]