Bicara Dakwah Maulidur Rasul di APMM

KUALA TERENGGANU – Sempena dengan Bulan Dakwah 2.0 dan sambutan Maulidur Rasul, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 28 Oktober  diberi ruang untuk bersama-sama dengan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dalam satu program bersama. Pengisian program Bicara Dakwah ini adalah berkisar tentang Ibrah Sirah Nabawi sempena  Maulidul Rasul S.A.W. Tazkirah bermula jam 9.30 pagi […]

Konvoi Street Dakwah ‘Cintakan Rasul’ YADIM bersama DUAT

KUALA TERENGGANU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu telah bekerjasama dengan Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) bagi menjayakan program  Street Dakwah ‘Cintakan Rasul’ pada 28 Oktober. Bertempat di Perkarangan Masjid Terapung dan Dataran Awam Pantai Batu Buruk di sini,  sukarelawan dari pejabat DUAT telah disertai seramai 30 orang Sukarelawan YADIM (SAY) dari daerah […]

Kongsi Rezeki di Sijangkang

SIJANGKANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat kekal konsisten menyantuni komuniti di kampung ini. Seperti biasa setiap Jumaat, agihan makanan bermasak diadakan untuk membantu mereka yang memerlukan. Pada 29 Oktober, 20 keluarga anak yatim, warga emas dan miskin di kampung ini menerima sumbangan tersebut. Agihan dilaksanakan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi […]

JKSM lancar dua buku pesalah Syariah

KUANTAN – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Mahkamah Syariah Negeri pada 28 Oktober melancarkan dua buku bagi pesalah syariah.   Dua buku tersebut ialah Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelaksanaan Hukuman Sebatan di Luar Penjara Bagi Pesalah Syariah dan Garis Panduan […]

Kerajaan tidak lepas tangan bantu institusi pendidikan Islam

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerima sejumlah 1,600 permohonan Bantuan Khas Impak Pandemik Covid-19 daripada institusi pendidikan Islam, sehingga 26 Oktober tahun ini. Menterinya, Idris Ahmad berkata, permohonan itu membabitkan 1,276 premis berdaftar termasuk 141 pondok, 803 tahfiz, 205 sekolah agama rakyat dan 127 sekolah agama swasta. Menurutnya, ia juga membabitkan […]

Pengantin Orang Asli disantuni YADIM Melaka

ALOR GAJAH – Bergelar raja sehari sudah pasti mahu diabadikan sebagai kenangan terindah selamanya. Bagi pasangan Mohamad Shahrill Ashraff Basrie dan Nila Jempot dari Kampung Orang Asli Bukit Payung, di sini,  busana pakaian hari bersejarah ini bernilai RM500 ditaja oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka. Bukan itu sahaja, YADIM juga telah berbesar hati untuk […]

Tahsin Ibadah IPD Kuala Muda

SUNGAI PETANI – Siri Tahsin Ibadah (Klinik Solat) sempena Bulan Dakwah 2.0 diteruskan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini Dengan kerjasama Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia, program berkenaan diadakan di Surau As-Shakinah, IPDKuala Muda pada 28 Oktober. Seramai 50 peserta dari IPD […]

AS kritik Isr@el buat pertama kali

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) pada Selasa buat pertama kalinya mengkritik Isr@el sejak bertahun-tahun lalu kerana rancangan rejim Zionis mahu membina penempatan haram Yahudi di Tebing Barat. Pentadbiran Presiden AS, Joe Biden daripada parti Demokrat menyatakan bahawa ia menentang dengan ‘kuat’ pembinaan penempatan haram baharu tersebut di wilayah Palestin itu. Reaksi tersebut dibuat selepas empat […]

Malaysia bakal keluar vaksin influenza halal

KUALA LUMPUR – Menjelang 2024, Malaysia bakal mengeluarkan vaksin influenza untuk manusia berstatus halal menerusi kilang Malaysian Vaccines and Pharmaseutical (MVP) Sdn Bhd, bukan sahaja bagi pasaran tempatan, malah beberapa negara asing. Pengarah Eksekutif MVP, Rashidah Ibrahim berkata, vaksin itu akan tersedia dan diunjurkan pada tiga tahun pertama, sebanyak 10 juta dos vaksin kuantiti maksimum […]

Ban pantai pecah: Kudrat wanita Sukarelawan YADIM tampil bantu baiki

SUNGAI BURONG – Antara kelebihan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) ialah kemampuan mereka untuk melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Ia bukan sekadar ceramah keagamaan dan menyampaikan sumbangan semata mata, malah lebih daripada itu. SAY Kuala Selangor umpamanya, pada 23 Oktober telah terlibat dengan kerja kerja menambak benteng / ban pantai yang pecah akibat […]