YADIM Peduli di Kampung Pokok Tai

PENDANG – Bulan Dakwah 2.0 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus diisi dengan pelbagai pengisian. Di Kampung Pokok Tai di sini pada 14 November, telah berlangsung program YADIM Peduli dengan 20 keluarga menerima manfaatnya. Bertempat di Masjid Al-Munirah di sini, kesemua mereka menerima sumbangan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai bagi meringankan […]

Konvoi Dakwah anak Muda ‘DekBan’ sempena bulan dakwah 2.0 YADIM Kedah.

SIK – Lebih 150 peserta menyertai Konvoi Dakwah Anak Muda ‘DekBan’ anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Bukit Lada pada 12 dan 13 November sempena program Bulan Dakwah 2.0. Konvoi yang bermula di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena dan berakhir di KEDA Resort Bendang Man […]

Bulan Dakwah 2.0 di Kampung Lanai

BALING – Kampung Lanai dan beberapa  kawasan lagi di sini menjadi lokasi terbaharu program Bulan Dakwah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Dua program berlangsung pada 13 November. Ia dimulakan dengan Tahsin Ibadah (Pengurusan Jenazah) dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Intaz Safinaz di sini. Ceramah disampaikan oleh Ust Haji Azmi Mohammad dari YADIM Kedah. […]

Pelancaran Sukarelawan YADIM Bukit Payong MARANG  – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Bukit Payong secara rasminya telah dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah. Ia disempurnakan dalam penutupan dan penyampaian hadiah program Komuniti Sejahtera Darul Iman Di Hatiku (K.O.S.D.I)@Marang di Bukit Payong Terengganu pada 13 […]

Kayuhan Amal YADIM 2021

JOHOR BAHRU – Acara berbasikal kini menjadi pilihan ramai pihak untuk beriadah dan menjaga kesihatan. Ia juga dijadikan sebagai salah satu cara beramal dan melaksanakan program kebajikan seperti yang dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 13 November. Ia merupakan anjuran bersama YADIM, rakan badan bukan kerajaan JB Prihatin dan Kelab Kayuhan Otai Santai. […]

“Sekurang kurangnya dapatlah membantu makan, minum anak dan isteri saya,”.

BOTA – Terjejas punca pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini mengakibatkan keluarga Azizan Isa,43, berdepan pelbagai kesukaran. Dengan tiada pendapatan tetap kini, menyebabkan dia buntu memikirkan tentang bagaimana mahu menyara lapan anaknya yang berusia antara sebulan hingga 17 tahun itu. Kisah keluarga ini sampai kepada YADIM menerusi pihak pihak yang prihatin. Justeru pada 13 […]

Kayuhan Amal YADIM 2021

JOHOR BAHRU – Acara berbasikal kini menjadi pilihan ramai pihak untuk beriadah dan menjaga kesihatan. Ia juga dijadikan sebagai salah satu cara beramal dan melaksanakan program kebajikan seperti yang dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 13 November. Ia merupakan anjuran bersama YADIM, rakan badan bukan kerajaan Program kayuhan  menyantuni seramai 60 keluarga yang […]

Komuniti Sejahtera Darul Iman Di Hatiku (K.O.S.D.I)@Marang

BUKIT PAYONG – Komuniti Sejahtera Darul Iman Di Hatiku (KOSDI) merupakan satu agenda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu bagi memperkasa pembangunan ummah dan wanita di negeri ini. Ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri Terengganu bagi mewujudkan sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera. Selain mensasarkan golongan muda, golongan wanita terutamanya kaum ibu turut diberi […]

Bulan Dakwah 2.0 di Batu Feringgi

BATU FERINGGI – Beberapa program sempena Bulan Dakwah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diadakan di sini pada 12 Februari. Program YADIM Lestari, YADIM Interaktif dan YADIM Peduli telah diadakan di Masjid Ar Rahman di sini. Ia dimulakan dengan sanitasi kawasan dalam dan luar masjid sebelum diteruskan dengan tazkirah sebelum solat jumaat oleh Pencerus Ummah […]