Tubuh yang sihat datang daripada minda yang sihat.
BINTONG – Kesihatan minda sama pentingnya dengan kesihatan tubuh badan. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis yang prihatin dengan keadaan ini telah bekerjasama dengan rakan badan bukan kerajaan, Aspirasi Prihatin Malaysia mengadakan program menyentuh aspek ini pada 24 Oktober di Projek Perumahan Rakyat Wang Ulu di sini. Selain senamrobik patuh syariah dan penerangan ringkas tentang […]
Di situlah mereka makan, di situlah mereka tidur.
KUALA KEDAH – Tiada siapa yang mahu berdepan kesukaran dalam hidup, namun cabaran hidup suka atau tidak tetap perlu dihadapi. Bagi Shuhada Shuib dari Kampung Tepi Laut di sini, diuji apabila ditakdirkan menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU). Anak yang dilahirkannya juga merupakan seorang OKU. Meskipun begitu dia tetap tabah meneruskan hidup bersama suaminya, seorang nelayan. […]
YADIM Negeri Sembilan, Al Baasith,MAPIM bantu mangsa banjir
SEREMBAN – Kerjasama menyantuni golongan yang memerlukan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan dengan rakan rakan badan bukan kerajaan di negeri ini terus digerakkan. Terbaharu pada 24 Oktober, seramai 50 mangsa banjir kilat baru baru ini, di empat perkampungan di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka. Penduduk Kampung Bemban, […]
Sambutan Maulidur Rasul SAY Kuala Langat
SIJANGKANG – Bertempat di Asrama Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 24 Oktober. Program di mulakan dengan solat Dhuha,bacaan berzanji dan selawat. Kumpulan nasyid tempatan, Al Taranum juga mengadakan persembahan. Turut diadakan ialah penyampaian sumbangan kepada anak anak yatim,ibu tunggal dan beberapa orang asnaf. […]
YADIM Bersamamu santuni penghuni Penjara Pokok Sena
POKOK SENA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus bergerak mengadakan pengisian Bulan Dakwah 2.0. Program terbaharu mereka dilaksanakan di Penjara Pokok Sena di sini apabila sebanyak 100 kit Musa’adah disampaikan untuk penghuni pusat tersebut termasuk banduan reman Covid-19. Sumbangan disampaikan Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria kepada Pengarah Penjara Pokok Sena, Razif […]
Pelancaran Bulan Dakwah YADIM Negeri Terengganu dan SAY Felda Jerangau
DUNGUN – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah pada 23 Oktober telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Komuniti Sejahtera Darul Iman Di Hatiku (K.O.S.D.I) @ Dungun yang bermula 22 Oktober lalu. Beliau sekaligus melancarkan penubuhan pasukan Sukarelawan YADIM (SAY) bagi komuniti Felda Jerangau. Setakat ini, ia telah […]
Tahsin ibadah pengurusan jenazah
di Surau An Nur
PENDANG – Program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di daerah ini pada 23 Oktober diteruskan pula di Surau An Nur di Kampung Baloh di sini. Seramai 50 peserta menyertai Program Bulan Dakwah 2.0, YADIM Interaktif – Tahsin Ibadah (Pengurusan Jenazah). Ceramah disampaikan oleh Ustaz Haji Azmi Mohammad, pegawai YADIM Kedah. Peserta diajar pelbagai aspek berkaitan […]
Penyampaian sumbangan sempena bulan Dakwah 2.0
PENDANG – Program Bulan Dakwah 2.0 bagi peringkat negeri Kedah yang telah dilancarkan pada 19 Oktober lalu terus segera diisi pelaksanaannya. Kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah ke daerah ini pada 23 Oktober bagimisi penyampaian barangan keperluan harian secara terus ke kediaman asnaf yang memerlukan. Dengan cara ini, mereka dapat melihat sendiri apakah keperluan […]
Saya ada partner baru!
KUCHING – “Kita ada bina beberapa masjid baharu. “Dan memang mahu libatkan lebih ramai golongan muda dalam program di sini. “Kita alu alukan kedatangan YADIM untuk turun adakan program di sini, jadi hari ini saya ada partner (rakan) baru di Semariang,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Semariang, Yang Berhormat Datuk Hajjah Sharifah Hasidah Sayeeda Syed […]
100 pemandu lori Pendang disantuni
PENDANG – Pemandu lori, seperti golongan lain, turut terkesan dengan Covid-19 yang masih belum benar benar pulih di negara ini. Justeru, bagi menyantuni golongan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 22 Oktober telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada seramai 100 para pemandu ini. Ia disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, […]