YADIM Kedah, Bank Islam santuni lagi OKU, pesakit kronik

KUALA KEDAH – Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pesakit kronik yang memerlukan terus mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di negeri ini. Dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri Anak Bukit dan rakan badan bukan kerajaan (NGO) As Salam Kuala Kedah, YADIM Kedah telah menyantuni golongan ini pada […]

JAIS benar akad nikah di masjid, surau bermula hari ini

SHAH ALAM – Pasangan bakal pengantin yang berhasrat untuk bernikah boleh merealisasikan niat untuk melakukannya di masjid atau surau di negeri ini mulai hari ini, namun dengan kehadiran tetamu terhad dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.   Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan berkata, jumlah kehadiran adalah mengikut lokasi dan majlis […]

Musaadah YADIM dan Bank Islam kepada pesakit kronik dan hilang upaya

PADANG TERAP – Golongan kurang upaya dan pesakit kronik yang memerlukan terus mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Prihatin dengan nasib yang menimpa mereka, YADIM Kedah dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad BIMB, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Pedu dan rakan badan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Padang Terap telah menyantuni golongan ini pada […]

Mualaf Kapar terima sumbangan YADIM

KAPAR – Parlimen ini menjadi lokasi terbaharu program menyantuni rakyat oleh Bahagian Khidmat Bakti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Sukarelawan YADIM Parlimen Kapar. Menerusi program YADIM Peduli : Musaádah TeleBantuan dan Mualaf, seramai 48 keluarga yang dikenalpasti memerlukan di kawasan ini disantuni dengan pemberian barangan keperluan harian. Hadir ke program di Dewan Besar […]

Gotong Royong Perdana SAY Kuala Langat di RAYAS

SIJANGKANG – Sebagai persiapan menghadapi sesi persekolahan yang bakal kembali dibuka, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat telah mengadakan Gotong Royong Perdana di Asrama Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang (RAYAS). Program pada 3 Oktober ini disertai oleh kira kira 20 ahli SAY dan ahli jawatankuasa RAYAS. Program bermula jam 9 pagi hingga 12.30 […]

Petugas SJR Alor Gajah disantuni YADIM

KUALA LINGGI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus komited hargai jasa dan pengorbanan para petugas barisan hadapan dalam memerangi Covid-19. Badan dakwah ini pada 2 Oktober menyantuni seramai enam orang petugas barisan hadapan terdiri dua orang anggota polis, dua orang anggota tentera dan dua orang anggota RELA di Sekatan Jalan Raya KTJ Alor Gajah […]

Aiman Tino, Khai Arba serta Sukarelawan YADIM, santuni komuniti Tanjung Dahan.

KUALA SUNGAI BARU – “Program menyantuni orang ramai seperti dianjurkan YADIM ini memang bermanfaat untuk semua. “Harap ia diteruskan lagi pada masa akan datang. “Kami berbangga dan sanggup bersama YADIM untuk tujuan ini,” kata penyanyi terkemuka tanah air Aiman Tino dan penyampai radio dan berita RTM Khai Arba. Keduanya berkata demikian pada program YADIM Peduli: […]

Kongsi Rezeki SAY Kuala Langat

Setiap Jumaat, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat mengadakan program Kongsi  Rezeki menyantuni golongan memerlukan. Pada 1 Oktober, anggota pasukan ini mengadakan sumbangan program ini di Kampung Medan dan Kampung Kebun Bharu. Seramai 30 keluarga ibu tunggal dan anak yatim menerima sumbangan makanan bermasak oleh pasukan ini. Turun padang menyampaikan sumbangan ialah pengerusinya, […]

Inisiatif YADIM Peduli sekitar Pulau Pinang

BUKIT MERRTAJAM – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 1 Oktober telah berkunjung ke Community AIDS Service Penang (CASP), di sini bagi menyerahkan sumbangan kewangan sebanyak RM3,000. Sumbangan ini bertujuan untuk menampung kos pengoperasian dan keperluan kepada 11 orang penghuni yang tinggal di CASP. Kunjungan ini juga telah  membuka ruang perbincangan dua hala […]

Ziarah Mahabbah di Seremban

SEREMBAN – Lima keluarga di sekitar bandaraya ini menerima kunjungan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan pada 29 September. Mereka menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban akibat terkesan dengan Covid-19. Ia disampaikan oleh Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Hassanal Haris. Para penerima terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan pesakit kronik. Hadir sama […]