Pesakit buah pinggang disantuni SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Sempena sambutan Maulidur Rasul pada 19 Oktober, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat, telah menyantuni para pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Dialisis Sijangkang di sini. Seramai 17 pesakit yang sedang menjalani rawatan disantuni SAY Kuala Langat. Turun padang ke program ini ialah Pengerusinya, Hasmawi Mahidin dan Setiausaha Kerjanya, Hanizah […]

YADIM Negeri Sembilan santuni pasangan warga emas mangsa kebakaran

KUALA KLAWANG – Sepasang warga emas, Yaakob Mat Akit dan Fatimah Che Ahmed tinggal bersama di sini. Keduanya sudah kurang sihat dan sukar bergerak. Malah Fatimah kini hanya mampu mengesot sahaja. Dengan keadaan sebegini, keduanya ditimpa musibah apabila kediaman mereka terbakar pula baru baru ini. Pasangan warga emas ini kini menumpang tinggal di sebuah balairaya […]

Daie Muda YADIM penerus legasi dakwah Islamiah

HULU LANGAT – Program Akademi Daie Muda YADIM (DMY) diharapkan dapat melahirkan para daie yang mampu mengajak ummah melakukan kebaikan selari dengan slogan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) “Fastabiqul Khairat, Mengejar Kebaikan”. Dengan menggunakan konsep Tekno Daie, ia jelas menunjukkan penguasaan kemahiran berteknologi, khususnya media sosial penting bagi setiap peserta dalam menyampaikan dakwah pada zaman […]

Susunan saf solat di masjid, surau dibincang Rabu ini

PUTRAJAYA – Kebenaran merapatkan susunan saf solat berjemaah di masjid dan surau akan diputuskan Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI), Rabu ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, muzakarah itu akan turut membincangkan prosedur operasi standard (SOP) aktiviti di masjid dan surau. Beliau juga […]

KENYATAAN MEDIA ISU ARAK BERJENAMA TIMAH

YADIM ingin menyatakan  pendirian sangat tidak bersetuju atau bantahan terhadap penjualan arak dengan jenama Timah seperti yang diperkatakan ketika ini, kerana ia jelas haram di sisi Islam, selain membawa keburukan terhadap masyarakat.   Malah, YADIM juga berpandangan, penggunaan jenama arak dengan perkataan berbahasa Melayu seperti Timah itu sendiri merupakan satu strategi penjenamaan yang  bersifat provokatif […]

SOP saf solat berjemaah dijangka boleh dirapatkan semula

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bakal mengatur muzakarah khas pada Rabu ini bagi membincangkan lebih banyak kelonggaran aktiviti di masjid dan surau. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Ahmad berkata, agensi itu telah diarahkan dengan melibatkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam. Ini termasuklah cadangan supaya prosedur operasi standard (SOP) […]

Buku Iqra’ untuk mualaf Orang Asli oleh SAY Kuala Langat

PULAU CAREY – “Bolehlah nanti kami mempelajari Al Quran dengan cepat dan mudah,” kata mualaf Orang Asli di pulau ini sebaik menerima buku mendalami kitab suci itu daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Mereka jelas gembira dan berasa sentiasa diingati dengan pemberian tersebut. Sebanyak 20 set Iqra’ 1 hingga 6 disampaikan kepada […]

Bulan Dakwah 2.0:  Musa’adah Covid-19 sekitar Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Sempena Bulan Dakwah 2.0, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menyantuni komuniti beberapa kampung di sekitar daerah ini. Menerusi program YADIM Peduli – Musa’adah Covid-19, 30 keluarga yang memerlukan di Kampung Permatang Tengah, Kampung Sungai Meriam, Kampung Sungai Meriam dan Taman Sidam menerima sumbangan barangan keperluan harian pada 16 Oktober. Dalam […]

Bulan Dakwah 2.0 YADIM Kedah : 20 pelajar kurang berkemampuan disantuni

KUBANG PASU – Seramai 20 pelajar yang kurang berkemampuan di daerah ini menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 16 Oktober. Sumbangan berupa pek makanan  diberikan kepada pelajar dikenalpasti memerlukan di sebuah sekolah rendah dan dua sekolah menengah. Sebanyak tujuh pek disampaikan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jitra 2, Abdul Rashid Mohd. […]

Nanti datang lagi ya…

“Seronok lihat anak anak muda terlibat dengan program program pemahaman Islam. “Semua merasa sedikit sebanyak (manfaat). “Nanti datanglah lagi ya, boleh kita buat dengan lagi ramai anak buah. Terima kasih semua yang datang hari ini… Kata kata Tok Batin Mohd Pok Koh itu diucapkannya sebelum kami bergerak meninggalkan Kampung Orang Asli Kampung Kuala Koh di […]